Sebab & Cara Mengatasi Anak yang Berbohong

Terapkan Sifat M.O.V.E.R.S Dalam Diri Kita
November 9, 2019
ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN
November 22, 2019
Show all

Sebab & Cara Mengatasi Anak yang Berbohong

Bercerita tentang sifat – sifat nabi itu memang patut dicontohi dan amalkan selalu. Kali ini AKMOVERS nak bercerita tentang perkara lain pula iaitu tentang sesuatu yang amat berharga dan penting buat ibu bapa iaitu Anak – Anak Permata Hatiku.

Di sini AKMOVERS ingin berkongsi sedikit mengenai Hari Kanak – Kanak. Sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, iaitu setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-Kanak sedunia dan meminta semua negara meraikannya pada 20 haribulan setiap tahun sebagai “satu hari bagi persaudaraan dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak”. Ini sedikit latar belakang kewujudan Hari Kanak-Kanak.

Anak merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT dan sebagai ibu bapa kita perlu menjaga serta mencorakkan akhlak serta ilmu anak-anak. Salah satu topik yang ingin dikupas adalah punca dan cara menangani anak bercakap bohong. Perkara mungkin remeh namun jika tidak dirawat awal mungkin akan melarat hingga dewasa bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya dan anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkan atau warna padanya. Jadi, apakah antara sebab anak-anak berbohong?

#1 Takut kena marah dan keliru yang mana betul @ salah

Kenapa anak takut kena marah? Ya, mereka memilih untuk berbohong jika berbuat salah kerana untuk menyelamatkan diri. Salah satu faktor adalah disebabkan persekitaran. Melihat adik-beradik, cikgu atau kawan-kawan, dan mereka mengikut contoh dari pemerhatian.

Penggunaan nada suara yang agak tinggi sehingga menakutkan anak-anak juga menyebabkan mereka takut dan secara tidak langsung anak-anak terpaksa berbohong. Selain itu, hukuman kepada anak-anak juga akan mengakibatkan mereka tidak mahu bercakap benar. Ini kerana mereka takut setelah memberitahu tentang hal yang sebenar, mereka akan dihukum.

Masih keliru antara perkara yang betul atau salah. Anak-anak kecil masih berada di tahap untuk mengenali sesuatu perkara. Jadi seeloknya, jika mereka membuat salah, terangkan sekali perkara yang dilakukan itu salah dan perkara apa yang seeloknya untuk dilakukan.

AKMOVERS sarankan supaya ibubapa perlu menjelaskan  sebab mereka dimarah supaya mereka tidak keliru dan ibubapa perlu kurangkan memberi hukuman melebihi penjelasan dan lebih teruk lagi jika menambahkan lagi “perisa” dengan sikap panas baran ibu bapa. Jalan paling mudah untuk kanak -kanak itu adalah berbohong. Sampai bila?

#2 Pengaruh Rakan

Zaman anak-anak yang paling mencabar apabila sudah meningkat remaja. Hal ini kerana bergaul dengan pelbagai jenis rakan sebaya. Selain ibu bapa menjadi ikutan, rakan sebaya juga memberi faktor yang kuat dalam pembentukan personaliti anak-anak. Kita sebagai ibu bapa memang tidak dapat menghalang anak-anak untuk memilih kawan namun kita boleh memberikan nasihat atau contoh diri kita sendiri untuk memilih sahabat atau kawan dan mana yang boleh dijadikan teladan.

Cuba hari ini kita tukar cara teguran kita dari memarahi dengan nada tinggi atau memberikan hukuman, kita selami hati anak-anak, jadikan mereka selesa dengan kita sebagai rakan. Selami hati anak-anak dan fahami mereka, Eratkan hubungan dengan aktiviti keluarga berikan mereka perhatian dan kasih sayang sebanyak mana yang anda mampu berikan kerana kasih sayang lebih bernilai dari wang ringgit. Lama-kelamaan, anak yang kurang mendengar kata atau yang suka berbohong akan lembut hati dan memahami setiap larangan yang kita berikan, SABAR, ya sabar dalam setiap perbuatan kita, sabar dalam membesarkan anak-anak dan sabar dalam setiap perkara yang kita lakukan, InsyaAllah, Allah swt akan bantu kita.

Mungkin anda mengalami masalah anak – anak yang suka berbohong atau ingin mengetahui apakah tindakan yang boleh dibuat untuk mengelakkan sebelum terjadi? Antaranya ialah,

#1 Jangan memaksa

Elakkan memaksa anak mengaku sesuatu perkara. Sebaliknya gunakan cara yang lembut dengan dekatkan diri sebagai rakan sehingga anak-anak selesa untuk berkongsi masalah atau mengaku sesuatu kebenaran/kesalahan. Berikan mereka ruang untuk memberikan penjelasan dan lapangkan hati dan minda dan jangan terikut atau mendengar dari pihak yang lain. Dengan siapa lagi anak anda boleh percaya jika bukan diri kita iaitu ibu bapa mereka.

2# Jangan emosi

Cuba kawal emosi. Tenangkan diri dan Tarik nafas. Jika kita ketahui sesuatu perkara yang amat menyakitkan hati, cuba elakkan dari melenting yang membuatkan anak-anak trauma dan cenderung untuk berbohong lain kali.  Dekati anak dan terangkan sebab kenapa sesuatu perkara itu boleh di buat atau tidak. Ya, jaga emosi dan cuba kawal kemarahan.

3# Ketahui punca

Cara yang lain untuk kita mengatasi anak yang suka berbohong adalah dengan mengetahui punca. Ya, cari tahu punca kenapa anak-anak memilih untuk berbohong. Mungkin salahnya datang dari cara kita bergaul dengan anak atau sebaliknya. Jika kita dapat tahu punca ini, kita selesaikan dan akhirnya anak-anak tidak akan berbohong. Mungkin boleh membuat sesi “heart to heart” dengan anak-anak untuk mendalami isi hati anak.

4# Tindakan berbohong, bahaya

Terangkan kepada anak anda punca jika selalu berbohong. Kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri juga kepada orang lain. Malah, bohong juga adalah salah satu sifat yang tidak disukai Allah swt. Mungkin anda boleh bercerita kepada anak-anak antara sifat-sifat nabi dan mereka boleh memahami dan menjadikan contoh.

5# Memberikan hukuman

Tidak salah untuk kita memberikan hukuman agar anak-anak takut untuk membuat kesalahan yang sama. Namun janganlah memberikan hukuman yang melampau, cukuplah sekadar mereka takut untuk membuat kesalahan yang sama. Misalnya, tidak benarkan anak bermain di luar rumah, tidak memberikan duit saku atau sebagainya. Jika ingin ketahui lebih lanjut mengenai hukuman yang sesuai untuk anak-anak, anda boleh rujuk para ulama atau buku-buku yang berkaitan. Jika anda tahu cara memberikan hukuman dengan cara yang betul, nescaya anak akan mendengar cakap.

6# Hargai anak

Berikan anak anda satu penghargaan seperti hadiah, pelukan, kata-kata pujian kerana berlaku jujur. Penghargaan ini untuk menghargai mereka kerana Berjaya mengatasi ketakutan dan berani berkata benar. Penghargaan sebegini akan mendorong anak anda untuk berpelakuan dengan lebih baik.

7# Ilmu Agama

Ya, dalam proses pembesaran anak-anak, adalah digalakkan untuk menerapkan ilmu agama dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ilmu inilah mereka akan bawa sehingga dewasa. Misalnya, hantar mereke ke sekolah agama, kelas mengaji, dan yang paling mudah amalkan solat berjemaah di rumah.

 

Berikut di atas adalah sedikit sebanyak perkongsian yang admin berikan untuk artikel kali ini. Cara didikan anak ini banyak lagi yang kita boleh ketahui dengan bertanya dengan pakar motivasi, rujukan buku atau doktor psikologi kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berbalik kepada diri kita juga. Anak-anak akan mencotohi setiap perkara yang kita lakukan, ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi, betul?

Segala perkongsian tips di atas adalah hasil pembacaan admin. Jika ada cara yang lain, boleh juga tinggalkan komen di bawah. Semoga anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah swt ini bukan sahaja dapat membawa kita ke syurga malah menjadikan anak – anak kita soleh dan solehah.

 

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjadikan kita ibubapa yang lebih baik. Semoga kita berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang. Kami dari AKMOVERS ingin mengucapkan selamat menyambut hari kanak – kanak sedunia

 

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada.

AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakansyarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran
dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakejpakej yang menarik

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS
anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by