PANDEMIK – APA PERLU OWNER, AGENT DAN DROPSHIP BISNES ONLINE LAKUKAN?

PROFESSIONAL SERVICE
February 11, 2021
JENIS-JENIS KABINET YANG PATUT ADA DI RUMAH ANDA
February 20, 2021
Show all

PANDEMIK – APA PERLU OWNER, AGENT DAN DROPSHIP BISNES ONLINE LAKUKAN?

Anda businessman atau businesswomen? Buat bisnes secara online atau dalam talian? Jual barang sebagai sumber pendapatan utama atau nak cari pendapatan lebih? Tapi tak tahu nak simpan stok barang kat mana? AK-STORAGE ada penyelesaiannya.

Zaman sekarang, zaman hampir semua urusan boleh dilakukan dihujung jari. Semua benda boleh online je. Duit pun boleh transfer secara online. Lapar? Pesan je makanan secara online kat Food Panda, Grab Food atau boleh pesan je kat websites rangkaian makanan tersebut, sebab sesetengah mempunyai servis food delivery (penghantaran makanan) mereka sendiri seperti KFC dan Pizza Hut. Nak membeli belah tapi malas nak keluar pergi shopping mall? Tak mengapa. Online je. Lazada ada, Shopee ada. Zalora ada. Banyak tempat boleh shopping dan beli barang secara online sambil baring atas tilam atau ketika minum petang. Apatah lagi, pada masa kini terdapat banyak perkara-perkara viral seperti bunga dan makanan sehingga ada yang menubuhkan kumpulan (group) di Facebook untuk penggemar-penggemar yang mempunyai minat yang sama. Jadi kebanyakkan mereka perlu membeli barang yang diperlukan contohnya pasu, benih pokok dan baja bagi yang meminati tanaman secara online atau dalam talian.

Lebih lebih lagi, pada waktu dunia mengalami pandemik covid-19. Ramai orang lebih gemar dan selesa untuk membeli belah barang harian dan keperluan asas seperti makanan, pakaian, barang dapur dan sebagainya secara online sahaja. Sepanjang Movement Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, rakyat Malaysia dikehendaki mematuhi dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia ini termasuklah hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian serta pergerakan rentas negeri dan daerah dalam Kawasan PKP adalah tidak dibenarkan sama sekali. (Orang ramai boleh mengetahui peraturan-peraturan dengan lebih lanjut dengan melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.)

Tidak dinafikan juga, ada ramai orang yang putus mata pencarian dan sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja ataupun tidak boleh keluar untuk berniaga. Oleh itu, jalan yang paling selamat adalah dengan menjual barang secara online. Sebagai contoh, baju, beg, tudung dan lain-lain. Secara tudak langsung, kita dapat elakkan 3S iaitu Sesak (tempat yang sesak), Sempit (tempat tertutup yang sempit dan Sembang Dekat (jangan sembang dekat dekat) sesuai dengan saranan kerajaan.

Bagi yang berniaga barang secara online, ada yang menjadi owner, agent dan dropship. Owner kebiasannya akan memegang stok barang dengan jumlah yang besar dan mengagihkan kepada agent-agent di bawahnya dengan harga yang lebih murah. Agent pula selalunya akan order barang daripada owner dan menjualnya kembali kepada pembeli dengan harga yang sedikt tinggi sebagai keuntungan. Manakala, dropship pula tidak memegang stok barang. Dropship hanya perlu mencari dan menjual barang kepada pembeli selalunya secara online. Selepas itu, owner, supplier atau agent diatas mereka akan mengepos barang tersebut untuk mereka. Dropship hanya perlukan internet, telefon pintar atau laptop di rumah.

Antara formula untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi tak kiralah anda adalah owner, agent atau dropship adalah mengamalkan formula SMART.

SSpecific

MMeasurable (boleh diukur)

AAchievable (boleh dicapai)

RRelevant (sesuai)

TTimebound (mempunyai jangka masa)

Specific adalah anda sebagai penjual atau bisnes owner hendaklah tahu apa yang anda ingin capai. Nak jual 100 unit sebulan? 1 juta unit setahun? Nak beli kereta sport atau rumah banglo dalam masa dua tahun. Seterusnya, siapa target untuk bisnes anda, dimana anda hendak jual dan iklankan bisnes barang yang dijual? Adakah secara online dan luar talian juga? Kenapa anda nak buat bisnes untuk jual barang tersebut dan yang paling penting ialah barang apa yang anda ingin jual.

Measurable ialah anda harus pastikan yang anda tahu cara untuk mengukur progress atau kejayaan bisnes yang anda buat. Contohnya, anda punya sasaran adalah nak beli kereta sport. Kena tahu berapa harga pasaran kereta tersebut? Berapa banyak wang yang anda ada? Berapa income dari bisnes anda buat yang diperlukan supaya dapat menampung perbelanjaan yang lain. Jadi, dari sini anda boleh ukur tahap kejayaan anda menuju goal dan impian yang diingini. Berapa banyak lagi wang yang diperlukan dan barang yang perlu dijual.

Achievable adalah boleh dicapai atau pun logik dek akal fikiran dan berpijak di bumi yang nyata. Bukannya impian yang terlalu tinggi melangit sehingga tak nampak penghujungnya. Contoh, nak jual barang bulan lepas jualan 2 ribu. Bulan seterusnya tak boleh nak target 10 ribu terus dari bisnes yang anda sama. Semua perkara ambil masa. Jadi kena ada goal yang boleh dicapai dan realistik sesuai dengan bisnes dan kemampuan anda.

Relevant ialah sesuai. Kena pastikan goal-goal yang anda ingin capai sesuai untuk anda dan bisnes anda. Pastikan goal-goal tersebut tidak menyusahkan anda dan menjatuhkan bisnes anda di kemudian hari. Utamakan goal yang lebih penting.

Timebound atau mempunyai jangka masa. Letakkan timeline atau due date untuk anda capai goal anda dan bisnes anda. Pastikan anda sentiasa ada timeline untuk memantau progress dan tahap kejayaan goal anda supaya anda dapat capai goal anda dalam masa yang anda inginkan dan supaya pengurusan lebih teratur dan tidak tersasar.

Seterusnya, kenal pasti minat, pengalaman dan kelebihan yang ada dalam diri anda supaya anda dapat pilih bisnes dan jual barang yang betul, tepat dan sesuai dengan jiwa anda. Sebab bila kita suka dan minat, prosesnya adalah lebih mudah. Sebagai contoh, jika anda seorang yang suka membaca, anda bolehlah menjual book planner dan buku-buku bacaan. Tapi jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, silakan kerana adalah tidak salah sama sekali. Buat dulu baru tahu. Tak kenal maka tak cinta. Kalau suka makanan, banyak makanan viral yang boleh dijual seperti Banana Salai dan sebagainya. Hanya perlu promote bisnes di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Bagi pelajar-pelajar yang buat bisnes online, boleh paparkan iklan-iklan bisnes anda di boardboard sekeliling tempat anda belajar.

Jadi, bila order masuk da banyak. Owner bisnes dan agent kena pegang banyak stok barang. Kadang-kadang sampai tak muat kedai nak letak stok barang untuk penuhi permintaan para pembeli. Jadi kami nak tolong anda uruskan stok barang-barang ada yang banyak tu. Takdelah sesak kedai atau rumah anda. Jadi kalau ada pelanggan atau pembeli nak pergi kedai anda, masih ada ruang untuk showroom barang yang anda jual.

Bagi bisnes owner dan agent yang menyimpan barang dengan jumlah yang banyak, pasti binggung di mana hendak simpan stok barang jualan terutamanya syarikat dan kedai yang kecil serta agent yang menjual pelbagai jenis barang dalam satu masa. Oleh itu AK-STORAGE nak bantu anda, sediakan tempat untuk anda simpan barang bisnes anda di storage area kami. AK-STORAGE juga boleh tolong pos kan barang anda. Anda cuma perlu berhubung dengan team kami supaya kami boleh bantu anda dan mendapat maklumat penerima barang tersebut. 

Jadi kat sini, kita nak share macam mana nak urus dan simpan stok barang online bisnes yang anda jual?

1. Asingkan stok barang untuk jualan secara online dan offline.

Sebagai owner dan agent online bisnes yang berjaya, pastikan anda asingkan stok online dan offline. Stok offline adalah stok yang dikhaskan untuk simpanan kedai anda. Jadi, jika ada pembeli yang datang ke kedai untuk melihat dan mencuba barang yang anda jual, masih ada stok pada waktu tersebut.

2. Pastikan ruang mencukupi untuk simpan stok.

Pastikan anda sediakan tempat khas atau stor penyimpan barang bisnes anda yang cukup ruang untuk menyimpan stok-stok tersebut. Bagi penjual bisnes secara online, selalunya hanya menjalankan perniagaan dari rumah. Kat rumah pula, dipenuhi barangan peribadi, barangan keluarga. Jadi, ruangan yang agak sempit menyukarkan anda untuk menyimpan barang.

3. Pilih servis penyimpanan barang yang bagus.

Pilih syarikat penyimpanan barang yang menyediakan servis yang baik. Sebagai contoh, AK-STORAGE. Kami akan tolong pindahkan stok barang jualan bisnes anda, simpankan dan boleh tolong pos kan barang anda sesuai mengikut permintaan anda. Ada boleh layari websites kami secara online atau hubungi kami untuk lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by