JENIS-JENIS KABINET YANG PATUT ADA DI RUMAH ANDA

PANDEMIK – APA PERLU OWNER, AGENT DAN DROPSHIP BISNES ONLINE LAKUKAN?
February 11, 2021
BARANG SIKIT, PERLU SEWA LORI KE ?
February 20, 2021
Show all

JENIS-JENIS KABINET YANG PATUT ADA DI RUMAH ANDA

'Rumahku, syurgaku’

Mesti ramai pernah dengar ayat ni kan. Ayat atau ungkaipan ini sebenarnya bermaksud bahawa rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Rumah adalah tempat kita tinggal. Tempat kita meluangkan masa bersama yang tersayang. Tempat kita berehat setelah lelah bekerja di luar. Tempat yang paling buat kita rasa selamat. Rumah adalah tempat bermulanya kehidupan seseorang. Rumah juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal, mental, sahsiah dan emosi. Rumah adalah tempat ibu bapa membentuk anaknya dari kecil yang diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkan anak-anak mereka.

Semua bermula di rumah. Jadi sebagai ibu bapa, kita harus memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. Persekitaran yang bersih dan tenang adalah bagus untuk tumbesaran anak-anak, malahan untuk mental ibu bapa juga. Nak nak lagi pada waktu pandemik, di mana rakyat Malaysia disarankan untuk sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting di luar untuk memastikan kesihatan diri dan keluarga sentiasa terpelihara dan mengelakkan dari dijangkiti virus covid-19 yang melanda. Bukan sahaja anak-anak yang tidak perlu ke sekolah dan harus belajar dari rumah, malahan ibu bapa turut perlu bekerja dari rumah (work from home) demi memutuskan rantaian covid-19.

Rumah yang selesa, cantik dan kemas adalah rumah idaman setiap orang. Rumah terdiri daripada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur dan juga tandas. Ruang tamu dan bilik tidur adalah kawasan di mana seisi keluarga beristirehat dan meluangkan masa bersama. Manakala, dapur selalunya difokuskan kepada ibu bapa yang selalunya memasak untuk ahli keluarga dan menempatkan peralatan dapur, peti ais dan sebagainya. Setiap ruang semestinya mempunyai fungsinya sendiri.

Dekorasi di setiap inci rumah sangat penting. Takdelah stress je nak buat kerja atau belajar kan sebab persekitaran pun kemas dan selesa. Semua orang tahu, bahawa bekerja dan belajar secara dalam talian (online) di rumah tidak begitu menyamankan. Lebih-lebih lagi para ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama harus menguruskan anak yang belajar secara dalam talian, juga perlu memasak dan mengemas rumah. Membayangkannnya sahaja sudah melelahkan, apatah lagi bahu yang memikul. Namun, tidak dinafikan, para ibu bapa semua adalah insan yang hebat dan sangat kuat kerana berjaya melalui hari-hari mereka tanpa berputus asa.

Jadi nak rumah cantik dan kemas, selain daripada susunan dan dekorasi juga warna cat, jenis perabot atau kabinet juga memainkan peranan. Kat sini kita nak kongsikan jenis-jenis perabot atau kabinet simpan barang yang perlu ada di rumah anda. Tapi sebelum itu, anda kena pastikan anda tahu material kabinet yang ada di pasaran, ambil tahu kelebihan dan kelemahan setiap bahan (materials), dapatkan info atau nasihat dari yang lebih pakar, pilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar serta memilih warna kabinet yang sesuai dengan konsep rumah dan barang yang akan disimpan di kabinet tersebut.

