PERBEZAAN PERALATAN MOVERS VS LORI SEWA

1. Pilihlah yang Terbaik untuk Keperluan Pindah Anda: Kotak vs. Beg Plastik

Kotak:

AKMOVERS amat sarankan kepada anda yang ingin berpindah untuk pek barangan menggunakan kotak. Kotak dapat memberikan perlindungan untuk barang-barang berharga anda. Pilihan kotak yang sesuai untuk berpindah, AKMOVERS memilih kotak jenis Double Layer. Kotak jenis ini terbuat daripada kadbod yang kukuh, tebal dan tahan untuk barangan. Kebaikan lain menggunakan kotak jenis Double Layer ini, memudahkkan proses pemindahan. Hal ini kerana, dengan menggunakan kotak memudahkan proses penyusunan dalam lori. Jadi susunan barangan dalam lori akan menjadi lebih teratur dan ruangan digunakan sebaik mungkin. Tambahan, dengan label pada setiap kotak juga amat membantu untuk team AKMOVERS membuat penyusunan, dengan mengasingkan kotak barangan kaca, barangan elektrik dan barangan yang biasa.  Dengan perkhidmatan pemindahan oleh AKMOVERS, bukan sahaja, lori dan pakej menjadi perkara utama, namun, jenis kotak juga amat penting dalam proses pemindahan. Anda boleh dapatkan nasihat dengan team AKMOVERS untuk jenis kotak yang sesuai untuk pindah rumah atau pejabat.

 

Beg Plastik:

Jenis Beg yang amat mudah didapati serta mudah untuk digunakan juga. Namun, tahukah anda, kesan menggunakan beg plastik untuk pindah, boleh mendatangkan masalah yang lain. Benar, plastik memberikan ketahanan lama dan kalis air . Ia terdapat kepelbagaian saiz dan reka bentuk membuatkan beg plastik menjadi pilihan serbaguna untuk penggunaan harian serta dijadikan sebagai bahan untuk pek barangan pindah. Namun, AKMOVERS meminta anda mempertimbangkan semula, apabila pek barangan di dalam plastik , banyak hal-hal tanpa diduga akan berlaku. Yang utama, plastik bersifat mudah koyak. Contoh, semasa proses pemindahan, team AKMOVERS mengangkat beg plastik, untuk di bawa masuk ke dalam lori. Belum sempat tiba ke lori, beg plastik sudah mula terkoyak dan barangan anda terjatuh. Ini hal yang perlu dielakkan. Selain keselamatan barangan anda kurang terjamin, pek menggunakan beg plastik juga akan memakan ruangan dalam lori. Hal ini kerana, permukaan plastik yang licin, dan tidak dapat ditindan secara teratur seperti kotak.

2. Pilihlah yang Terbaik untuk Keperluan Pindah Anda: Newsprint vs. Newspaper

Newprint Paper:

AKMOVERS memilih kertas newsprint untuk memberikan perlindungan tambahan kepada barang berharga anda semasa proses pek pindah rumah. Kertas newsprint dicipta khas untuk tujuan ini, Ianya memberikan lapisan perlindungan yang lebih baik berbanding surat khabar biasa. Kebanyakkan movers lebih memilih untuk menggunakan newsprint sebagai salah satu bahan balutan terutamanya semasa pek pinggan, mangkuk, gelas dan cawan. Hal ini kerana, ia membantu mengurangkan goncangan dan ketukan semasa perjalanan serta dapat mengurangkan risiko kerosakan. Selain daripada perlindungan, penggunaan kertas newsprint juga memastikan barangan yang dipek tiada debu atau kotoran melekat pada barang anda. Pada masa yang sama, selamat digunakan kerana tidak mempunyai dakwat yang mengandungi bahan kimia. Kertas newsprint ini, anda boleh dapati daripada pembekal bahan balutan atau boleh rujuk dengan syarikat movers anda.

