CABARAN PINDAH RUMAH DAN CARA MENGATASINYA

Warehouse dari AKMOVERS
February 8, 2020
Taknak Stress Semasa Pemindahan Rumah
March 20, 2020
Show all

CABARAN PINDAH RUMAH DAN CARA MENGATASINYA

Bila sebut sahaja pasal pindah rumah, AKMOVERS yakin pasti ramai yang akan merasa gembira. Mana tidaknya, inilah impian semua orang untuk merasai hidup di rumah sendiri dan inilah masa yang amat sesuai untuk hidup berdikari. Tidak kiralah berpindah ke rumah sewa atau rumah yang anda beli dengan hasil titik peluh anda sendiri. Namun begitu, dalam seronok mahu berpindah, sebenarnya ia ada cabaran yang tersendiri. Malah AKMOVERS yakin siapa yang pernah berpindah rumah pasti pernah merasai cabaran tersebut.

 

 

 

5 CABARAN PINDAH RUMAH PADA MASA KINI

Setiap orang yang baru pertama kali berpindah rumah pasti mempunyai cabaran yang tersendiri. Terutama sekali mereka yang baru pertama kali hendak merasai pengalaman pindah rumah. AKMOVERS yakin dan percaya kadang-kala acabaran sebegini yang membuatkan mereka di luar sana terasa malas hendak berpindah lagi ke rumah lain. Tapi dalam pada masa yang sama ada juga yang menjadikan pengalaman pindah rumah sebagai satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Untuk itu, AKMOVERS hendak kongsikan dengan anda 5 Cabaran PINDAH Rumah Pada Masa Kini.

1-BAJET

Bajet merupakan merupakan cabaran pertama yang perlu di hadapi oleh mereka yang hendak pindah rumah. AKMOVERS yakin ramai antara anda yang pernah mengalami situasi sebegini malah ada yang pening kepala bila hendak uruskan bajet sebelum berpindah. Mana tidaknya, nak kena fikir pasal nak bayar deposit rumah lagi, nak bayar duit lori sewa, dan bermacam lagi. Jadi sebelum anda hendak membuat keputusan untuk berpindah, AKMOVERS sarankan supaya anda kira dahulu berapa kos yang anda perlukan dan kemudian bila sudah mencukupi barulah anda boleh buat keputusan untuk berpindah.

 

 

2-MENCARI RUMAH

Bila anda sudah mempunyai bajet yang mencukupi, sekarang tibalah masanya untuk mencari rumah. Dalam mencari rumah ia merupakan satu cabaran buat mereka di luar sana. Malah AKMOVERS yakin anda pasti pernah merasai pengalaman dalam mencari rumah yang betul-betul kena dengan cita rasa anda. Dalam mencari rumah yang terbaik banyak faktor yang perlu anda fikirkan. Bukan mudah untuk mencari rumah yang betul-betul terbaik. Kadangkala ia makan masa sampai sebulan. Anda bukan sahaja perlu mencari rumah yang kena dengan bajet anda tetapi anda juga perlu mencari rumah yang berdekatan dengan kemudahan awam. Dalam soal ini AKMOVERS sarankan supaya anda pilih rumah yang anda idamkan dengan berhati-hati dan jangan terburu-buru.  

 

 

3-MENGEMAS BARANG

Siapa kata nak kemas barang bukan satu cabaran? Sebenarnya ia merupakan cabaran juga untuk anda berpindah. AKMOVERS percaya siapa yang pernah berpindah pasti pernah merasai pengalaman ini, lagi-lagi mereka yang baru pertama kali hendak berpindah, lagilah pening nak mula kemas yang mana satu dahulu. Jika tidak kena dengan cara anda akan mudah merasa penat dan mengambil masa yang lama untuk mengemas barang. Jadi, dalam soal ni AKMOVERS sarankan supaya anda rancang sebai-baiknya.

 

 

4-MENCARI SYARIKAT PINDAH RUMAH

Ini juga merupakan salah satu cabaran yang pasti anda akan hadapi. Mana tidaknya anda pasti pening dan berada dalam dilema untuk membuat pilihan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan lori biasa atau syarikat pindah rumah. Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Jadi cadangan AKMOVERS pilihlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.

 

 

5-MASA

Bagi yang sibuk bekerja AKMOVERS yakin ini adalah cabaran yang paling besar yang anda akan hadapi. Ialah mana tidaknya, persiapan semua dah buat, barang semua dah kemas tiba-tiba masa nak pindah pulak tak dapat cuti. Sudah tentulah akan membuatkan anda pening kepala. Tambah pula dengan bill utiliti yang belum di uruskan lagi, lagilah bertambah stress anda.

5 CARA MENGATASI CABARAN SEWAKTU PINDAH RUMAH…..

Dekat atas tadi AKMOVERS  sudah sebutkan cabaran yang sering kali dihadapai oleh mereka yang hendak berpindah rumah lebih-lebih lagi yang baru pertama kali hendak berpindah. Sebenarnya, setiap cabaran yang anda hadapi itu ad acara mengatasinya, malah AKMOVERS yakin kalau anda tahu cara yang betul sudah tentu anda akan seronok dan tidak penat bila hendak berpindah nanti. Untuk itu, AKMOVERS kongsikan dengan anda 5 cara mengatasi cabaran sewaktu berpindah rumah

 

 

1-Jual Barang Lama Yang Masih Elok

Tadi AKMOVERS ada sebut mengenai bajet. Apa kata untuk menambahkan lagi bajet anda, anda jual perabot dan pakaian lama yang anda tidak gunakan tetapi masih elok. Tidak susahpun anda iklankan sahaja barang yang anda hendak jual di media sosial. AKMOVERS yakin pasti ramai yang mahu membelinya. Duit hasil dari jualan barangan dan pakaian tersebut bolehlah anda gunakan untuk menampung kos yang akan digunakan sewaktu hendak berpindah nanti.

 

 

2-Luangkan Sedikit Masa Untuk Mencari Rumah Yang Anda Mahukan

Untuk mencari rumah yang mengikut cita rasa, AKMOVERS sarankan supaya anda meluangkan sedikit masa untuk mencari rumah. Memang benar zaman sekarang zaman teknologi dan segalanya boleh di cari di internet, namun tidak semua yang di paparkan di internet itu betul. Jika anda berkenan dengan rumah yang diiklankan di internet jangan terus bersetuju untuk beli rumah tersebut sebaliknya buat tinjauan di rumah tersebut dahulu. Dalam mencari rumah baharu, AKMOVERS cadangkan supaya anda melihat Kawasan sekeliling rumah. Adakah Kawasan perumahan tersebut sellamat, jiran-jirannya saling mengambil berat antara satu sama lain dan yang paling penting adakah rumah yang anda hendak duduk itu berdekatan dengan kemudahan dan pengangkutan awam atau tidak. Bagi pendapat AKMOVERS lagi elok kalau anda buat senaraikan sekurangnya lima buah rumah yang anda hendak beli dan kemudian buat perbandingan kemudian barulah anda pilih yang mana satu rumah yang anda berkenan.

 

 

3-Untuk Mengemas Barang, Mulakan Dengan Barang Yang Kecil Dahulu.

Salah satu tips yang berguna bagi anda yang hendak kemas rumah sewaktu berpindah ialah dengan mengemas dahulu barang yang lebih kecil. AKMOVERS cadangkan anda bermula dengan satu ruang dahulu seperti ruang tamu atau dapur. AKMOVERS sarankan supaya anda labelkan setiap kotak tersebut dengan setiap barang barang yang anda telah letakkan di dalam kotak. Ia akan memudahkan anda sewaktu hendak menyusun barang apabila sudah sampai ke rumah baharu nanti. Ataupun kalau anda hendak lagi mudah anda guna je perkhidmatan syarikat pindah rumah seperti AKMOVERS. Syarikat pindah rumah seperti AKMOVERS biasanya ada menyediakan sekali pakej membungkus barang yang hendak di bawa. Bukan sahaja mudah, masa anda jimat badan anda juga tidak penat.

 

 

4-Pilih Syarikat Pindah Rumah Yang Bersesuaian Dengan Anda.

Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah untuk memilih syraikat pindah rumah. Dalam negara kit ani ada berpuluh syarikat pindah rumah dan salah satunya ialah AKMOVERS. Setiap syarikat pindah rumah ini menawarkan pakej yang berbeza dan juga harga yang berbeza. Jadi AKMOVERS cadangkan supaya anda memilih syarikat pindah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan juga yang paling penting pilih syarikat yang menawarkan pakej yang anda perlukan.

 

 

5-Mohon Cuti Lebih Awal

Jika anda sudah mempunyai perancangan untuk berpindah, AKMOVERS nasihatkan supaya anda mengambil cuti lebih awal. Ia bagi memudahkan urusan untuk berpindah dan juga untuk memudahkan anda menguruskan segala segala hal-hal penting seperti tukar nama dan juga bayaran bil utility. Jadi waktu nak pndah nanti takdelah anda kelam kabut.

 

 

Pindah Rumah Sebenarnya Mudah Dan Tidak Memenakan Jika Anda Pandai Merancang Dengan Lebih Awal…..

Ramai yang mengatakan pindah rumah ini memenatkan. Tetapi sebenanya pindah rumah ni tidaklah memenatkan seperti apa yang anda bayangkan. Apa yang palaing penting ialah anda bijak dalam merancang segalanya dengan lebih awal. Elakkan merancang pada saat-saat akhir, kerana ia akan membuatkan anda bertambah tertekan dan membuatkan anda bertambah penat.Kalau anda nak lagi mudah, gunakan sahaja erkhidmatan syarikat pindah rumah seperti AKMOVERS. Mereka akan membantu anda dari awal proses pemindahan sampailah ke rumah baharu anda. Dengan cara sebegini anda tidak penat dan anda boleh fokuskan kepada perkara lain.

 

 

 

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. diharapkan dengan perkongsian yang AKMOVERS berikan kepada anda ia akan memberikan sedikit panduan buat anda dalam menghadapi cabaran sewaktu berpindah rumah nanti

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan profesional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat profesional dan telah berpengalaman hampir 10 tahun dalam perkhidmatan pindah rumah. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by