Jenis perabot atau kabinet simpan barang yang perlu ada di rumah anda:

1. Kabinet simpan barang di bilik tidur seperti pakaian, beg dan sebagainya 

Kabinet simpan barang seperti pakaian selalunya ditempatkan di dalam bilik tidur masing-masing kecuali jika kita lihat di kaca TV, di drama-drama korea di mana orang-orang kaya, mereka mempunyai ruang untuk menyimpan pakaian dan barang aksesori seperti jam tangan, tali pinggan, barang kemas dan lain-lain di bilik yang berasingan. Namun, umumnya, kebanyakan kita akan menempatkan almari pakaian tersebut di dalam bilik tidur kita. Kerana lebih mudah untuk pengaksesannya dan tidak semua mampu untuk mempunyainya. Bagi ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak yang masih kecil, kebanyakkan akan berkongsi almari pakaian bersama. Di sini, kita akan kongsikan dengan anda kabinet simpan barang yang sesuai mengikut fungsi dan ruang yang ada.

Kabinet atau almari baju plastik yang berbentuk kiub ini selalunya sesuai untuk bilik yang agak kecil atau sesuai untuk pengguna yang masih single. Ruang-ruang kiub yang mempunyai partition antara satu sama lain membolehkan anda bukan sahaja menyimpan pakaian, malahan boleh juga simpan barang-barang lain seperti kasut, beg tangan dan sebagainya. Sangat pelbagai dan boleh menjimatkan ruangkan. Harganya juga lebih murah dan boleh didapati di platform seperti Lazada, Shopee dan GoShop.

Kabinet jenis ini pula selalunya dipanggil LIKEBUG dan ranngka almarinya diperbuat daripada bahan tahan karat. Saiznya lebih besar dan murah juga mempunyai banyak ruangan yang boleh memuatkan pelbagai barangan. Lebih sesuai untuk yang berkeluarga tetapi inginkan sesuatu yang lebih murah. Ia juga ringan dan mudah dipasang seperti almari kuib. Anda juga boleh melipat pintu penutupnya yang dilengkapi oleh 2-way zipper dengan menggulungnya ke atas. Boleh simpan barang-barang seperti bantal, selimut, tuala dan pakaian. Di bahagian bawah pula boleh simpan kasut anda.

Kabinet ini pula dipanggil Multifunctional Clothes Hanging Rack. Selalnya diperbuat dari aluminium, ia juga sesuai untuk seseorang yang minimalis. Selain baju, anda juga boleh letak dan simpan pelbagai jenis barangan lain seperti topi, beg tangan dan lain-lain. Harganya agak berpatutan mengikut rekaan dan bahan ia diperbuat. Lagi satu boleh guna sebagai backdrop untuk promote bagi yang berbisnes. Cantikkan kalau gantung baju, lepastu ambil gambar.

Kabinet atau almari pakaian yang paling umum yang digunakan oleh ramai orang adalah almari berpintu yang diperbuat dari kayu yang kukuh dan diperkemas di bahagian luaran menggunakan plywood, PU lamination atau lain-lain. Kabinet ini selalunya berbeza dari segi bilangan pintu, laci dan tambahan seperti cermin dan loker berkunci di dalamnya. Selain itu, terdapat kabinet yang terus terletak di lantai dan ada juga kabinet yang mempunyai kaki, lebih senang untuk proses mengemas. Harga adalah bergantung kepada jenis-jenis almari sendiri seperti bahan dan saiznya. Kabinet jenis ini, kita boleh simpan lebih banyak barang sebabnya ia sangat kuat dan kukuh juga ruangnya lebih besar.

2. Kabinet simpan barang di dapur

Dapur adalah tempat anda menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Dapur adalah tempat yang akan dikunjungi setiap hari. Pemilihan kabinet di dapur untuk menyimpan barang seperti bahan makanan dan peralatan memasak adalah sangat penting untuk kelancaran aktiviti memasak sehari-harian. Antara materials yang biasa digunakan ialah melamine ABS, laminate, 3G glass, 4G glass, aluminium, acrylic dan carbon fibre. Anda juga perlu ambil kira ketahanan dan kekukuhan kabinet dapur tersebut untuk jangka masa lama, sama ada kabinet tersebut kalis air atau tidak dan boleh menghalang serangga perosak seperti anai-anai dan semut. Kabinet atas selalunya kabinet simpan barang khas seperti makanan seperti biskut, bihun, mee segera dan sebagainya; makanan kumpulan seperti rempah-rempah, botol, bekas penyimpan makanan, gelas dan pinggan mangkuk. Manakala, di bahagian kabinet bawah khasnya untuk simpan peralatan yang bukan makanan seperti periuk dan kuali. Rak pinggan selalu diletak berhampiran sinki.

