MUSIM PERSEKOLAHAN AKAN TIBA.

ANDA PERLU BERPINDAH DALAM MASA 72 JAM?
December 21, 2018
Spend money or risk your health?
March 2, 2019
Show all

MUSIM PERSEKOLAHAN AKAN TIBA.

ANAK SUDAH SEDIA, ANDA?

Sedar tak sedar tahun 2018 sudah pun melabuhkan tirainya. Jadi seperti biasa, awal tahun anak-anak akan mulakan persekolahan. Hujung tahun seperti ini, bukan sahaja merancang tempat bercuti tetapi pada masa yang sama ibu bapa juga membuat persediaan kelengkapan untuk anak-anak bersekolah.

Jadi untuk posting entry kali ini kami akan sediakan check list kelengkapan asas yang anda perlu sediakan sebelum anak-anak mulakan persekolahan. Tips ni pasti bermanfaat kepada ibu bapa yang baru pertama kali daftar anak ke sekolah.

 

#1 Baju Sekolah

Untuk uniform sekolah ni beli lah sekurang-kurangya tiga helai supaya ada masa untuk bersilih ganti. Jadi, tak perlu risau sangat kalau hujan atau tak sempat nak basuh kan. Bagi yang menghantar anak ke sekolah agama, sediakan juga la tiga helai juga. Jadi, anggaran harga untuk tiga pasang baju ni dalam RM100 la. Kalau anda rasa nak murah kami cadangkan beli di Mydin ataupun di Hari-Hari.

 

#2 Kasut Sekolah

 

Untuk kasut anda tidak perlu sediakan banyak pasang. Sekiranya sediakan 2 pasang sudah mencukupi. Bila sediakan 2 pasang ni anda tak perlu lah nak basuh kasut sekolah tu masa hujung minggu. Biasa la kan budak sekolah, suka pijak-pijak kasut kawan-kawan. jadi, anda cuma perlu basuh kasut sekolah anak-anak tu waktu hujung minggu sahaja. Biasanya kasut sekolah BATA akan buat jualan murah pada hujung tahun. Jadi boleh la beli masa ada promotion tu. Nak lagi jimat pilih kasut yang dapat percuma stokin atau kapur sekali. #superjimat. Lagi satu perkara, mulai tahun depan, jangan lupa beli kasut sekolah hitam.

 

#3 Baju Sukan Sekolah

Untuk baju sukan sekolah ni biasanya ibu bapa akan beli masa hari buka sekolah. Jadi, anggaran harga untuk sepasang baju dan seluar sukan ni RM30 sahaja. Untuk baju sukan ni tak perlu beli banyak helai pun, cukup sehelai sahaja.

 

#4 Buku dan Alat Tulis

Untuk buku dan peralatan tulis ni anda perlu sediakan lebih kurang RM100 je. Kalau ada dapat bonus tahunan tu boleh la guna untuk beli peralatan tulisan kan. Kalau anak perempuan tu banyak la sikit kan yang perlu di beli. Tapi kalau anak lelaki ni ringkas sahaja kelengkapan alat tulis dia.

 

#5 Beg Sekolah

Untuk beg sekolah tak perlu lah nak beli banyak-banyak cukup la seorang anak satu je beg sekolah. Biasanya anggaran harga beg sekolah ni RM75 hingga RM90. Beli lah ikut kemampuan anda. Jangan ikutkan sangat kehendak anak-anak.

Baiklah Tuan dan puan, ini sekadar perkongsian sahaja. Yang penting, keperluan asas belajar anak-anak perlu disediakan. Selain itu, bahagikan juga bajet untuk yuran sekolah, yuran tuisyen, tambang van sekolah, yuran tempat transit, duit belanja makan anak-anak. Planning well, Spending well. Kepada anak-anak, tekun belajar, fokus dan ingat pengorbanan ibu dan ayah.

Kepada ibu bapa yang merancang untuk pindah rumah tahun depan disebabkan penukaran tempat kerja atau hal-hal lain, jangan risau. Hubungi sahaja talian hotline kami 019-5181744. Akmovers akan bantu ada untuk merancang pemindahan rumah dan anda pula boleh fokus untuk menguruskan hal-hal persekolahan anak.

 

AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »