CARA UNTUK MEMBAWA CIK BULUS ANDA BERPINDAH KE SABAH DAN SARAWAK

Assalamualaikum, apa kabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?

Haritu AKMOVERS ada berjanji dengan anda untuk berkongsikan tips pindah rumah. Jadi pada kali ini AKMOVERS hendak kongsikan tips mengenai pindah rumah ke Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini bukan pasal pindah barang, tetapi mengenai tips untuk membawa kucing anda berpindah ke Sabah dan Sarawak.

Ramai sebenarnya yang bertanyakan dengan AKMOVERS mengenai bagaimana cara nak bawa kucing kesayangan kita berpindah ke Sabah atau Sarawak?

Buat mereka yang mempunyai kucing pastinya tertanya-tanya bagaimana cara nak bawa kucing anda berpindah ke Sabah dan Sarawak. Takkan nak kena jual pula kucing kesayangan anda.

Bagi anda yang tertanya-tanya, Sebenarnya syarikat Malaysia Airline (MAS) ada menyediakan perkhidmatan kargo bagi haiwan peliharaan. Ada beberapa prosedur dalam menghantar kucing anda ke Sabah dan Sarawak. Untuk itu, mari AKMOVERS kongsikan dengan anda cara dan prosedurnya.

1. DAPATKAN VAKSIN UNTUK KUCING ANDA

Perkara pertama yang AKMOVERS ingin kongsikan kepada anda ialah, dengan mendapatkan vaksin untuk kucing kesayangan anda. Ini bertujuan untuk memastikan kucing anda berada dalam keadaan yang sihat sewaktu dalam kapal terbang nanti. Harus diingatkan, ini adalah perkara yang amat penting, kerana jika kucing anda tidak mendapatkan vaksin yang sepatutnya ia dikuatiri akan menyebabkan kucing anda mengalami penyakit dan apa lebih parah lagi, jika kucing anda berada dalam kedaan yang tidak sihat, ia akan menyebabkan pihak lapangan terbang tidak membenarkan anda membawa kucing anda. Sebab kenapa AKMOVERS menyarankan anda untuk mengambil vaksin buat kucing adalah kerana, sesetengah kucing yang mungkin tidak tahan tekanan dan mungkin akan mati di pusat kuarantin. Untuk mendapatkan vaksin ini anda perlu dapatkan ia di klinik haiwan yang ada menyediakan vaksin untuk kucing. Harga dia pula bergantung kepada jenis vaksin dan klinik yang anda pergi.

2. JANGAN URUSKAN URUSAN MEMBAWA PINDAH KUCING PADA SAAT-SAAT AKHIR.

Perkara seterusnya juga merupakan perkara yang perlu kita ambil berat. Jika sebelum ini, AKMOVERS ada meyatakan supaya anda menguruskan segala urusan pindah rumah lebih awal, begitu juga dengan kucing anda. Seeloknya uruskan segala dokumen dan persiapan untuk membawa kucing anda dengan lebih awal. Ini bagi mengelakkan kucing anda berasa tidak selesa dan mengelakkan anda kelam-kabut. Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan kucing kita berasa marah dan tidak selesa.

3. TENTUKAN TARIKH UNTUK MEMBAWA KUCING ANDA BERPINDAH

AKMOVERS ingin menyarankan suapaya anda menempah tiket kapal terbang dan juga menentukan tarikh untuk membawa kucing anda berpindah. Ia dapat memudahkan urusan untuk anda membawa kucing anda berpindah dan juga memudahkan urusan untuk memohon sijil eksport untuk kucing anda. Ini kerana, tarikh tersebut akan diletakkan dalam borong permohonan permit eksport nanti. Selain itu, Eksport permit ini diperlukan untuk tunjuk kat doktor vet nanti sebelum dia orang buat pemeriksaan kesihatan untuk kucing-kucing kita nanti.

4. MEMOHON EKSPORT PERMIT

Selain daraipada perkara di atas, perkara ketiga yang ingin AKMOVERS kongsikan dengan anda ialah anda perlu memohon permit eksport. Ianya seperti kelulusan membawa masuk kucing ke Sabah dan Sarawak.. Pejabatnya terletak di Jalan Cheras. Kena isi borang dan tunjukkan rekod kesihatan kucing. Seterusnya, bila dah dapat lesen ni, beberapa hari sebelum berangkat, kenalah bawa kucing dan lesen mengimport tadi ke jabatan veterinar. Bila dah dipastikan kucing sihat dan tiada masalah, dapatlah permit tu.

