ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN

Sebab & Cara Mengatasi Anak yang Berbohong
November 16, 2019
KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN LEBIHKAN MANIS DALAM IMAN
December 1, 2019
Show all

ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN

Hai, Assalamualaikum semua, bertemu kita sekali lagi pada perkongsian kali ini. Macam dengan perkongsian yang lepas?. Seronokkan perkongsian yang lepas?

Kali ini AKMOVERS ingat nak kongsi dengan anda sesuatu yang lebih santai, yang ada kaitan dengan diri kita. Tajuk perkongsian kali ini ialah asam garam dalam kehidupan. Dalam hidup kita pasti kita pernah lalui bermacam onak duri untuk kita berjaya. Dugaan sebeginilah yang sebenarnya menjadikan kita seorang yang berjaya pada masa kini.

Tapi sebelum AKMOVERS bermula, AKMOVERS  mahu bertanya dengan anda dahulu. Pasti anda diluar sana pernah berpindah rumah. Tapi sebab apa anda pindah rumah?

Pasti anda diluar sana mempunyai jawapan yang tersendiri. Setiap pada kita pasti pernah merasai asam garam kehidupan. Lebih-lebih lagi terpaksa pindah keluar dari rumah. Banyak sebab kenapa mereka diluar sana terpaksa berpindah keluar dari rumah. Antara sebabnya ialah:

1. KEMUDAHAN TIDAK DI SELENGGARA DENGAN BAIK

AKMOVERS yakin pasti anda pernah dengar isu berkenaan dengan “penyewa dari neraka” di mana penyewa yang meninggalkan rumah dalam keadaan yang sangat kotor. Namun begitu, ada juga yang mengambil keputusan keluar dari rumah yang disewa kerana keadaan persekitaran rumah yang diduduki tidak diselenggara dengan baik.

AKMOVERS percaya isu ini juga anda pasti pernah dengar. Malah isu ini menjadi isu yang sering diperkatakan oleh mereka yang duduk di rumah flat. Antara isu yang hangat diperkatakan ialah kemudahan di rumah tersebut tidak diselenggara dengan baik sehngga menjadi masalah kepada mereka yang duduk di situ.

Selain itu, antara permasalah yang AKMOVERS ingin kongsikan ialah masalh lift yang tidak diselenggara, masalah tangki kumbahan yang tidak diselenggara sehingga menyebabkan air kumbahan melimpah. Justeru itu, tidak hairanlah jika AKMOVERS katakan peratusan mereka yang berpindah keluar adalah amat tinggi.

2. KENAIKAN PANGKAT

Kenaikan pangkat juga mendorong kepada sebab seseorang itu berpindah. Kebiasaannya jika seseorang itu telah dinaikkan pangkat syarikat akan menghantar untuk menguruskan cawangan lain.

AKMOVERS yakin anda yang kerja dalam sektor kerajaan pasti pernah alami situasi sebegini. Kebiasaannya, seseorang yang telah dinaikkan pangkat akan dihantar bertugas ke cawangan lain. Guru juga tidak terkecuali, dimana setiap guru pasti akan ditukarkan mengajar di tempat lain.

3. RAKAN SERUMAH YANG BERMASALAH

Faktor yang ketiga ini AKMOVERS menjadi salah satu faktor yang yang utama kenapa anda mengambil keputusan untuk berpindah keluar. AKMOVERS yakin anda yang duduk menyewa tidak kiralah sama ada menyewa rumah atau menyewa bilik pasti pernah merasai pengalaman rakan serumah anda buat masalah.

AKMOVERS juga turut sama pernah merasai apa yang ada alami. Mana tidaknya, rakan serumah kita ni pula jenis seorang yang sering membuat masalah. Mana dengan yang tidak reti jaga kebersihan pastu ada pula jenis tak reti nak kemas rumah hingga sanggup tidur dalam timbunan kain-kain kotor. Apa yang lebih parah lagi, rakan serumah kita bawa lari duit sewa kita. Bukan itu sahaja, ada juga rakan serumah kita yang gemar membuat bising sehinggakan mengganggu ketenteraman orang lain.

Akibatnya, kita yang terpaksa menanggung masalah yang ditinggalkan oleh rakan serumah kita itu. AKMOVERS yakin, pasti anda pening jika dapat rakan serumah sebegini. Bagi AKMOVERS tindakkan anda berpindah keluar dari rumah adalah tindakkan yang paling tepat.

