“Pemborong boleh jadi kaya”
December 23, 2019
7 TIPS UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA BERPENDIDIKAN
January 4, 2020
Show all

“TAHUN BARU AZAM BARU”

Assalamualaikum semua, apa kabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?

Kali ini AKMOVERS mahu berkongsi dengan anda mengenai sebuah tajuk yang menarik iaitu Tahun Baru Azam Baru”

Diam tak diam cepat je masa berlalu, lagi beberapa hari 2019 bakal meninggalkan kita. Tahun 2019 banyak meninggalkan kenangan pahit manis buat kita. Tidak terkecuali juga dengan AKMOVERS. Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2020.

Tapi sebelum itu, AKMOVERS nak tanya apa perancangan dan azam anda untuk tahun hadapan. Pastinya anda mempunyai pelbagai azam yang anda ingin capai dalam tahun 2020 nanti. Tanpa membuang masa AKMOVERS ingin berkongsi dengan anda antara azam yang popular.

Azam Yang Popular Setiap Kali Tahun Baru.

1. Azam Kurus & Turun Berat Badan

Azam ini seringkali kita dengar, Malah AKMOVERS pasti anda diluar sana pasti menjadikan ia sebagai salah satu azam anda. Siapa tak nak kurus bukan, semua nak kurus, semua nak kelihatan cantik seperti model dan juga artis. Tetapi nak laksanakan azam seperti ini memerlukan keazaman yang sangat tinggi. Ialah bukan mudah nak kurus macam dugaan lebih-lebih lagi jika kita lihat makanan kegemaran kita pasti sukar anda nak menahan dari memakan makanan tersebut. Jika azam ini berjaya dilaksanakan AKMOVERS yakin pastinya mereka diluar sana sangat gembira.

2. Azam Mempunyai Pasangan Hidup & Tamat Zaman Bujang

Ini juga merupakan salah satu azam yang sering kali popular pad setiap tahun. Siapa yang tak nak kahwin semua mahu kahwin, malah AKMOVERS yakin anda yang bujang juga pasti akan memasang azam sebagini, lagi-lagi mereka yang sudah lama membujang. Lagi-lagi bila melihat rakan atau orang terdekat dengan anda sudah berkahwin pastinya semangat untuk mendirikan rumah tangga tu berkobar-kobar. Namun begitu, untuk mmastikan azam ini tertunai ia memerlukan kerja keras seseorang. Ini kerana, kos kahwin pada masa kini amat tinggi jadi ia memerlukan seseorang untuk berkerja keras untuk mengumpul duit untuk kahwin.

3. Azam Naik Pangkat Atau Miliki Kerja Idaman

Semua orang ingin peningkatan dalam hidup dan kerjaya. Siapa yang tak nak hidup senang. Sebab itu ramai yang menjadikan ini sebagai salah satu azam tahun baru. Mungkin ada yang mengatakan ini mudah dicapai. Namun begitu, dengan keadaan ekonomi yng kurang stabil, sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik dalam keadaan ekonomi kita yang sedang teruk macam ini. AKMOVERS yakin ramai diluar sana telah pergi bermacam temuduga kerja tetapi sampai sekarang masih lagi belom dapat kerja idaman yang mereka idamkan.

4.Azam Beli Rumah & Kereta

AKMOVERS yakin ramai yang akan mengatakan dengan keadaan ekonomi yang sedang teruk sekarang ini, azam sperti ini tidak sesuai. Namun bagi AKMOVERS ia masih relevan. Ini kerana jika sesorang itu mempunyai azam seperti ini mereka pasti akan berusaha untuk kerja keras supaya azam mereka ini tercapai. Sebenarnya azam sebegini amat bagus kerana ia boleh melatih seseorang itu menjadi seorang yang rajin dan seorang yang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

5. Azam Kumpul Duit Untuk Melancong

Siapa yang tak nak pergi melancong, malah AKMOVERS yakin setiap orang pasti mengimpikan untuk pergi melancong lagi-lagi melancong keluar negara. Namun untuk melancong keluar negara bukanlah mudah. Justeru itu, dengan azam sebegini ia mengajar anda untuk menjadi bijak dalam menguruskan wang. Dengan pengurusan wang yang baik dan perancangan yang teliti tidak mustahil impian ini boleh termakbul.

