PERKARA “WOW” YANG ANDA BOLEH LAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK HANYA DI WAKTU CUTI SEKOLAH

KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN LEBIHKAN MANIS DALAM IMAN
December 1, 2019
CARA UNTUK MEMBAWA CIK BULUS ANDA BERPINDAH KE SABAH DAN SARAWAK
December 13, 2019
Show all

PERKARA “WOW” YANG ANDA BOLEH LAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK HANYA DI WAKTU CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum, apa kabar kepada anda pembaca setia blog AKMOVERS?.

 Mesti anda tertanya-tanya tajuk apa pula yang ingin AKMOVERS kongsikan kepada anda semua pada kali ini?

Disebakan sekarang ini musim cuti sekolah, AKMOVERS ingin berkongsikan dengan anda mengenai aktiviti sempena cuti sekolah.

Cuti sekolah sememangnya hari yang dinantikan oleh setiap murid di Malaysia. Mana tidaknya, inilah masa yang sesuai untuk berehat selama sebulan setelah penat berhempas pulas belajar. AKMOVERS yakin ibu bapa serta anda diluar sana pasti sudah mempunyai perancangan untuk anak-anak anda sempena cuti sekolah ini. Bukan sahaja ibu bapa, malah kebanyakkan ngo juga turut mempunyai perancangan ia tersendiri, dimana dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk kanak-kanak atau remaja.

Bagi anda yang mungkin belum mempunyai perancangan untuk anak-anak anda sempena musim cuti sekolah ini, tidak perlu pening kepala. Biar AKMOVERS kongsikan dengan anda semua aktiviti “wow” yang boleh dilakukan oleh anak anda.

AKMOVERS yakin aktiviti ini pastikan akan membuatkan anda dan anak-anak anda seronok dan pastinya jadual anak-anak anda diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Antara aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah:

1. MENYERTAI KEM IBADAH/KEM MOTIVASI

Aktiviti yang pertama ini, AKMOVERS banyak NGO serta syarikat swasta sedang hangat mengadakan kem-kem motivasi. Kem sebegini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu bapa di negara kita. Selain dari mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, kem sebegini turut mengajar anak-anak kita mengenai hidup berdikari dan dapat mengelakkan anak-anak kita dari melibatkan aktiviti yang tidak bermoral. Selain itu, kem sebegini juga dapat meningkatkan motivasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti SPM. Saranan AKMOVERS ia amat bagus buat anak anda kerana ia selain dari meningkatkan motivasi anak anda, ia juga dapat memberikan peluang buat anak anda untuk belajar ilmu agama. Ini kerana selain dari NGO dan syarikat swasta, kebanyakkan madrasah serta pusat tahfiz juga turut tidak ketinggalan dengan mengadakan kemah ibadat. Selain dapat mengelakkan anak anda terlibat dengan masalah sosial yang semakin parah sekarang ini, ia juga turut memberi peluang untuk anak-anak anda mengisi masa cuti sekolahnya dengan aktiviti yang bersifat keagamaan. Malah AKMOVERS yakin dengan adanya aktiviti sebegini, dapat melahirkan hafiz dan juga hafizah di masa akan datang. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga yakin, pasti ibu bapa diluar sana gembira kerana masa cuti persekolahan anak mereka diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti ini. AKMOVERS juga yakin pasti anda juga memikirkan perkara yang sama. 

 2. MENYERTAI SEBARANG PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN

Selain dari kem motivasi aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah dengan menghantar anak-anak anda menyertai pertandingan. AKMOVERS yakin anak-anak anda pasti mempunyai minat mereka sendiri. Ada antara mereka yang meminati sukan,seni dan bermacam lagi. Jadi AKMOVERS sarankan sempena cuti sekolah ini apa kata jika anda mengambil peluang untuk menghantar anak-anda menyertai pertandingan berdasarkan minat mereka. Mungkin anda tertanya-tanya ada ke syarikat swasta menganjurkan pertandingan?

Buat anda yang belum mengetahui, sebenarnya banyak syarikat swasta yang menganjurkan apa jua pertandingan pada musim cuti sekolah sebegini. Antara pertandingan yang mendapat sambutan hangat ialah pertandingan sukan.

Kenapa mereka memilih untuk mengadakan pertandingan sebegini pada musim cuti sekolah adalah, adalah kerana pada waktu sebegini ramai kanak-kanak dan remaja akan mengambil bahagian. Tujuan utama pertandingan sebegini diadakan adalah untuk mengcungkil bakat kanak-kanak atau remaja dalam sesuatu bidang.

Justeru itu, tidak hairanlah jika banyak pertandingan diadakan sempena cuti sekolah. Waktu inilah, waktu yang paling sesuai untuk mencari bakat baharu dalam sesuatu bidang. Jadi AKMOVERS cadangkan supaya anda mengambil peluang ini dengan menghantar anak anda ke pertandingan yang mereka minat. Mana tahu dari pertandingan sebegini anak-anak anda akan berjaya dalam bidang yang mereka gemari pada masa akan datang. Bak kata perpatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

3. BALIK KAMPUNG

Aktiviti yang seterusnya ini, AKMOVERS yakin pasti anak-anak anda suka. Mana tidaknya bila sebut sahaja pasal balik kampung mereka sudah melonjak riang. Pulang ke kampung sangat digemari oleh kanak-kanak. Selain dari perayaan hari raya, cuti sekolah merupakan waktu antara yang amat sesuai untuk kita pulang ke kampung. Inilah masanya untuk kita menziarah kedua ibu bapa kita sambal membawa anak-anak kita menghirup udara yang segar. AKMOVERS percaya pasti anda mempunyai kenangan yang menarik pada waktu kecil dahulu, jadi inilah peluang untuk anda menceritakan pengalaman sewaktu anda tinggal di kampung sewaktu anda kecil dahulu. Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, AKMOVERS ingin mencadangkan apa kata jika anda berkumpul bersama keluarga besar anda dan mengadakan aktiviti yang sering anda lakukan pada kecil-kecil dahulu. Ia dapat mengimbau kembali kenangan anda sewaktu kecil-kecil dahulu dan dapat merasai aktiviti yang pernah anda lakukan waktu anda kecil dahulu.

 AKMOVERS yakin pasti pada waktu kecil dahulu pasti anda pernah mandi di sungai atau parit sekitar kamung anda. Bohonglah jika anda kata anda tidak pernah lakukannya. Semua orang pasti pernah merasai momen indah zaman kanak-kanak.

Kenangan yang paling anda ingati sudah pastinya anda dikenakan hukuman setelah pulang dari mandi sungai atau parit. Jadi dengan anda membawa anak-anak anda pulang ke kampung ia dapat mengenang kembali kenangan indah anda itu. Bukan itu sahaja, ia dapat mengisi masa cuti sekolah anak anda dengan aktiviti yang berfaedah selain dari hanya bermain permainan video yang nyata banyak keburukkannya.

4. PERGI MELANCONG

Pergi melancong sememangnya aktiviti yang digemari oleh seluruh keluarga. Jangan kata anak-anak tetapi juga ibu bapa juga turut suka pergi melancong. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, destinasi yang menjadi pilihan untuk melancong sudah semestinya luar negara. Umum mengetahui, kebanyakkan destinasi luar negara mempunyai pemandangan yang cukup cantic dan menarik. Tetapi bagi mereka yang kurang bajet AKMOVERS sarankan supaya anda memilih destinasi di dalam negara. Bagi yang belum mengetahui kebanyakkan destinasi pelancongan kita pemandangan ia persis seperti diluar negara. Nak tahu destinasi mana yang cantik klik je link ini:

https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-malaysia-macam-overseas/.

Bagi AKMOVERS ini adalah masa yang amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga. Bukan destinasi pelancongan yang menjadi ukuran, tetapi masa berkualiti bersama keluarga itu adalah sesuatu yang lebih mahal. Selain melancong, antara aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah berkelah. Jika anda mungkin tidak mempunyai masa untuk membawa keluarga dan anak-anak, ada juga boleh membawa mereka berkelah di tepi pantai atau di tasik-tasik. Jadi masa anak-anak anda tidaklah terbuang begitu sahaja.

Perkara terakhir adalah aktiviti yang anda tidak pernah terfikir. Aktiviti yang AKMOVERS maksudkan ialah:

5. MELAKUKAN AKTIVITI AMAL

Aktiviti terakhir yang ingin AKMOVERS ialah dengan mengajak anak-anak anda untuk turut bersama dan program aktiviti amal. Program sebegini dapat mengajar anak anda tentang nilai kemanusiaan. Dengan program sebegini juga dapat mengajar anak-anak erti bersyukur. Ia dapat menunjukkan dengan secara dekat bagaimana kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Ia juga akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri anak-anak anda dan dapat mengajar anak-anak anda menjadi seorang manusia yang berguna suatu hari nanti. Sebenarnya banyak syarikan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mengajurkan program amal. Jadi AKMOVERS menyarankan kepada anda untuk mengambil peluang ini dengan mengajak anak-anak anda menyertai program seperti ini.

 

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang anda boleh rancang untuk anak-anak anda pada musim cuti sekolah ini. Dengan adanya aktiviti sebegini anda sudah tidak perlu risau jika anak-anak anda membuang masa begitu sahaja. Bukan itu sahaja, bagi AKMOVERS dengan adanya aktiviti sebegini ia dapat mengelakkan anak-anak anda melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

 Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapakan dengan perkongsian kali ini ia dapat memberikan anda idea untuk anda merancang jadual aktiviti anak anda sempena cuti sekolah ini.

Jika dipanjangkan umur, semoga kita dapat berjumpa lagi pada perkongsian yang akan datang. Nak tahu apa pula yang akan AKMOVERS kongsikan pada perkongsian akan datang?

Yang tu anda kena tunggu sehingga perkongsian akan datang.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by