Newspaper :

Bahan balutan ini paling mudah untuk dapatkan. Namun, ia ada memberikan kesan yang lain lagi-lagi kepada anda yang gemar membuat koleksi pinggan mangkuk. Secara umumnya kita mengetahui bahawa surat khabar yang dicetak ada dakwat dan dakwat ini yang kita perlu berhati-hati. Ini hasil carian info mengenai dakwat di surat khabar, dakwat yang digunakan pada surat khabar mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menggunakan bahan kimia yang boleh menjadi punca penyakit kronik seperti kanser. Kajian juga menunjukkan terdapat dakwat surat khabar yang bersifat karsinogenik dan ia boleh meresap ke dalam makanan dengan begitu mudah sekali. Jadi, disarankan selepas untuk anda kerap membasuh tangan untuk hindari penyakit. Sebagai movers, bahan balutan jenis ini bukan menjadi pilihan. Sebab utama adalah , mahu elakkan dakwat melekat pada barangan pelanggan. Oleh itu, memilih kertas newsprint adalah pilihan yang bijak sebagai bahan balutan bagin pemindahan yang lebih selamat dan lancar. Lebih baik sekiranya, anda boleh tanya pada syarikat movers anda, jenis bahan balutan yang digunakan untuk pek barangan berharga anda sebagai langkah awal penjagaan barangan anda.

3. Pilihlah yang Terbaik untuk Keperluan Pindah Anda: Corrugated Roll

Movers:

Penggunaan corrugated roll oleh Movers memberikan perlindungan tambahan kepada barang khusunya barangan perabot semasa pemindahan. Dengan erti kata lain, ia seolah-olah seperti kotak yang boleh dibentukkan mengikut bentuk perabot dan barangan yang ingin dibalut. Keunikan reka bentuk lapisan bergelombangnya memberikan sesuatu yang kukuh untuk melindungi barang daripada goncangan. Kebiasaanya, movers menggunakan corrugated ini untuk membalut sebagai lapisan pertama perabot yang berkayu, dan sebagai lapisan kedua bagi barangan eletrik. Kemudian baru ditambah dengan bahan balutan yang lain sebagai kekemasan dan tambahan perlindungan barangan anda. Selain perlindungan, corrugated roll juga membantu menyusun barang dengan baik dalam lori, mengurangkan risiko geseran dengan perabot yang lain semasa proses penyusunan barangan dalam lori. Dengan penggunaan corrugated roll, pemindahan anda menjadi lebih selamat.

Lori Sewa:

Tidak Menggunakan bahan balutan ,Corrugated Roll dalam Pemindahan . Dengan tidak menggunakan corrugated roll semasa pemindahan boleh mendatangkan beberapa masalah. Tanpa perlindungan bahan balutan ini, barang mungkin terdedah kepada risiko goncangan dan geseran dengan barangan yang lain semasa proses penyusunan barangan . Ini boleh menyebabkan kerosakan pada barang dan merugikan keseluruhan pemindahan. Oleh itu, penggunaan corrugated roll adalah penting untuk memastikan pemindahan yang lebih selamat dan teratur, melindungi barang berharga anda daripada risiko yang tidak diingini.

4. Pilihlah yang Terbaik untuk Keperluan Pindah Anda: Bubble Wrap

Movers:

Penggunaan bubble wrap oleh Movers memberikan perlindungan tambahan kepada barang khususnya barangan elektrik mahupun barangan mudah pecah seperti pinggan mangkuk cawan gelas dan barangan perhiasan kaca semasa pemindahan. Ada juga barangan perabot yang mempunyai lapisan kaca, cermin dan juga marmar. Barangan seperti ni perlukan perlindungan tambahan, dan yang paling utama bahan balutan yang digunakan serta teknik balutan yang betul, rapi dan kemas. AKMOVERS amat menitikberatkan hal ini, kerana banyak pergerakan akan dilalui iaitu dari pintu rumah ke lori hingga ke rumah baru. Kebiasaanya, movers akan menggunakan bubble wrap ini untuk membalut sebagai lapisan pertama untuk barangan elektrik, barangan mudah pecah dan perabot yang berkaca/mempunyai marmar. Kemudian baru ditambah dengan bahan balutan yang lain sebagai kekemasan dan tambahan perlindungan barangan anda. Dengan penggunaan bubble wrap, pemindahan untuk barangan elektrik, barangan mudah pecah dan perabot yang berkaca/mempunyai marmar anda menjadi lebih selamat.

