TIPS SIMPAN BARANG-BARANG DI DALAM PETI AIS

SERVIS STORAGE TERBAIK DI SHAH ALAM
March 27, 2021
PENGHANTARAN BARANGAN KE SABAH SARAWAK
April 4, 2021
Show all

TIPS SIMPAN BARANG-BARANG DI DALAM PETI AIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca STORAGE MALAYSIA semua. Berjumpa lagi kita di blog kali ini. STORAGE MALAYSIA harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tips untuk hari ini adalah khas istimewa buat anda yang masih tak tahu atau nak tambah pengetahuan tentang cara nak simpan barang-barang di dapur. Barang kat dapur dah lah banyak. Barang makanan sahaja terbahagi kepada dua iaitu bahan basah seperti ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan kering seperti beras, bawang merah, bawang putih, serbuk rempah. Seterusnya, perabot-perabot seperti meja, kerusi, peti ais dan juga barang yang digunakan untuk memasak seperti periuk, kuali, senduk dan sebagainya.

Para ibu dan para bapa yang selalu turun ke dapur pasti nak pastikan keadaan dapur sentiasa kemas dan rapi supaya bersemangat sedikit kan bila nak masak untuk seisi keluarga. Takdelah berterabur. Lepas itu lupa barang nak guna tu simpan kat mana. Dah membazir waktu. Oh ya! STORAGE MALAYSIA sebut kedua-dua pihak iaitu para ibu dan para bapa sebab nanti takde lah kata STORAGE MALAYSIA bias atau berat sebelah pulak. Sebab bukan para ibu sahaja yang turun ke dapur, para bapa juga ada yang jenis suka memasak jugak.

Jadi hari, STORAGE MALAYSIA fokuskan macam mana nak simpan barang-barang kat dalam peti ais anda. STORAGE MALAYSIA yakin, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai satu peti ais tak kiralah saiz kecil, sederhana, besar atau besar gila sampai ingatkan almari rupanya peti ais sebab banyak sangat pintu. Tak kisahlah. Janji peti ais. Kalau peti ais rosak, dah susah nak simpan barang-barang basah terutamanya lauk pauk seperti ikan, daging, juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebab makanan tersebut adalah makanan yang mudah rosak (perishable) kerana dicemari bakteria jika tidak disimpan pada suhu yang rendah iaitu bawah 4. Pada suhu 5 hingga 60 adalah ‘danger zone’ atau suhu yang tidak sesuai untuk makan yang mudah rosak.

Haa. Nanti ada lah tu makcik bawang yang cakap ‘Eh acik letak sayur dengan buah-buahan acik beli kat pasar kat luar tu elok je.’ Ya makcik. Boleh. Tapi kalau nak pastikan buah tu segar dan tahan lebih lama, simpan dalam peti. Lagi satu makan buah sejuk-sejuk fuhh sedap kan berbanding makan buah yang disimpan pada suhu bilik. Tapi kalau tak suka simpan dalam peti pun tak apa. Tak ada masalah. Baik-baik. Jom kita mula.

1. Ruang-ruang yang ada di dalam peti ais

Bukan hati je ada ruang-ruang untuk di isi, peti ais juga ada ruang-ruang yang tersendiri dengan fungsi yang berbeza. Peti ais yang selalu digunakan adalah peti ais dua pintu iaitu pintu atas atau dipanggil ruang sejuk beku (freezer) bersuhu -18 hingga 0 dan bawah dipanggil ruang pendingin (chiller) bersuhu 0 hingga 4. Bahagian sejuk beku (freezer) selalunya ruang yang digunakan untuk simpan lauk-pauk seperti ikan, daging, udang, sotong dan simpan makanan sejuk beku seperti aiskrim, chicken nugget, hotdog, French fries dan lain-lain. Manakala pada bahagian ruang pendingin (chiller) pula ada banyak rak (shelf) yang boleh digunakan untuk simpan barang-barang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, minuman, telur, lauk masak semalam tak habis pun boleh simpan dalam tu. Oh ya kalau perasan,, sesetengah peti selalunya akan ada ruang penyegar bersuhu 5 hingga 7 yang selalunya khas untuk letak sayur-sayuran dan buahan-buahan. Confuse? Takpe. Tengok gambar kat bawah ni okay. Oh ya, nak kongsi satu tips macam mana nak cairkan (thawing) ayam atau daging anda yang terlampau beku tu sebelum masak, boleh letak kat bahagian chiller. Tapi kalau nak cepat cair, boleh guna microwave atau rendam dalam air sejuk. 

2. Khas kan setiap shelf atau rak dalam peti ais

Haa semua tahu dalam peti ais ada beberapa rak atau shelf sama ada di bahagian sejuk beku (freezer) dan ruang pendingin (chiller). Jadi nak pastikan peti ais anda sentiasa kenas dan tersusun, khaskan setiap rak itu untuk bahan apa. Kalau nak labelkan pun boleh, print lepastu laminate. Kalau tak laminate, sia-sia je usaha anda sebab nanti kertas label tu basah. Boleh juga tulis atas masking tape yang warna putih selalu tu.

Shelf pertama

Shelf pertama – pes seperti cili kering, bawang merah, halia, bawang putih dan lain-lain. Selain itu, sesetengah peti ais akan menyediakan rak untuk meletakkan telur. Jangan basuh telur tu, nanti lagi senang bakteria nak masuk (penetrate) ke dalam telur tu. Jika tidak, boleh letakkan je bekas plastic telur itu sekali di rak ini.

Shelf kedua

Shelf kedua – lebihan makanan (leftover). Sebagai contoh, kalau semalam masak lauk tak habis, boleh simpan dalam bekas dan letak dalam shelf ini. Ada juga para ibu bapa yang bekerja, masak awal pagi atau lewat malam semalam untuk anak-anaknya, boleh letak di rak ini juga. Jadi senang anak-anak nak cari, lepas itu boleh terus panaskan sebelum dimakan. Boleh juga letakkan buah-buahan yang telah dipotong dan diletakkan di dalam bekas di rak ini.

Shelf ketiga

Shelf ketiga – makanan kering (dry food) seperti ikan bilis, halia, asam keping, belacan dan asam jawa.

Shelf drawer

Pada bahagian drawer ni pula, kebiasaannya khas untuk letak sayur-sayuran atau buah-buahan. Pastikan susun elok-elok. Jangan letak yang berat dan besar di atas, nanti penyek pula sayur-sayuran dan buah-buahan di bawahnya.

Shelf di bahagian pintu peti ais

Bagi rak di bahagian pintu pula sesuai untuk simpan pes-pes seperti tom yam, asam pedas, asam laksa dan juga kiub-kiub seperti kiub ayam, kiub ikan bilis dan kiub daging. Rak seterusnya boleh letak air minuman, air tin, air vitagen atau yakult anak-anak anda. Kalau ada rak lagi, sesuailah untuk letak botol-botol sos cili, sos tomato, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Selain itu, kebanyakan orang akan menyimpan susu pekat atau cair yang belum habis digunakan dengan tin-tin sekali di dalam peti. Tapi, cara betulnya adalah anda kena pindahkan susu tersebut ke dalam bekas tertutup. Sebab tin yang masih ada susu tu, mesti tak sepenuhnya bertutup dimana pencemaran silang atau cross contamination boleh berlaku.

Shelf di dalam ruang sejuk beku (freezer)

Seperti diterangkan di atas, di bahagian freezer selalukan akan digunakan untuk simpan ayam, ikan, daging, udang, sotong, aiskrim, hotdog, french fries, chicken nugget dan makanan sejuk beku yang lain. Okay, tips seterusnya adalah setiap kali anda membeli lauk pauk, bahagikan kepada beberapa bahagian siap-siap selepas basuh supaya masa nak masak nanti, tak perlu nak cairkan selepas itu yang selebihnya masukkan dan simpan balik ke dalam freezer. Hari esok ulang proses yang sama. Cuba bayangkan berapa banyak bakteria yang boleh merosakkan ayam anda. Selain itu, ayam anda juga tidak akan sesegar seperti hari pertama anda beli ayam tersebut. Jadi sama ada anda bahagikan dan simpan mengikut jenis masakan yang akan masak untuk minggu itu atau bahagikan contohnya bahagian tulang sahaja, daging sahaja, kulit sahaja dan lain-lain. Selain itu, pada ruang ini juga selalunya ada ruang untuk membuat ais kiub.  

3. Bentuk container atau bekas yang sesuai

Kebanyakan akan memilih untuk menggunakan bekas yang berbentuk empat segi berbanding bentuk-bentuk lain seperti bulat, bujur, segi tiga atau sebagainya untuk simpan barang-barang dan bahan-bahan dalam peti ais. Ini kerana, boleh jimat lebih banyak ruang, kemas dan boleh simpan lagi banyak barang atau makanan. Bayangkan jika anda memakai bekas berbentuk segi empat, mesti lagi banyak boleh masukkan berbanding ke dalam bekas berbentuk bulat.

4. Jenis container atau bekas yang digunakan

Seterusnya, lebih baik jika gunakan bekas yang bahagian bawahnya adalah transparent atau boleh dilihat dari luar. Jadi tak perlulah nak buka setiap bekas setiap kali nak cari bahan. Kalau transparent kan boleh tengok dari luar. Kalau penutup tu tak apa la nak warna warni mengikut tema yang diingini. Oh ya! Bukan sahaja rak kena label. Lagi bagus kalau anda labelkan setiap barang dan bahan yang anda simpan tu di bahagian luar bekas. Lagi senang nak ambil. Tak adalah tertukar atau tersilap kan. Sekarang boleh beli online je label-label ni semua. Takpun ambil marker dan tulis atas masking tape. Mudah dan jimat. Tak adalah tersilap ambil barang. Lepastu kena marah dengan mak ataupun terlambat nak pergi kerja kan. Lagi bagus kalau ada tulis tarikh anda beli dan tarikh luput (jika ada), jadi boleh elakkan kejadian termakan bahan atau barang yang telah pun rosak.

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian dari STORAGE MALAYSIA. Harap semua jaga diri dan jumpa lagi di perkongsian seterusnya dengan tajuk yang lebih menarik. Bagi yang terlepas blog kami yang lepas, boleh carik di websites kami. Oh ya, bagi yang memerlukan servis STORAGE MALAYSIA iaitu a) simpan; b) pindah & simpan; c) wrapping; d) simpan & hantar bolehlah hubungi kami di talian 0195181744. Takpun boleh layari laman web rasmi kami untuk maklumat lanjut. Stay safe dan jumpa lagi semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by