7 TIPS UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA BERPENDIDIKAN

Assalamualaikum, apa kabar semua pembaca setia blog AKMOVERS?.

Diharapkan anda sihat selalu. Rasanya belum terlambat lagi untuk AKMOVERS mengucapkan selamat tahun baru 2020. Semoga tahun 2020 membawa kenangan yang indah buat kita semua.

Tahun lepas dah pelbagai tajuk yang AKMOVERS kongsikan dengan anda. Sempena artikel pertama tahun 2020, pasti pembaca setia blog AKMOVERS tertanya-tanya apa tajuk untuk perkongsian kali ini.

Disebabkan musim persekolahan tahun 2020 sudah bermula jadi AKMOVERS ingin kongsikan dengan anda sebuah tajuk mengenai Pendidikan iaitu “Keluarga Berpendidikan”.

Apa yang di maksudkan dengan keluarga berpendidikan?

Bagaimana mana hendak melahirkan keluarga berpendidikan?

Pasti persoalan sebegini bermain di fikiran anda. AKMOVERS yakin semua mahukan keluarga yang berpendidikan. Namun begitu, keluarga berpendidikan tidak akan lahir tanpa kita bentuk. Untuk membentuk keluarga berpendidikan ia memerlukan usaha dari semua ahli keluarga termasuk juga ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk anak-anak berpendidikan serta bersahsiah terpuji.

Bukan mudah sebenarnya hendak melahirkan keluarga berpendidikan. Pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Buat pembaca yang tertanya-tanya macam mana caranya, nak tak kalau AKMOVERS kongsikan dengan anda cara untuk melahirkan keluarga berpendidikan dan berakhlak terpuji. Kalau anda nak tahu caranya teruskan membaca di bawah ini:

1. Rajin Mendalami Ilmu Dalam Segala Bidang

Perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk membentuk keluarga berpendidikan adalah dengan rajin mengajak keluarga mempelajari serta mendalami ilmu dalam segala perkara. Ilmu yang AKMOVERS maksudkan ialah ilmu yang mampu memberikan manfaat buat kita semua. Bagi yang beragama islam anda juga boleh mengajak keluarga anda menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan oleh pelbagai pihak. Selain itu, AKMOVERS ingin mencadangkan kepada anda untuk mengajak keluarga anda untuk menghadiri kelas-kelas yang boleh menambah lagi kemahiran anda serta keluarga anda. Dengan cara sebegini ia dapat menjadikan keluarga kita mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih baik berbanding orang lain. Sebagai contoh, jika kita kebanyakan tokoh korporat, mereka akan memastikan anak mereka mendalami ilmu terutama ilmu perniagaan. Dengan cara sebegini ia bukan sahaja dapat melahirkan keluarga yang berpendidikan malah dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

2. Jangan Kedekut Keluarkan Duit Untuk Pendidikan

Dalam melahirkan keluarga yang berpendidikan sudah semestinya memerlukan anda untuk mengeluarkan dana yang besar untuk tujuan pembelajaran. Kalau kita sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk pergi melancong, kenapa tidak untuk Pendidikan. AKMOVERS menyarankan supaya anda memberikan Pendidikan yang terbaik untuk anak anda. Tidak hairan kenapa kita lihat ramai ibu bapa diluar sana sanggup mengeluarkan wang yang cukup banyak demi semata-mata untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Jepun, mereka sanggup melabur wang yang banyak untuk anak mereka semata-mata supaya anak mereka mendapat Pendidikan yang terbaik. Ini kerana, mereka amat menitik beratkan soal pelajaran anak mereka. Sebenarnya pelaburan untuk pendidikan anak-anak adalah sesuatu yang amat berbaloi. Ini kerana, Pendidikan yang terbaik dapat menjamin masa depan anak. Jadi apabila mereka sudah dewasa mereka dapat mempunyai pekerjaan yang terbaik yang mampu menjamin masa depan mereka.

3. Tegas Dalam Memberi Pendidikan

Satu lagi tips yang ingin AKMOVERS kongsikan ialah dengan cara tegas dalam memberi Pendidikan. Dalam soal ini, untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Ibu bapa perlu sentiasa tegas apabila melibatkan soal pendidikan. Dengan ketegasan sebegini ia akan membuatkan anak anda akan belajar dengan bersungguh-sungguh.  Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memeriksa kerja rumah dan memastikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu telah disiapkan oleh anak anda. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu sentiasa mengetahui perkembangan anak di sekolah. Cara ini boleh dilakukan dengan sentiasa bertanyakan dengan guru di sekolah. Dengan cara sebegini ia lebih mudah untuk anda mengetahui sama ada anak anda bermasalah atau tidak. Ini kerana, banyak masalah yang sering di timbulkan oleh pelajar sekolah pada masa kini. Salah satu faktor kenapa masalah Ini sering berlaku adalah kerana sikap ibu bapa yang tidak peka dengan perkembangan anak di sekolah. Jadi dengan komunikasi antara guru dan ibu bapa, masalah sebegini dapat dicegah sebelum menjadi parah. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan lagi prestasi anak-anak dalam pelajaran ketika di sekolah.

