Terapkan Sifat M.O.V.E.R.S Dalam Diri Kita

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Proses Pindah Rumah Ke Sabah Dan Sarawak
November 4, 2019
Sebab & Cara Mengatasi Anak yang Berbohong
November 16, 2019
Show all

Terapkan Sifat M.O.V.E.R.S Dalam Diri Kita

Bercerita tentang proses pindah barang di semenanjung sudah, Sabah dan Sarawak pun sudah, kali ini AKMOVERS nak bercerita pasal apa pula ya?

Kali ini AKMOVERS ingat nak bercerita sesuatu yang lainlah, bukan pasal pindah rumah. Memandangkan pada 9 November 2019 ini kita akan menyambut sambutan Maulidur Rasul, rasanya kali ini AKMOVERS mahu berkongsi dengan anda mengenai terapkan sifat M.O.V.E.R.S dalam kehidupan seharian kita.Sifat yang AKMOVERS akan kongsikan ini ada berkait rapat dengan sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut nanti.

Tetapi sebelum itu biar AKMOVERS terangkan kepada anda apa maksud Maulidur Rasul?

Maulidur Rasul adalah hari yang di sambut sempena hari kelahiran nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal tahun gajah. Sambutan Maulidur Rasul dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan dan juga tilawah al-quran. Disebabkan itu, AKMOVERS ingin berkongsi dengan anda semua apa yang di maksudkan dengan sifat M.O.V.E.R.S tu?.

Sifat M.O.V.E.R.S ini adalah singkatan kepada:

M– Mencontohi sunnah nabi

O– dOa

V– Variasikan aktiviti yang bermanfaat

E– Elakkan melakukan perkara yang dilarang

R– Rasa cinta terhadap nabi

S– Sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik

1- Mencontohi sunah nabi
Selain dari amalan wajib kita juga digalakkan untuk mengikuti sunah Nabi Muhammad SAW. Antara sunah nabi yang kita boleh ikuti ialah seperti berpuasa sunat, melakukan solat sunat. Bagi yang sebelum ini mungkin jarang melakukan amalan sunat, AKMOVERS sarankan sempena sambutan Maulidur Rasul ini, apa kata jika anda mula melakukanya dan perbanyakkan lagi amalan-amalan sunat.
Dengan cara sebegini, ia dapat mewujudkan lebih rasa cinta terhadap nabi kita, nabi Muhammad SAW.

2-Doa
Satu perkara yang kita boleh amalkan ialah perbanyakkan berdoa sama ada ketika kita senang ataupun ketika kita berada di dalam kesusahan. AKMOVERS yakin pasti anda di luar sana mengetahui doa adalah senjata bagi umat islam. Selain itu, dengan berdoa juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Selain itu juga, dengan berdoa juga dapat menghindarkan kita dari segala penyakit dan bala bencana. Mungkin sebelum ini kita jarang berdoa, jadi apa kata dengan sambutan Maulidur Rasul yang akan kita sambut ini kita perbanyakkan berdoa terutama mendoakan kesejahteraan nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW. Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah seperti waktu hujan, waktu azan, bulan puasa,
hari arafah musim haji.

3-Variasikan aktiviti yang bermanfaat
Jika sebelum ini, kita banyak membazirkan masa kita dengan perkara yang tidak berfaedah, apa kata kali ini jika kita melakukan perkara yang berfaedah dan mempelbagaikan aktiviti kita. Antaranya kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang
diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sebagai contoh, Kebiasaanya sambutan Maulidur Rasul biasanya akan di buat pelbagai program seperti perarakan, tilawah Al-quran. AKMOVERS sarankan kepada anda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sebegini kerana ianya bukan sahaja dapat mengisi masa lapang kita tetapi juga kita dapat menghayati bertapa jerih payahnya Rasulullah dalam menyebarkan ajaran islam. Aktiviti sebegini sebenarnya bukan sahaja boleh membuatkan kita menghayati perjuangan nabi kita, tetapi dapat juga menambah aktiviti keagamaan yang mendekatkan kita dengan islam serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat masjid serta sekolah turut mengadakan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul ini kerana ianya dapat memberikan kita mengetahui bagaimana nabi kita mula menyebarkan ajaran islam dan ia amat bagus kerana dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak. Bukan itu sahaja, aktiviti seperti ini juga dapat mengisi masa kosong anak muda
dengan aktiviti yang bermanfaat serta dapat mengelakkan mereka dari melakukan perkara yang dilarang.

4-Elakkan melakukan perkara yang dilarang
Selain daripada sifat di atas ini adalah salah satu perkara yang amat penting yang
AKMOVERS hendak kongsikan dengan anda. Perkara tersebut ialah, jika kita kata kita mencintai nabi jadi seharusnya kita elakkan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Sebagai seorang umat islam ini adalah perkara yang paling penting yang perlu ada dalam diri kita. Cara untuk kita mengelakan diri kita dari melakukan perkara yang dilarang adalah dengan sentiasa meningkatkan amal ibadah kita dan sentiasa mengisi hati kita dengan ayat-ayat suci Al-quran dan zikir serta selawat.

5-Rasa cinta terhadap nabi
Sebagai umat islam kita memang diwajibkan untuk mempunyai rasa cinta kepada nabi Muhammad. Itulah salah satu sebab kenapa sambutan Maulidur Rasul diadakan. Justeru itu tidak hairanlah jika kebanyakan majlis Maulidur Rasul yang di anjurkan dipenuhi dengan program-program yang mengingati nabi kita. Tujuan
utamanya adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap nabi. Selain itu, satu lagi perkara yang kita boleh lakukan ialah dengan mencontohi akhlak mulia nabi, seperti bebuat baik kepada anak yatim dan fakir miskin. Bukan itu, kita juga digalakkan untuk memberbanyakkan selawat ke atas nabi. Dengan adanya program sebegini AKMOVERS yakin kita dapat memupuk sifat rasa cinta terhadap nabi bermula dari
sekolah.

6- Sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik
Sifat yang terakhir yang ingin AKMOVERS kongsikan ini adalah sifat yang perlu ada
dalam diri kita. Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun begitu, kita harus berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Justeru itu, kita wajib berusaha untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Jika sebelum ini, mungkin kita ini seorang lalai atau seorang yang jauh dari agama jadi dengan sambutan Maulidur
Rasul ini ia boleh menjadi landasan yang terbaik untuk anda berubah.

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjadikan kita seorang umat islam yang lebih baik. Semoga kita berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang. Kami dari AKMOVERS ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam
di Malaysia.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada.

AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakansyarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran
dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakejpakej yang menarik

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS
anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by