FAQ: PENGHANTARAN KERETA KE SABAH SARAWAK

PENGHANTARAN BARANGAN KE SABAH SARAWAK
April 4, 2021
IBADAH PUASA DENGAN NORMA BAHARU
April 15, 2021
Show all

FAQ: PENGHANTARAN KERETA KE SABAH SARAWAK

AKMOVERS kongsikan kepada anda FAQ mengenai perkhidmatan penghantaran kereta ke Sabah/Sarawak. Semoga dengan perkongsian FAQ Perkhidmatan Penghantaran Kereta Sabah Sarawak ini, dapat memberikan panduan dan rujukan yang bakal menghantar kereta ke sabah atau Sarawak.

Sebelum itu, jom kita refresh mengenai Perkhidmatan Penghantaran kereta ke Sabah/Sarawak. AKMOVERS menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Ke Sabah Dan Sarawak Tidak Kira Jenis Kenderaan. Namun, tahukah anda cara bagaimana cara kereta di hantar?

AKMOVERS menggunakan 2 jenis penghantaran bergantung kepada bajet anda. Samada anda mahu hantar khas menggunakan kontena atau RoRo.

Jika menggunakan kontena, bukan sahaja kereta, malah barangan rumah juga boleh dimasukkan. Bergantung kepada saiz kontena dan kapasiti barangan rumah juga.

AKMOVERS menyediakan servis penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak.

 

Antara servis yang kami tawarkan adalah:

[Door-to-door]Kami akan ambil kereta di hadapan pintu rumah anda ke hadapan rumah Sabah dan Sarawak anda.

[Door-to-port/Port-to-door]Kami akan ambil kereta anda di Port dan hantarkan ke rumah atau kami akan ambil kereta anda di rumah dan hantarkan ke Port.

[Port-to-Port]Kami cuma uruskan proses penghantaran Port ke Port sahaja.

1. Soalan: Hi AKMOVERS, Apakah dokumen yang perlu disediakan?

Jawapan: Berikut di bawah merupakan senarai dokumen yang anda perlu sediakan untuk menghantar kenderaan ke sabah atau Sarawak:

  1.  Salinan IC Pemilik depan belakang
  2. Salinan Geran Kenderaan Pemilik depan belakang
  3. Salinan Surat Cover Notes Insurans Kenderaan
  4. Surat Perlepasan Kenderaan (Jika masih ada loan)

2. Soalan: Hi AKMOVERS, Semasa menghantar/mengambil kenderaan, adakah pemilik kenderaan perlu hadir?

Jawapan: Tidak semestinya. Caranya,boleh mewakilkan individu lain ketika proses menghantar/menerima kenderaan. Yang penting dokumen telah dihantar awal dan maklumkan kepada petugas nama wakil.

3. Soalan: Hi AKMOVERS, Bagaimana jika kereta saya masih terikat dengan bank, sebab kereta masih belum selesaikan pembayaran loan?

Jawapan:  Perlu dapatkan surat pelepasan dari bank.

4. Soalan: Hi AKMOVERS, Kalau nak hantar motorsikal sekali dengan cover set, helmet dan aksesori lain, bagaimana ya?

Jawapan:  Cara yang terbaik, guna kaedah hantar barangan menggunakan LCL (Less than Container Load) kerana barangan akan dibalut elok dan kemas.

5. Soalan: Hi AKMOVERS, Bagaimana saya hendak dapatkan surat perlepasan bank sekiranya saya bukan buat loan dengan bank tetapi dengan kedai yang menjual kenderaan. Namun, kedai tersebut tidak dapat sediakan surat perlepasan untuk kereta saya?

Jawapan: Anda boleh dapatkan surat perlepasan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

6. Soalan: Hi AKMOVERS, Kereta saya masih ada lagi saman yang belum diselesaikan. Adakah saya masih boleh hantar kereta?

Jawapan: Kenderaan anda masih boleh dihantar.

7. Soalan: Hi AKMOVERS, Boleh ke nak letak barangan dalam kereta?

Jawapan: Untuk penghantaran kereta (vehicle shipping) amatlah tidak digalakkan untuk meletakkan barangan dalam kenderaan, khusus untuk hantar kereta yang menggunakan kaedah RoRo. Sebab apa? Untuk kurangkan risiko barangan hilang. Dinasihatkan, hantar barangan itu menggunakan kaedah LCL. Selamat dan terjaga.

Selain daripada risiko barangan hilang, kereta yang letak banyak barangan akan menyebabkan muatan kapal terlebih. Sekiranya ini berlaku, kapal perlu kurangkan beban dengan menurunkan semula kenderaan dan akan menyebabkan penghantaran anda akan terlewat dari jadual asal.

Untuk penerangan lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran kenderaan ke sabah Sarawak, anda boleh hubungi:

Whatsapp | Call – 019-5181744

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by