8 TIPS PINDAH RUMAH TANPA STRESS

10 REASON WHY YOU NEED A SELF-STORAGE
June 14, 2019
10 TRICKIEST QUESTION YOU SHOULD ASK YOUR MOVING COMPANY
July 16, 2019
Show all

8 TIPS PINDAH RUMAH TANPA STRESS

Apabila bercerita mengenai pindah rumah memang tidak dinafikan, daripada perkara besar seperti mengemas pakaian, mencari rumah yang sesuai, kos sewa pengangkutan sehinggalah ke perkara kecil. Tetapi, jika proses pindah rumah ini dirancang dengan baik dan teratur and tidak perlu berusah payah, goyang kaki saja. Beberapa tips yang perlu dilakukan untak berpindah ke rumah baru tanpa stress.

 

 

 

  1. Sediakan checklist barangan anda

Anda perlu menyediakan senarai checklist untuk memudahkan anda menyenaraikan barangan rumah. Jadi, Apabila sudah sediakan checklist, baru boleh tahu berapa banyak barang dalam rumah anda. Daripada senarai barangan, anda boleh pilih atau kurangkan barang – barang yang tidak perlu untuk proses pindah ke rumah baru. Ketika di rumah baru pula, gunakan senarai barangan ini untuk semak barangan anda tidak tertinggal di rumah lama.

Jika anda menggunakan perkhidamatan Movers & Packers, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat checklist sendiri. Kebiasaanya, team Movers & Packers akan membuat senarai barangan beserta jumlah dan gambar barangan sebagai rujukan. Anda boleh memilih untuk lakukannya sendiri jika ada masa terluang atau minta bantuan daripada team Movers & Packers.

 

 

  1. Perlu maklumkan kepada pihak pengurusan

Jika anda tinggal di rumah apartment atau kondominium pastikan anda memmaklumkan kepada pihak pengurusan rumah. Perkara yang perlu di ambil tahu seperti had masa kerja untuk pindah, daftar masuk lori, isi borang moving in/out perlu dihantar awal sebelum pemindahan. Dan lebih baik rujuk terus dengan staff pengurusan berkenaan untuk lebih jelas.

Kebiasaannya had masa yang diperuntukkan untuk pemindahan dari pukul 9.00pagi sehingga 5.00petang untuk Isnin hingga Jumaat. Sabtu separuh hari sehingga pukul 12.00PM dan Hari Ahad/Cuti Umum tidak dibenarkan sekali untuk lori masuk. Setelah anda memperoleh maklumat daripada pihak pengurusan rumah, segera memberitahu wakil Movers anda supaya Movers boleh membuat perancagan dari segi masa dan tenaga kerja.

 

 

  1. Sediakan peralatan untuk proses pindah rumah anda

Untuk memudahkan proses pindah rumah anda, anda perlu menyediakan barangan yang akan digunakan seperti pita pelekat, premium box, shrink wrap, corrugated box, news ream dan juga bubble wrap untuk melindungi barangan anda daripada habuk/calar, semasa proses perpindahan. Troli juga perlu jika jarak dari rumah ke lori jauh. Kebiasannya, Movers & Packers akan menawarkan pakej pemindahan termasuk sekali dengan wrapping service. Jadi, anda tidak perlu susah untuk dapatkan setiap jenis alat balut yang sesuai untuk balut perabot.

 

“Rumah saya dekat saja, tak perlu balut”, “Ini perabot lama, angkat saja”. Sekali sekala ada juga terdengar rakan-rakan pindah kita yang memilih untuk tidak membalut barangan mereka. Namun, tahukah anda, sama ada perabot lama atau baharu dan apa sahaja barangan yang nak dipindahkan ke rumah baru, perlu di balut dahulu sebelum di bawa masuk ke dalam lori. Hal ini kerana menghindari barangan daripada habuk, memudahkan proses penyusunan barangan dalam lori, mengelak daripada kejadian calar khususnya barangan mudahpecah seperti kaca, barangan elektrik, pinggan mangkuk, gelas.

 

Setiap alat balut mempunyai fungsinya tersendiri. Contoh untuk membalut sofa, kebiasannya menggunakan corrugated box, opp tape dan balutan akhir menggunakan shrink wrap. Pinggan pula menggunakan news ream minimum 1 pinggan 2 helai newsream dan pinggan/mangkuk yang besar perlu menggunakan bubble wrap.Tidak mengapa, anda tidak perlu catat alat-alat balutan perabot ini kerana jika ada Movers & Packers mereka akan bantu balut dan pek barangan.

 

 

  1. Asingkan barang penting dan berharga

Sebelum pemindahan, pastikan barangan berharga anda telah disimpan dahulu. Untuk memudahkan tugas pek barangan anda, label pada setiap kotak. Jadi mudah untuk anda mencari barangan anda tanpa kusut. Perkara yang paling penting adalah anda perlu asingkan barang berharga seperti barang kemas, duit, geran rumah, kereta dan sebagainya. Barang ini perlu diasingkan dan ditempat yang lebih selamat. Ini adalah kerana semasa proses pindah rumah akan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mungkin keadaan rumah akan bersepah dan tidak terkawal.

 

 

  1. Rancang tarikh pindah

Rancang tarikh pindah dengan awal. Pastikan anda tiada sebarang temujanji. Selain itu, perlu ambil cuti awal sekiranya pemindahan pada hari bekerja. Pendek kata kosongkan jadual anda. Jadi anda boleh fokus dalam perpindahan anda. Pindah dengan tenang dengan perancangan yang awal.

 

 

  1. Pastikan anda telah menukar alamat surat menyurat ke rumah baru

Selain itu, anda juga perlu pastikan yang anda telah menukar alamat surat menyurat seperti bank dan juga bil-bil yang berkaitan.

 

 

  1. Ambil Gambar Barangan Elektronik

Untuk memudahkan anda mengingati kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV. Tips ini sangat berguna untuk mereka yang tidak mahir untuk memudahkan mereka ingat kedudukan wayar TV dan komputer anda. Jadi anda perlu tangkap gambar dan label setiap wayar untuk tidak tertukar untuk memasangnya di rumah baru.

 

     

 

8. Keadaan peti ais

Nyahbekukan (Defrost) peti sejuk anda 12 jam sebelum berpindah untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda. Keluarkan segala makanan  dan simpan di dalam kotak ataupun makan sampai habis sebelum berpindah. Semasa berpindah sebaiknya tidak mengangkat peti ais secara terbalik untuk mengelakkan kebocoran gas.

 

8 perkara di atas merupakan perkara asas yang anda perlu ketahui sebagai persediaan untuk berpindah. Kepada yang baru nak berpindah boleh rujuk kepada rakan/sedara yang pernah berpindah untuk mendapatkan nasihat supaya proses pemindahan berjalan lancar. Namun kini di Malaysia sudah ada perkhidmatan Movers & Packers yang akan bantu pemindahan rumah anda daripada A hingga Z.

AKMOVER SDN BHD ialah syarikat 100% bumiputera.telah melakukan lebih 1000 pemindahan sejak tahun 2015, bukan itu saja AKMOVERS juga telah melakukan pemindahan di beberapa badan berkanun dan badan kerajaan serta swasta. Antaranya, UITM, UNISZA, PKNS, BANK RAKYAT, PETRONAS, dan beberapa pejabat kementerian di Putrajaya.
.

 

Antara pakej pemindahan rumah yang disediakan adalah:

Basic Movers Pakej:

– Buka & Pasang Perabot
– Balut & Buka Balut Perabut
– Angkat masuk ke lori dan Angkat masuk ke rumah baru
– Susun atur perabot di rumah baru

– Bonded lori & tenaga kerja

 

Full Movers Pakej:

– Pek barangan kedalam kotak (dapur, baju, buku dll)
– Buka & Pasang Perabot
– Balut & Buka Balut Perabut
– Angkat masuk ke lori dan Angkat masuk ke rumah baru
– Susun atur perabot di rumah baru

– Bonded lori & tenaga kerja

 

Premium Movers Pakej:

– Pek barangan kedalam kotak (dapur, baju, buku dll)
– Buka & Pasang Perabot
– Balut & Buka Balut Perabut
– Angkat masuk ke lori dan Angkat masuk ke rumah baru
– Susun atur perabot di rumah baru
– Buka kotak dan susun atur semua barang seperti rumah lama

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej pemindahan rumah AKMOVERS boleh hubungi talian hotline 0133336960. Untuk mendapatkan final quotation, wakil AKMOVERS akan buat site visit dahulu ke rumah anda untuk melihat barangan supaya dapat membuat anggaran saiz lori, manpower dan jumlah wrapping materials. Site visit ke rumah PERCUMA sahaja. Lokasi pemindahan rumah bukan sahaja di kawasan lembah klang, AKMOVERS turut membuat pemindahan ke semananjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore & Antarabangsa. Hubungi wakil AKMOVERS untuk ketahui maklumat lanjut.

 

 

Selain menyediakan perkhimatan pemindahan rumah, AKMOVERS mempunyai beberapa servis yang lain iaitu:

  1. Storage Space
  2. Aircond Service and Shifting
  3. Piano Moving
  4. Safe box Moving
  5. Cleaning Moving
  6. International moving
  7. Freight Forwarding
  8. Van Rental
  9. Packing Material

 

Mencari rumah yang lebih besar kerana bertambah ahli keluarga, rumah yang lebih kecil kerana masih tinggal berdua, rumah yang mempunyai tanah yang luas untuk anak cucu bermain, rumah yang mempunyai privasi kerana perlukan kawasan yang sunyi untuk mencari ilham. Tidak kisah anda akan berpindah ke jenis rumah macam mana sekalipun, AKMOVERS akan bantu anda untuk pemindahan rumah. AKMOVERS-Your One Stop Centre For House Moving-WE DELIVER YOUR NEEDS-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by