6. Azam Berhenti Merokok

Azam ini AKMOVERS yakin ia sesuatu yang amat sukar untuk di laksanakan terutama sekali buat mereka yang merupakan seorang perokok tegar. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika kita mengubah permikiran dan jika mempunyai rasa sayang pada diri dan keluarga tidak ada yang mustahil.

7. Luangkan Lebih Masa Untuk Keluarga

Azam ini sesuai untuk mereka yang berkerjaya. Kebiasaanya mereka yang bekerjaya sudah pastinya amat sibuk dalam mencari rezeki demi kesenangan diri dan keluarga. Jika tahun sebelum ini, mungkin anda seorang yang sibuk sehingga tidak ada masa untuk bersama dengan keluarga, tahun baru ini merupakan peluang untuk anda meluang masa bersama keluarga. Anda mungkin boleh membawa keluarga pergi bercuti atau atau pergi bersiar-siar. Apa yang paling seronok anda dapat melihat anak-anak anda membesar depan mata anda sendiri. Pastinya hilang penat hilang anda apabila melihat anak anda membesar depan mata anda sendiri.

5 Ucapan Tahun Baru Yang Terbaik Untuk Diberikan Pada Orang Yang Tersayang

 

Setiap kali tahun baru pastinya ramai yang akan bertukar-tukar ucapan tahun baru. Lagi-lagi untuk diberikan kepada yang tersayang. Mungkin ada di antara anda tertanya-tanya ucapan apa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka yang tersayang. Di bawah ini AKMOVERS kongsikan dengan anda 5 contoh ucapan tahun baru:

  • Ucapan 1

“Selamat tahun baru, sayang. Jadilah cahaya dalam waktu kegelapan saya, Jadilah kompas untuk menjadi arah perjalanan hidup saya dan jadilah nada dalam irama lagu saya. “

  • Ucapan 2

“Tahun lepas berlalu pergi, Isikan hatimu dengan harapan yang tinggi

Kehidupan memerlukan keyakinan hati, Jadi Tuhan akan selalu memberkati

Selamat tahun baru … “

  • Ucapan 3

Tahun baru membawa sejuta harapan, Membawa sejuta cabaran, bawa sejuta impian untuk apa yang anda boleh anda capai, dengan semangat yang utuh

Untuk mencapai kejayaan di masa depan

Selamat Tahun Baru. “

  • Ucapan 4

Tahun baru tidak akan menjadi kenangan manis, tanpa disertai dengan pelbagai impian, yang kita akan kejar nanti, untuk meningkatkan kualiti diri. Selamat Tahun Baru. “

 

  • Ucapan 5

Selamat Tahun Baru 2020. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Semoga tahun ini menjadikan seorang yang sentiasa berusaha untuk berjaya. “

Tahun Baru Membawa Semangat Baru Buat Semua Orang

Tahun baru sememangnya membawa semangat baru buat mereka diluar sana. Ia ibarat sperti bayi yang baru dilahirkan. Tahun baru ini ibarat seperti buku yang mempunyai 365 halaman yang kosong. Kita yang akan mencorak serta mewarnai kertas putih itu, Begitu juga dengan tahun baru, kita yang akan mencorak apa yang hendak kita lakukan pada tahun baru. Jika tahun lalu kita merupakan seorang yang gagal tahun baru ini jadikan ia sebagai tahun yang penuh gemilang dan tahun yang membawa kejayaan buat anda. Bagi yang sebelum ini, jatuh terduduk jadikan tahun baru ini sebagai tahun kebangkitan yang luar biasa. 

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapkan pada tahun 2020 ini menjadi tahun yang gemilang buat anda. Sempena lagi beberapa nak sambut tahu baru ini AKMOVERS ingin mengucapkan selamat tahun baru 2020 Jika dipanjangkan umur, semoga kita dapat berjumpa lagi pada tahun baru, dengan perkongsian yang baru, dan juga yang pastinya dengan konten yang menarik buat anda. Nak tahu apa pula yang akan AKMOVERS kongsikan pada perkongsian akan datang?. Yang tu anda kena tunggu sehingga perkongsian akan datang.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by