SERVIS SIMPAN STOK MAKANAN DI SHAH ALAM

TIPS-TIPS UNTUK MEMILIH KABINET RUMAH ANDA
March 13, 2021
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KENDERAAN KE SABAH SARAWAK
March 19, 2021
Show all

SERVIS SIMPAN STOK MAKANAN DI SHAH ALAM

Hai semua. Apa khabar? STORAGE MALAYSIA harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Minggu lepas bermulanya sesi persekolah untuk murid-murid darjah 2 hingga 6. Harapnya anak-anak anda semua dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Manakala anak-anak yang darjah 1 dan prasekolah atau tadika yang telah pun memulakan persekolahan awal seminggu, harapnya juga semakin dan kekal bersemangat ya nak menuntut ilmu. Oh ya! Kat sini STORAGE MALAYSIA nak umumkan sesuatu. Jika sebelum ini kami dikenali sebagai AK-STORAGE, sekarang kami telah menukar nama menjadi STORAGE MALAYSIA. Harap take note ya! Terima kasih. Okay jom baca blog untuk minggu ini.

Makanan, minuman dan udara (oksigen) merupakan keperluan asas yang paling penting dalam kehidupan manusia. Setelah itu barulah keperluan seperti pakaian, duit, tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya. Manusia memerlukan makanan untuk membekalkan tenaga dalam badan. Badan akan menjadi lesu dan tekanan darah menjadi rendah jika seseorang tidak makan dengan mencukupi. Namun perlu diingat, makan berlebihan pun bahaya. Jadi kenalah bersederhana. Ikutlah panduan piramid makanan yang kementarian kesihatan Malaysia sediakan. Rasanya kita belajar sejak tadika atau prasekolah lagikan. Setiap kelas makanan termasuklah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat harus dimakan mengikut portion yang dicadangkan. Minuman pula kita digalakkan untuk meminum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bersamaan tiga liter air. Kurang kandungan air dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu terhidrasi atau mengalami kekurangan air dalam badan. Sebagai mana tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk hidup, kita juga memerlukan oksigen untuk terus hidup. Betapa Allah Maha Bijaksana, dimana kita dan tumbuhan saling melengkapi dan memerlukan. Semua tahukan mengenai sistem pernafasan manusia. Apabila manusia menyedut udara (menarik nafas), lebih banyak oksigen akan disedut masuk. Manakala, apabila manusia menghembus nafas, banyak gas karbon dioksida akan dilepaskan. Menakjubkan bukan. Oleh itu, pokok ini sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada manusia, bukan hanya mencantikkan rumah, malahan ada yang digunakan untuk memasak, digunakan untuk berteduh dan pelbagai lagi fungsi yang penting. Jom tanam pokok! Oh ya! Melihat tumbuhan hijau juga merupakan satu latihan untuk mempunyai mata yang sihat taw.

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi negeri Selangor. Shah Alam mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai. Mengikut laman sesawang rasmi MBSA, bilangan penduduk di Shah Alam adalah sebanyak 646890 orang pada tahunm 2012. Hal ini demikian kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi seperti UiTM Shah Alam dan Unisel, shopping mall seperti I-City Centre, Kompleks PKNS dan Shah Alam Convention Centre, masjid terbesar iaitu Masjid Sultan, tempat perindustrian, Stadium Shah Alam dan banyak lagi tempat yang menjadikan Shah Alam tempat tumpuan orang ramai. Jadi tak hairanlah Shah Alam hari-hari sesak.

Haa baiklah. Semua tahukan kat Shah Alam ada banyak taman-taman perindustrian (Industrial Park) di Shah Alam. Ini menyumbang kepada banyaknya tumbuh syarikat-syarikat di kawasan Shah Alam. Kebanyakan company besar mahupun SME (small medium entrepreneur) mempunyai warehouse atau gudang mereka sendiri atau mereka menyimpan stok makanan hanya di rumah atau kedai bagi peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

Di Shah Alam, ada company yang menyediakan servis penyimpanan stok barang buat peniaga-peniaga yang memerlukan khidmat penyimpanan stok barang seperti stok baju, kasut dan sebagainya tapi jarang kita dengar company yang menyediakan servis penyimpanan stok makanan terutamanya makanan sejuk beku atau frozen food

STORAGE MALAYSIA atau AKMOVERS sebelum ini telah pun menyediakan warehouse atau gudang untuk disewa. Hal ini demikian kerana sesetengah syarikat atau peniaga memerlukan gudang untuk menyimpan barang-barang kegunaan peribadi syarikat mereka atau stok barangan jualan mereka. Selain menyediakan servis memindahkan barang, STORAGE MALAYSIA dan AKMOVERS juga menyediakan servis tempat penyimpanan barang-barang untuk sementara waktu atau dalam jangka masa yang diperlukan dan dipersetujui. Barang-barang selalunya termasuk perabot seperti almari, sofa dan sebagainya. Servis ini juga sesuai untuk mana-mana syarikat-syarikat yang sedang dibaiki atau diperbaharui juga syarikat yang ingin berpindah tempat. Jadi tak perlu pening-pening nak letak kat mana segala mesin-mesin, perabot seperti kerusi, meja, almari dan stok bahan dan barang yang sudah siap sementara menunggu siap sepenuhnya.

Warehouse di STORAGE MALAYSIA juga boleh bantu syarikat anda untuk simpan dokumen-dokumen syarikat anda. Lebih-lebih lagi syarikat yang besar, yang mempunyai banyak produk jualan, banyak dokumen penting seperti bukti pembelian, bukti jualan, bukti analisa-analisa yang telah dijalankan terhadap produl-produk syarikat anda. Dengan menggunakan servis penyimpanan di gudang STORAGE MALAYSIA, anda tak perlu risau lagi bila tibanya musim audit. Anda boleh datang dan ambil dokumen yang diperlukan secepatnya. Kerana di Gudang STORAGE MALAYSIA, semua dokumen dan barang akan disimpan dengan teratur dan tersusun. Dokumen dan barang anda dijamin selamat kerana STORAGE MALAYSIA memasang kamera litar tertutup atau CCTV yang akan memantau dokumen dan barang anda setiap masa.

Warehouse STORAGE MALAYSIA yang terletak di bandar Shah Alam sangat strategik secara geografinya kerana senang untuk diakses dan terhindar dari bencana alam seperti banjir kilat dan lain-lain. Seterusnya, selain mempunyai gudang yang bersaiz besar, STORAGE MALAYSIA juga mempunyai pengangkutan kami sendiri seperti lori, van dan motosikal. Pekerja-pekerja juga terlatih dan cekap mengendalikan kerja-kerja mereka. Jadi, STORAGE MALAYSIA boleh tolong ambil, simpankan dan hantarkan stok barang jualan anda.

Jadi, jika sebelum ini STORAGE MALAYSIA dan AKMOVERS hanya menyediakan servis menyimpan stok barang-barang rumah, pejabat dan barang jualan seperti kasut dan baju. Sekarang STORAGE MALAYSIA nak bagitahu satu berita gembira untuk para peniaga dan syarikat-syarikat yang membuat dan menjual makanan sejuk beku atau frozen food bahawa STORAGE MALAYSIA ada menyediakan servis untuk menyimpan stok makanan sejuk beku atau frozen food syarikat anda! Yeay. Happy tak? Ya ini bukan mimpi. Betullah tu apa yang anda baca bahawa STORAGE MALAYSIA ada menyediakan servis penyimpanan stok makanan sejuk beku untuk syarikat anda. STORAGE MALAYSIA boldkan, nak bagi bukti, nak tunjuk yang STORAGE MALAYSIA tak bergurau pasal berita ini.

Ramai yang tak tahu bahawa makanan sejuk beku harus disimpan dengan cara yang betul dan disimpan pada suhu bawah -18 . Hal ini demikian kerana kegagalan untuk menyimpan makanan sejuk beku di suhu yang sepatutnya menyebabkan makanan tersebut tidak tahan lama seperti yang dijangkakan (expiry date) atau rosak sepenuhnya serta merta. Bukan sahaja boleh menimbulkan menyebabkan hilang kepercayaan daripada pembeli malahan syarikat juga akan mengalami kerugian yang besar hanya disebabkan makanan tidak disimpan dengan cara dan suhu yang betul. Apatah lagi kalau pengguna makan makanan yang dah rosak secara tak tersengaja, boleh menyebabkan maut. Ini kerana, apabila suhu kurang daripada -18  atau cara pengendalia salah, cross contamination atau pencemaran silang boleh berlaku menyebabkan makanan tersebut tercemar.  Mengikut laporan surat khabar Utusan, terdapat 516 kes keracunan makanan pada tahun 2019, manakala 500 kes keracunan makanan pada tahun 2018. Peniaga-peniaga makanan terutamanya perlu mengendalikan produk makanan yang dijual dengan cara yang betul seperti yang termaktub di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Oleh yang demikian, STORAGE MALAYSIA ingin menawarkan dan membantu para peniaga terutamanya peniaga-peniaga makanan sejuk beku yang memerlukan tempat penyimpanan dengan menawarkan servis menyimpan stok makanan sejuk beku anda di gudang STORAGE MALAYSIA. STORAGE MALAYSIA menyediakan ruang yang besar dan baik untuk anda. STORAGE MALAYSIA akan sentiasa memastikan kaedah pengendalian yang terbaik dari pekerja kami dan suhu sentiasa di suhu yang ditetapkan. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa demi mengekalkan kualiti dan mutu produk makanan sejuk beku anda.

Jadi, jangan ragu-ragu. Kami menyediakan servis yang terbaik untuk anda semua. Hubungi kami segera di talian 0195181744 atau layari laman web rasmi kami untuk maklumat lebih lanjut. Taip sahaja AKMOVER atau STORAGE MALAYSIA. Pasti kami muncul. Macam biasa, STORAGE MALAYSIA nak ingatkan yang STORAGE MALAYSIA ada menyediakan servis seperti a) simpan; b) pindah & simpan; c) wrapping; d) simpan & hantar. Jika anda memerlukan servis kami, sila hubungi kami. Kita sembang-sembang sampai jadi. Baiklah. Sampai di sini sahaja perkongsian dari STORAGE MALAYSIA untuk kali ini. Stay safe dan jumpa lagi semua.

Psst… Walaupun PKP dah tiada, PKPB dan PKPP masih dijalankan. Buat yang tiada keperluan di luar, lebih selamat jika anda duduk di rumah bersama yang tersayang. Paling penting sekali, virus corona di mana-mana. Kita sahaja yang tidak dapat melihat dengan mata kasar. Jaga diri ya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by