4. PERSEKITARAN RUMAH YANG TIDAK BERSIH SERTA BISING

Faktor keempat yang AKMOVERS ingin berkongsikan dengan anda ialah persekitaran rumah yang kita duduki sangat kotor. AKMOVERS yakin pasti siapa yang boleh bertahan duduk dalam persekitaran yang amat kotor. Mana tidaknya, setiap hari anda terpaksa hidup dalam keadaan yang bau busuk kerana sampah yang tidak dikutip. Bukan itu sahaja, anda pasti risau jika duduk ditempat sebegini kerana anda lebih mudah terkena penyakit yang berjangkit. Justeru itu, tidak hairanlah jika AKMOVERS katakan pada anda bahawa tempat sebegini sebenarnya tidak ramai yang sanggup duduk. AKMOVERS percaya yang anda juga tidak sanggup duduk di tempat sebegini. Bukan itu sahaja, persekitaran rumah yang bising juga menjadi salah satu sebab ramai yang mengambil keputusan untuk berpindah. Selepas seharian penat bekerja sudah pastilah kita mahu berehat dalam suasan yang sunyi. Namun tindakkan segelintir jiran yang tidak menghormati jiran sekeliling telah menyebabkan tiadanya privasi. Apa yang lebih teruk lagi tindakkan mereka membuat bising telah mengganggu jiran sekeliling terutama mereka yang membuat bising pada tengah malam.

5. DOWNGRADE KEHIDUPAN

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang AKMOVERS maksudkan dengan downgrade kehidupan?

Ekonomi yang semakin teruk, sebenarnya menjadi salah satu faktor kenapa ramai yang berpindah. Ialah mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, tambahan pula dengan harga barang yang mahal ramai yang telah mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari bandar besar dan hidup di kampung. AKMOVERS yakin anda diluar sana pasti merasai keperitan tinggal di bandar-bandar besar, lagi-lagi nak bayar bulanan rumah, pasti amat perit. Ada juga antara mereka diluar sana yang kurang bernasib baik kerana dibuang kerja disebabkan tempat kerja mereka terpaksa ditutup kerana ekonomi yang tidak stabil. Justeru itu tidak hairanlah, kenapa mereka yang tinggal di bandar terpaksa berpindah keluar bandar. Semua ini adalah kerana demi kelansungan hidup. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang banyak pasti merasai bagaimana keperitan hidup dibandar besar seperti Kuala Lumpur ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa orang Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di semenanjung mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halaman mereka. Kebiasaanya mereka akan membawa sekali barang-barang kereta termasuk kereta berpindah ke sana. Mereka mengambil keputusan berpindah semula ke kampung halaman mereka dalah kerana kos taraf hidup mereka di sana murah. Bukan sahaja kos taraf hidup yang rendah, malah cukai jalan kenderaan juga amat murah.

 AKMOVERS yakin faktor-faktor ini yang mempengaruhi mereka untuk berhijrah dan hidup diluar bandar.

6. PENCERAIAN

 Seterusnya AKMOVERS mahu kongsikan ialah faktor penceraian. Penceraian menjadi punca utama kenapa seseorang itu terpaksa keluar dari rumah. AKMOVERS yakin ramai diluar sana tidak mahu keluar dari rumah, lagi-lagi rumah yang mempunyai banyak kenangan dengan kita. Namun akibat faktor penceraian seseorang dengan berat hati terpaksa berpindah keluar dari rumah dan menjalani kehidupan yang baru. Bukan mudah sebenarnya mahu mulakan kehidupan diluar sana lagi-lagi tanpa insan yang selama ini berada di sisi kita. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah apabila terpaksa membesarkan anak-anak secara seorang diri.

7. KENAIKKAN BAYARAN BULANAN RUMAH

AKMOVERS yakin dan percaya pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini. Hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi. Mana tidaknya, saban hari jika kita barangan akan menjadi semakin mahal malah harga barang semakin naik. Begitu jugalah apa yang dialami oleh mereka yang menyewa rumah di bandar-bandar besar. Saban hari harga rumah menjadi semakin mahal. Faktor ini adalah dek kerana kemudahan yang berdekatan dengan rumah. Disebabkan itu, ada segelingtir tuan rumah menjadikan ia sebagai salah satu alasan untuk menaikkan kadar bulanan sewa rumah. Apa yang lebih memeritkan lagi, jika dahulu penyewa mampu lagi membayar bayaran bulanan sewa rumah, tetapi kenaikkan bayaran sewa rumah yang tinggi mungkin menyebabkan penyewa tersebut tidak lagi mampu untuk membayar bulanan rumah sewa. Seterusnya menyebabkan penyewa terpaksa memilih untuk berpindah ke tempat lain. Apa yang AKMOVERS boleh katakan ialah, ini merupakan salah satu sebab kenapa ramai memilih untuk berpindah.  Seperti apa yang AKMOVERS katakana tadi, tidak hairanlah jika kita lihat ramai antara mereka yang mengambil keputusan untuk berpindah keluar bandar kerana rumah diluar bandar adalah rendah.

Jatuh bangun dalam hidup adalah perkara biasa. Ia menjadikan kita semakin matang dan seorang yang berjaya pada masa yang akan datang. Untuk berjaya dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak halangan serta rintangan yang terpaksa kita hadapi. Untuk hidup di bandar besar bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi buat mereka yang menyewa. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat ramai di antara mereka kini mengambil keputusan untuk berhijrah ke kampung dan mulakan hidup yang baru.

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapakan dengan perkongsian kali ini dapat menjadikan kita seorang insan yang tabah dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by