Kabinet dapur melamine ABS/particle board.

Materials ini lebih murah dan boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna. Tetapi materials jenis ini agak berat. Sesuai untuk jangka masa pendek kerana ia boleh bertahan 3 hingga ke 5 tahun. Ada dua jenis (kali air dan tidak kalis air). Perlu masa yang pendek untuk proses pemasangan.

Kabinet dapur plynyatoh.

Harganya agak mahal. Hal ini kerana ia mempunyai 3 lapisan iaitu papan lapis-meranti (lapisan pertama), kayu meranti (lapisan tengah) dan papan lapis warna putih (lapisan terakhir). Ia juga mempunyai pelbagai jenis corak dan warna. Materials ini sangat ringan, senang dibersihkan dan mengambil masa yang singkat untuk kering selepas dibersihkan. Boleh bertahan hingga 5 ke 10 tahun.

Kabinet dapur blockboard.

Punya daya ketahanan yang tinggi. Jadi harganya lebih mahal berbanding kabinet jenis plynyatoh. Lebih ringan dan kuat membuatkan ia lebih tahan lama (sehingga 10 tahun).

Kabinet dapur chipboard.

Kabinet jenis ini mempunyai harga yang paling berbaloi berbanding jenis yang lain. Ia mempunyai ciri-ciri anti anai-anai, kalis air membuatkan ia sesuai terutama di bahagian sinki. Diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi dengan campuran gam hijau pada kayu. Terdapat dua rekaan iaitu Formica dan Melamine corak kayu.

3. Kabinet simpan barang-barang di ruang tamu seperti barang dekorasi atau aksesori

Ruang tamu merupakan tempat seisi keluarga beristrirehat dan juga tempat pertama yang akan dikunjungi oleh para tetamu yang hadir. Jadi kebiasaannya, dekorasi di ruang tamu adalah lebih teliti dan harus yang terbaik pada setiap masa. Selalunya perabot dan cat dinding di’mix’ and ‘match’ kan supaya ruang tamu kelihatan lebih glowing dan elegent. Namun, bergantung kepada citarasa tuan rumah itu sendiri, sama ada lebih suka deko dan design yang simple, modern atau classic dan sebagainya.

Alang-alang kat ruang tamu selalunya wajib ada TV, jadi bolehlah beli kabinet yang mempunyai satu set untuk letak TV dan juga simpan barang lain seperti barangan dekorasi atau buku-buku majalah. Sebelum beli, kena pastikan ukur dulu saiz TV anda, kejap lagi dah beli lepastu tak muat pula nak letak TV anda, dah membazir. Lepastu belilah warna yang sesuai dengan warna ruang tamu serta perabot lain yang ada seperti sofa dan meja kopi.

Jika anda ingin mengasingkan kabinet TV dan barang-barang lain, saya pasti ramai memilih untuk menempatkan kabinet simpan barang anda seperti gambar di sebelah kanan ini. Warna kabinet di’match’kan dengan warna dinding dan sofa. Boleh juga simpan barang-barang dekorasi dan piala-piala anda untuk dipamerkan.

Seperti gambar di sebelah kiri, anda boleh menempatkan rak simpan barang dekorasi atau buku anda menempel di dinding. Disatukan dengan dinding dibahagian tepi membuatkan ruang lebih luas dan lebih banyak barang boleh boleh disimpan.

Jika anda mempunyai rumah yang agak sempit dan kecil. Anda bolehlah memasang kabinet yang boleh simpan barang-barang anda dalam satu kawasan yang sama. Ianya kelihatan padat. Namun, masih terlihat kemas dan menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by