5. HUBUNGI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN MAS 2 ATAU 3 HARI SEBELUM BERLEPAS

Bagi yang baru pertama kali hendak mebawa kucing anda berpindah, pasti anda risau jika apa-apa berlaku pada kucing anda ketika berada dalam kapal terbang nanti. Oleh itu, AKMOVERS cadangkan supaya anda menghubungi talian khidmat pelanggan MAS untuk memaklumkan yang anda ingin membawa sekali kucing naik kapal terbang. Nanti staff khidmat pelanggan akan meminta beberapa maklumat mengenai kucing anda. Antara maklumat yang akan mereka minta ialah:

– nombor tempahan tiket
– Maklumat destinasi
– Berapa ekor kucing
– Jenis kucing
– Warna kucing
– Berat kucing
– Saiz dan berat carrier kucing

AKMOVERS menyarankan supaya anda menghubungi khidmat pelanggan MAS. Ia lebih mudah untuk mendapatkan maklumat lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin membawa kucing lebih dari seekor. Manalah tahu jika anda sudah bawa lebih dari seekor kucing tiba-tiba pihak lapangan terbang hanya membenarkan bawa seekor sahaja. Pasti pening kepala nanti.

6. SEDIAKAN SANGKAR YANG BERSESUAIAN DAN SELESA

Setelah anda menyediakan ke semua perkara d atas perkara yang ingin AKMOVERS kongsikan ialah, anda perlu membeli sangkar yang selesa utuk kucing-kucing kesayangan anda. AKMOVERS ingin mengingatkan kepada anda suapaya jangan beli beli sangkar yang terlalu kecik atau sempit. Ini kerana, ia akan membuatkan kucing duduk sepanjang dalam kapal terbang, dan ia akan membuatkan kucing tidak selesa, pening kepala dan muntah. AKMOVERS ingin mencadangkan kepada anda supaya anda puasakan kucing anda terlebih dahulu. Seeloknya anda jangan beri makan kepada kucing anda 4 jam sebelum nak naik ke kapal terbang. Untuk kepastian anda boleh tanya doktor veterinar semasa pemeriksaan kesihatan. Ini bertujuan, untuk mngelakkan kucing berak di dalam cage. Bila dia bau tahi dalam ruang yang sempit, ia akan menyebabkan kucing tersebut muntah. Sediakan air diluar sangkar dan bawa makanan sedikit dan letakkan ia di luar sangkar. Jadi setibanya di lapangan terbang, anda bole terus bagi kucing anda makan.

7. BAWA KESEMUA DOKUMEN PADA HARI ANDA HENDAK BERLEPAS

Anda sudah sediakan segala yang AKMOVERS beritahu di atas tadi, jadi sekarang masa untuk anda beerlepas. Tapi sebelum anda hendak berlepas pastikan kesemua dokumen yang diperlukan dan rekod vaksin bersama dengan kucing anda yang telas berada dalam sangkar. Pastikan sangkar tersebut anda telah kunci, jika tidak habislah kucing anda terlepas. Bawa kucing  sekali dengan beg luggage kita ke kaunter pendaftaran atau tempat bagasi. Selepas itu staff yang bertugas akan timbang kucing anda dan mereka akan memberitahu pada anda berapa caj yang anda perlu bayar. Kemudian staff di kaunter akan letak tag stiker di sangkar kucing anda dan kemudian mereka akan suruh anda bawa kucing dan boarding pass kita ke kaunter yang akan mereka beritahu untuk kita membuat pembayaran. Apabila sudah sampai di lapangan terbang Sabah/ Sarawak, anda boleh pergi pergi mengambil beg bagasi anda dahulu. Kemudian terus pergi ke bahagian Kuarantin haiwan. Anda hanya perlu tunggu saja situ sampai staff yang bertugas bawakan kucing anda. Selepas kucing anda sudah sampai, staff yang bertugas di situ akan isikan borang dan minta semua dokumen seperti eksport permit,sijil kesihatan,rekod vaksin, passport anda dan boarding pass anda. Selepas itu dia akan suruh kita tandatangan borang itu kemudian anda kena bayar service charge. Selepas itu, anda sudah boleh kucing anda pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

 

Senang bukan cara untuk bawa kucing anda berpindah. Jadi selepas ini anda sudah tidak perlu pening lagi memikirkan cara bagaimana untuk membawa kucing anda berpindah. Jadi anda tak perlu nak jual kucing yang anda beli dengan harga yang mahal kepada orang lain.

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapakan dengan perkongsian kali dapat memberikan anda sedikit ilmu untuk mereka yang ingin membawa kucing atau haiwan perliharaan anda berpindah. Dengan perkongsian ini, anda sudah tidak perlu lagi menjual kucing atau haiwan peliharaan anda. Jika dipanjangkan umur, semoga kita dapat berjumpa lagi pada perkongsian yang akan datang. Nak tahu apa pula yang akan AKMOVERS kongsikan pada perkongsian akan datang?

Yang tu anda kena tunggu sehingga perkongsian akan datang.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

 

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment