Warehouse dari AKMOVERS

Keistimewaan AKMOVERS Yang Perlu Anda Tahu
January 18, 2020
CABARAN PINDAH RUMAH DAN CARA MENGATASINYA
March 13, 2020
Show all

Warehouse dari AKMOVERS

Assalamualaikum, apa kabar anda diluar sana? Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?

Kali ini AKMOVERS mahu berkongsi dengan anda mengenai ‘apa itu warehouse dan apa fungsinya’.

 

Tempat penyimpanan barang amat penting pada masa kini tambahan pula dalam penglibatan dunia perniagaan. Sesetengah syarikat memerlukan gudang sebagai tempat penyimpanan barang-barang kegunaan mereka atau lebih dikenali dengan inventory.

 

Warehouse dalam Bahasa Melayu bermaksud Gudang. Gudang biasanya dari bahagian sistem Logistik. Gudang berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang samada dalam masa panjang atau dalam masa pendek. Contohnya, penyimpanan barang-barang rumah seperti Perabot, Tilam, barangan dapur dan sebagainya. Biasanya penyimpanan barang-barang rumah ini berlaku kerana untuk mengosongkan rumah yang sedang dibaiki atau diperbaharui.

 

 

Gudang juga berfungsi untuk memudahkan urusan pelanggan AKMOVERS. Contohnya, apabila pelanggan AKMOVERS berpindah kerumah baru pasti memerlukan ruang untuk menyimpan barang-barang mereka sehingga rumah mereka siap sepenuhnya.

 

Selain itu, Gudang ini juga boleh menyimpan barangan Pejabat seperti dokumen. Misalnya, dengan menyimpan dokumen di gudang ini akan memudahkan proses Audit ini kerana dokumen disimpan dengan teratur, tersusun dan terjaga.

 

Di samping itu, gudang juga dapat membantu kepada pemborong yang mencari tempat untuk menyimpan stok barangan yang banyak contohnya, stok sabun, stok kasut, stok baju dan sebagainya. Jika menyimpan stok barangan di gudang, keselamatan barang lebih terjamin kerana dipantau oleh CCTV. Ini juga dapat membantu pemborong tanpa mempunyai kedai yang besar, namun dapat mempunyai gudang yang besar untuk meletakkan stok barangan mereka.

 

Gudang juga boleh digunakan untuk  menyimpan barangan lama yang terpakai namun tidak mahu dijual malah tidak mahu dibuang kerana barangan lama ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Namun tidak boleh disimpan dirumah kerana ruangan yang terhad. Dengan ini, AKMOVERS menyediakan tempat penyimpanan barangan lama ini.

 

Bagi kepada yang menetap dirumah sewa tetapi perlu keluar ke luar negara mahupun  dalam negara yang memerlukan tempat untuk menyimpan barangan rumah mereka di gudang kami buat sementara sehingga mereka selesai tugas mereka atau bila tiba masanya.

 

AKMOVERS mempunyai tempat penyimpanan yang strategik iaitu berada ditengah-tengah bandar dimana boleh mengatasi daripada masalah bencana alam iaitu banjir kilat dan sebagainya. Jadi kepada pemborong yang mempunyai masalah bencana alam ini boleh menggunakan perkhidmatan pergudangan kami untuk menyelamatkan barangan anda.

 

Dengan adanya perkhidmatan pergudangan ini, ianya amat membantu dalam bidang perdagangan khususnya pelabur tempatan dan pelabur asing. Hal ini kerana, untuk melancarkan urusan perdagangan, lokasi penyimpanan barangan amat penting. Tempat penyimpanan AKMOVERS berada berdekatan dengan Klang. Jadi, jika ada kapal yang membawa barangan dagangan dan berlabuh di Port Klang, mudah untuk meletakkan barangan untuk beberapa tempoh. Sebagai pedagang, lokasi gudang juga amat penting sebab ini akan mengambil kira kos-kos yang berkaitan seperti kos minyak untuk ulang-alik dari pelabuhan ke gudang.

 

Selain dari warehouse berikut adalah servis yang AKMOVERS

Other Services:
– House Moving
– Office Moving/Relocation
– Safebox Moving
– Piano Moving
– Packing Service
– Unpacking Service
– Cleaning Service
– Aircond Relocation and Service
– Server Rack Relocation
– Compactor Relocation
– Storage Rental
– Drilling Service

Bagi anda yang ingin mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by