Lori Sewa:

Tidak Menggunakan bahan balutan, Bubble Wrap dalam Pemindahan . Akan digunakan sekiranya ada permintaan dari pelanggan sahaja. Namun, dengan tidak menggunakan bubble wrap semasa pemindahan boleh mendatangkan beberapa masalah atau risiko pada barangan. Tanpa perlindungan bahan balutan ini, barang mungkin terdedah kepada risiko goncangan dan geseran dengan barangan yang lain semasa proses membungkus barangan. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada barang dan merugikan keseluruhan pemindahan. Oleh itu, penggunaan bubble wrap adalah penting untuk memastikan pemindahan yang lebih selamat dan teratur, melindungi barang berharga anda daripada risiko yang tidak diingini. Anda boleh membuat pilihan mana yang terbaik untuk melindungi keselamatan barangan anda. Pilihan di tangan anda.

5. Pilihlah yang Terbaik untuk Keperluan Pindah Anda: Stretch Film

Movers:

Bahan balutan yang seterusnya ialah Strech Film. Ramai lebih mengenali bahan balutan ini dari yang lain. Salah satunya kerana mudah didapati dan mudah digunakan. Dan fungsi stretch film ini juga lebih jelas dan sudah meluas digunakan. Untuk skop kerja movers, stretch film ini akan digunakan untuk membalut semua jenis barangan dan perabot. Movers akan gunakan stretch film sebagai lapisan akhir ketika proses membalut barangan. Antara kelebihan jika menggunakan stretch film adalah, dapat melindungi barangan daripada kotoran dan debu serta dapat mencegah kerosakan barangan akibat air atau lembapan. Pada masa yang sama, ia mencegah daripada barang jatuh atau bergeser, dapat mengurangkan ruang dan kekenduran semasa pengangkutan. Dan, kelebihan utama stretch film adalah barangan yang dibalut menggunakan stretch film akan lebih kemas. Movers amat pentingkan bahan balutan yang digunakan supaya dapat mengurangkan risiko barangan rosak semasa proses pemindahan.

Lori Sewa:

Stretch film ini adalah bahan balutan yang kerap digunakan semasa pemindahan. Untuk servis daripada lori sewa, anda boleh memilih sama ada barangan anda mahu dibalut atau tidak. Namun, tahukah anda kesan jika barangan anda tidak dibalut? Ya, salah satunya akan merisikokan barangan anda, terdedah kepada debu, kotoran dan air. Selain itu, Risiko barang bergeser atau jatuh meningkat, boleh mengakibatkan barangan rosak. Yang paling dirisaukan adalah, apabila tidak dibalut menggunakan stretch film, barangan mungkin tidak dibungkus rapat, menyebabkan kekenduran semasa pengangkutan.

AKMOVERS berpendapat bahawa, lebih baik barangan anda dibalut dengan stretch film, dari tidak balut. Kerana, barangan rumah, khususnya perabot dan barangan elektrik, kita beli untuk kegunaan harian untuk tempoh yang lama, jadi, kita sebaiknya menjaga barangan rumah kita semampu yang boleh untuk kegunaan masa yang lama. AKMOVERS bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pindah rumah, anda juga boleh dapatkan bahan balutan dan kotak dengan AKMOVERS. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada AKMOVERS bahan balutan apa yang sesuai untuk membalut barangan rumah anda. Tetapi, kalau anda tidak mahu pening kepala, dapatkan terus perkhidmatan pindah rumah dari AKMOVERS. Dari A-Z, dari awal hingga habis pemindahan, team AKMOVERS akan bantu sebaik mungkin. Yang penting anda berikan maklumat pemindahan anda dengan lengkap, baru team AKMOVERS dapat buat perancangan pemindahan agar proses berjalan dengan lancar.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment