TIPS SIMPAN DAN KEMAS BARANG-BARANG YANG MUDAH PECAH

Taknak Stress Semasa Pemindahan Rumah
March 20, 2020
PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA.
February 5, 2021
Show all

TIPS SIMPAN DAN KEMAS BARANG-BARANG YANG MUDAH PECAH

Apa itu barang mudah pecah?

Barang mudah pecah ialah barangan yang sangat sensitif akan sesuatu daya/kuasa dari luar seperti hentakan, tolakan dan apitan. Barang-barang yang mudah pecah memerlukan pengurusan dan pengendalian yang teliti berbanding barang yang tidak mudah pecah. Jadi baik waktu mengemas untuk berpindah atau mengemas untuk hari kebiasaan, pastikan barangan mudah pecah dikemas sebaik mungkin.

Contoh barang yang mudah pecah di rumah anda:

  1. Pinggan, mangkuk dan cawan kaca.
  2. Barang aksesori seperti pasu seramik atau barangan tembikar, kristal dan porselin.
  3. Botol kaca.
  4. Bingkas gambar berkaca

1. Asingkan barang yang mudah pecah dan tidak mudah pecah.

Semasa mengasing dan mengemas barang untuk berpindah, pastikan anda kemas dan simpan barang-barang anda dengan teliti terutama barang-barang yang mudah seperti kaca. Asingkan dahulu barang yang mudah pecah di satu tempat dan barang tidak mudah pecah di satu sudut lain dan simpan barang tersebut di tempat yang sama mengikut jenis barang. Lagi satu, kalau dah asing dari awal, kan lebih mudah untuk proses mengemas di rumah baru. Bagi barangan yang tidak digunakan lagi dan akan dibuang, pastikan barang-barang tersebut diletakkan di dalam plastik sampah untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.

2. Simpan dan bungkus barangan yang saiznya sama atau hampir sama.

Setelah asingkan barang, simpan dan bungkus barangan yang mempunyai saiz yang sama supaya tidak membazir ruang dan tidak berlaku perlanggaran di antara barang bersaiz kecil dan besar dan menyebabkan ia pecah. Sebagai contoh, pinggan kaca kecil satu kotak dan pinggan kaca besar di simpan di kotak yang berbeza. Pengasingan ini juga sangat membantu anda sewaktu mengemas di rumah baru nanti.

3. Dapatkan materials yang betul untuk packing.

Jika anda nak simpan barang, anda kena pastikan anda memilih dan menggunakan materials wrapper dan kotak yang sesuai untuk simpan barang mengikut jenis masing-masing.

a. Wrapper Bungkus atau balut barangan kaca dengan bubble wrap, corrugated paper, surat khabar lama atau kain yang sudah tidak digunakan. Supaya barang tersebut terletak dan tidak bergerak. Wrap satu demi satu tau. Jika anda tidak sempat dan tiada masa untuk berbuat demikian, boleh roger-roger AK-STORAGE, AK-STORAGE ada pakej wrapping untuk anda tau! Team AK-STORAGE kasi settle. Bagi barangan yang tidak mudah pecah, tidak perlu wrapper pun tak apa.

b. Kotak Jadi lepas dah siap wrap atau balut cantik-cantik, kemas-kemas, sediakan kotak secukupnya. Gunakan kotak tebal dan berkualiti untuk simpan barang anda. Kalau tak cukup boleh beli tak pun pergi je pasar raya atau kedai terdekat untuk dapatkan kotak-kotak yang terpakai. Kotak bersaiz kecil dan sederhana boleh digunakan untuk simpan barangan mudah pecah seperti kaca supaya mudah untuk diangkat semasa proses pemindahan. Ini kerana kotak kecil dan sederhana lebih mudah untuk ditangani dan diangkat. Yelah. Kaca kan berat. Kalau gunakan kotak besar, tak larat nak angkat. Lepastu, jatuh. Habislah mak marah nanti. Bagi barang yang tidak mudah pecah, boleh gunakan kotak bersaiz besar, sederhana mahupun kecil. Haa, kalau rasa tak sempat nak beli AK-STORAGE kan ada.

4. Susun pinggan dalam keadaan menegak di dalam kotak untuk mengurangkan risiko pecah sewaktu diangkat dan dipindahkan.

Oh ya! Akak-akak dan abang-abang, ada sumber mengatakan kalau anda simpan dan susun pinggan anda dalam keadaan menegak di dalam kotak boleh mengurangkan risiko dan potensi untuk pecah semasa proses mengangkat dan memindahkan. Haa boleh cuba nanti taw. Tindakan ini juga boleh menjimatkan ruang. Jadi lagi banyak barang boleh simpan dalam kotak itu. Ingat ya! Wrap atau balut dulu setiap satu pinggan tersebut, baru susun dan simpan dalam kotak. Baru lah lebih efektif.

5. Isikan ruangan kosong dalam kotak dengan kertas atau surat khabar lama supaya barang tersebut tidak bergerak semasa diangkat.

Masa simpan barang tu, mesti anda perasan setiap penjuru atau sebelah kiri kanan depan belakang akan ada rongga-rongga atau ruang kosong yang membolehkan barang yang disimpan untuk bergerak. Jadi anda kena sumbat atau isikan ruangan kosong itu dengan kertas atau surat khabar lama supaya barang tersebut tidak bergerak semasa proses mengangkat dan perpindahan.

6. Balut bahagian luar kotak dengan pita pelekat sebanyak mungkin untuk mengelakkan kotak koyak.

Setelah siap wrap dan simpan barang dalam kotak, kotak tersebut perlukan dibalut pada bahagian luar dengan menggunakan pita pelekat sebnayak yang mungkin terutamanaya untuk barangan yang mudah pecah untuk mengelakkan kotak daripada koyak kerana tidak dapat menampung berat barangan di dalamnya. Gunakan pita pelekat yang kuat dan bukan senipis kulit bawang. Seeloknya, gunakan pita pelekat yang berkualiti dan bersaiz ideal atau lagi besar lagi bagus.

7. Labelkan dengan sticker “mudah pecah” atau “fragile” pada kotak yang mengandungi barang yang mudah pecah.

Seterusnya, dah siap masukkan semua barang dalam kotak pastikan anda labelkan kotak-kotak tersebut dengan sticker supaya mudah untuk proses memindahkan dan mengemas di rumah baru. Sticker “mudah pecah” atau “fragile” boleh dilekatkan pada kotak yang mengandungi barangan mudah pecah. Manakala, kotak selebihnya boleh dilabel mengikut jenis barangan yang dididalam kotak tersebut seperti “toys”, “clothes” dan lain-lain. Mesti para bapa atau teams AK-STORAGE sangat berterima kasih jika anda melabelkan kotak-kotak tersebut dengan jelas. Jadi kejadian yang tidak diingini seperti pinggan pecah, pasu seramik retak boleh dielakkan dengan jayanya.

8. Simpan barangan elektrik di kotak asal.

Bagi barang-barang elektrik seperti TV, PC, PS4, kettle dan rice cooker, boleh guna balik kotak asal yang dapat semasa waktu mula-mula anda beli. Kalau dah buang, gunakan kotak yang saiznya sama dengan barang-barang tersebut. Takde masalah!

9. Letak atau kumpul kotak-kotak disuatu kawasan lapang atau berhampiran dengan pintu keluar.

Dah siap simpan semua barang dalam kotak, letak atau kumpulkan semua kotak-kotak tersebut disuatu kawasan lapang seperti ruang tamu atau berhampiran dengan pintu masuk keluar utama. Jadi nanti senang para bapa, teams AKMOVER atau AK-STORAGE nak pindahkan kotak tersebut ke dalam lori. Tak perlu masuk hingga ke dapur, stor atau naik ke tingkat atas. Tapi kalau berat, takpa team AKMOVER atau AK-STORAGE sedia membantu. Cakap je okay!

1. Gunakan tuala atau kain pengelap yang sesuai

Jadi, kalau anda nak kemas, bersihkan atau lap barang kaca atau barangan aksesori atau dekoratif anda seperti pasu seramik dan porselin, pastikan guna tuala atau kain pengelap yang sesuai. Tuala yang paling famous dan mudah didapati adalah tuala Good Morning. Kain pengelap ada banyak jenis seperti kapas dan linen yang sangat bagus menyerap lembapan. Jangan gunakan kain pengelap yang digunakan di dapur atau di meja makan, kain tuala tangan atau kain pelapik periuk untuk mengelap barang hiasan pula ya. Asingkan tuala-tuala mengikut kegunaannya. Contoh, kain untuk mengeringkan pinggan mangkuk, kain untuk lap tangan, kain untuk lap meja makan, kain untuk melapik periuk panas dan kain untuk lap perabot dan barang perhiasan.

2. Bersihkan barang mudah pecah dengan berhati-hati

Pastikan anda membersihkan barang yang mudah pecah dengan berhati-hati. Kalau pecah, anda juga yang rugi! Pegang dengan cengkaman yang ideal, tidak terlalu kuat atau tidak terlalu loose. Saya yakin barangan kaca lebih tinggi harganya daripada barangan lain kan. Jadi, kena handle baik-baik tau.

3. Pastikan anak anda tidak bermain di sekeliling anda

Sewaktu mengemas, pastikan anak-anak anda tidak bermain di sekeliling anda. Takut kalau mereka terlanggar anda sewaktu mengemas, dah rugi. Nak marah tak boleh, sebab anak-anak pun masih kecil dan tak faham nilai harga barang tersebut. Mungkin boleh suruh mereka main kat tempat lain, berikan mereka “toys” supaya mereka fokus dengan mainan tersebut atau tunggu waktu mereka tidur atau pergi ke sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »

TESTIMONI

This is the heading

Nam bibendum, elit eu mattis mollis, lorem urna ultrices enim, et vulputate odio nibh sit amet magna. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum auctor nisl a mauris hendrerit, posuere fringilla nisi convallis. Etiam cursus quam sed nunc fermentum, et elementum nulla auctor. Mauris tincidunt sagittis nisl at volutpat. Suspendisse sem velit, condimentum ac mattis a, blandit id nibh. Proin vestibulum scelerisque porttitor. Cras venenatis ligula pharetra mauris sodales, eu porta diam imperdiet.

FAQ

  • Dadah
  • Minuman keras
  • Makanan & Minuman
  • Haiwan
  • Pokok
  • Bahan pepejal & cecair mudah bakar
  • Gas
  • Bahan letupan
  • Bahan toksik
  • Bahan radioaktif
  • Bahan penghakis
  • Pelbagai barangan lain yang berbahaya.

Anggaran 14 – 21 hari selepas kapal bertolak dari Port Klang. Untuk makluman, tempoh penghantaran juga bergantung kepada cuaca. Sebarang status akan dimaklumkan kemudian.

Harga bergantung pada servis yang dipilih dan kiraan barangan mengikut meter cubic (m3). Dapatkan nasihat dari team sales kami bagi tujuan perkiraan dan harga.

Ciri-ciri:

1. Mempunyai tenaga kerja yang mahir untuk menguruskan barangan anda di Sabah & Sarawak.

2. Menguruskan proses dokumentasi untuk anda.

3. Perkhidmatan pemindahan pintu ke pintu.

4. Barang dibalut secara penuh, kemas dan selamat.

5. Menggunakan bahan balutan yang bersesuaian.

Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by