 

4. Sentiasa Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain

Dalam melahirkan keluarga yang berpendidikan, komunikasi adalah amat penting. Dengan komunikasi yang baik kita dapat tahu permasalahan yang dihadapi oleh keluarga dan mengenai masalah yang anak kita hadapi dalam pelajaran. AKMOVERS menyarankan supaya anda sentiasa bertanyakan dengan anak anda jika mereka mempunyai masalah soal pelajaran dan cuba untuk bantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Ini akan membuatkan anak anda merasa di hargai dan di sayangi. Ia sekali gus memberikan semangat untuk anak anda bersemangat untuk belajar.

5. Membentuk Suasana Yang Tenang Di Dalam Rumah

AKMOVERS yakin pasti anda semua mahukan anak anda berjaya dalam Pendidikan. Namun begitu bagaimana anak anda mahu belajar jika suasana di rumah huru hara dan kacau bilau. Justeru itu, dalam membentuk keluarga yang berpendidikan, suasana di rumah amat penting. Jika perkara sebegini tidak diambil berat ia mungkin akan memberi tekanan untuk anak anda dan seterusnya akan menyebabkan mereka tiada lagi minat untuk belajar.

6. Ibu Bapa Perlu Memberi Sokongan Pada Anak

Tips seterusnya yang ingin AKMOVERS kongsikan pada anda ialah ibu bapa perlu memberi sokongan serta perlu memberi semangat buat anak-anak. Jika keputusan peperiksaan anak tidak membanggakan, jangan memarahi mereka sebaliknya berikan kata-kata semangat buat anak anda. Dengan kata-kata semangat dari ibu bapa ia akan memberikan ransangan untuk anak anda berusaha sebaik mungkin supaya dapat mengahdiahkan ibu bapa mereka keputusan yang cemerlang. AKMOVERS juga ingin mencadangkan buat ibu bapa yang berkemampuan, apa kata anda menghantar anak anda ke pusat tuisyen atau ke kem-kem motivasi. Kem motivasi yang sesuai dapat menaikkan lagi semangat anak anda untuk terus berusaha dalam belajar. Selain itu, anda juga boleh menghantar anak anda ke seminar pelajaran. Biasanya seminar sebegini akan menambahkan lagi pengetahuan anak anda untuk subjek yang mereka lemah.

7. Ibu Bapa Bertanggungjawab Mengawasi Perkembangan Dan Pergaulan Anak-Anak

Tips terakhir yang ingin AKMOVERS kongsikan buat anda semua ialah, sebagai ibu bapa adalah amat penting untuk anda mengawasi pergaulan anak anda. Ini kerana, remaja masa kini mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Remaja yang sedang meningkat dewasa pasti mempunyai sifat ingin tahu, jadi mereka akan mencuba sesuatu yang baharu. Lebih-lebih lagi apabila mereka mudah terpengaruh dengan pujuk rayu rakan mereka. Disebabkan itu, mereka mula tidak mengambil kisah soal pelajaran mereka dan mula keluar melepak bersama dengan rakan-rakan. Dengan pemantauan dari ibu bapa ia sedikit sebanyak dapat mengelakan anak mereka dari terlibat dengan perkara tidak sepatutnya. Sekaligus, anak-anak akan menjadi lebih fokus dalam menuntut ilmu.

 

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. diharapkan dengan tips yang AKMOVERS berikan kepada anda ia akan membawa manfaat kepada anda dalam proses melahirkan keluarga berpendidikan dan juga bersahsiah tinggi.

 

AKMOVERS ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat ke semua para pelanggan yang mempercayai dan menggunakan khidmat AKMOVERS sepanjang 2019. Sokongan anda menjadi pemangkin untuk kami terus berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik. Rasanya belum terlambat untuk AKMOVERS mengucapkan selamat tahun baru 2020. Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan telah berpengalaman hampir 10 tahun dalam perkhidmatan pindah rumah. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment