KUCING TERLAJAK ….. MAHAL DI DUNIA

JENIS LORI YANG SESUAI UNTUK ANDA
December 7, 2018
ANDA PERLU BERPINDAH DALAM MASA 72 JAM?
December 21, 2018
Show all

KUCING TERLAJAK ….. MAHAL DI DUNIA

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di Malaysia. Tapi tak dinafikan ramai juga yang fobia dengan kucing ni sebenarnya. Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan yang dijadikan peneman semata-mata malah ia boleh menjadi terapi kepada mereka yang sedang menghadapi masalah dan tekanan. Tapi kami pasti tak ramai yang tahu sebenarnya terdapat beratus jenis kucing dan setiap satunya mempunyai nilai harga yang berbeza.  Harga kucing ini bergantung kepada ketulenan dan jenis baka mereka.Entry kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 spesies kucing yang dicatatkan paling mahal.#1 British ShorthairBaka kucing ini berasal daripada Eropah dan telah diimport masuk ke British. Baka ini juga merupakan antara baka yang tertua di dunia. Kucing jenis ini mempunyai bentuk yang montel dan berbulu lebat serta mempunyai muka yang lebar. Kita selalu nampak kucing jenis ini warna “British Blue”.Tapi ramai yang tak tahu kucing ini mempunyai 30 warna dan corak yang berbeza. Antaranya, shaded, solid, smoke, tabby, calico dan sebagainya. Kucing jenis ini sangat senang untuk bergaul dengan manusia. Mengikut pasaran, kucing jenis ini boleh mencecah harga antara RM2000 hingga RM7000. Tak tahu? Kini anda sudah tahu.#2 Scottish FoldSeterusnya, spesies kucing Scottish Fold, kalau dilihat kepada wajahnya boleh dikatakan baka jenis ini agak unik. Dengan keadaan telinganya yang terlipat, ini telah membuatkan kucing ni nampak seakan-akan burung hantu. Telinga kucing akan mula terlipat kehadapan setelah mencecah hari ke 21 selepas kelahiran.Kucing jenis ini mempunyai sifat yang ramah dan tenang. Kucing ini juga sangat mudah untuk menyesuaikan diri dengan haiwan peliharaan yang lain. Sesuai lah kepada mereka yang suka memelihara kucing banyak-banyak kat rumah tu. Harga kucing jenis ini pula boleh bermula daripada RM850 hingga RM12,000. Peramah spesies ini.#3 SphynxMungkin ada yang menyangka bahawa kucing ini sedang sakit. Tapi tidak memang kucing jenis ini tidak mempunyai bulu. Memang kalau dilihat agak sedikit menggelikan tambah-tambah lagi bagi mereka yang sudah sedia ada sifat fobia terhadap kucing.Kucing ini mempunyai sifat yang agak aktif. Kucing ini akan menjadi sangat aktif ketika bertemu dengan orang baru. Kucing jenis ini boleh didapati dengan harga bermula RM1300 hingga RM13,000. Ngeri, unik tapi tinggi nilainya.#4 Russian BlueKucing jenis ini berasal daripada sebuah pelabuhan di Rusia. Kucing jenis ini juga mempunyai sifat yang sangat aktif, suka bermain, dan agak pintar. Tapi, kucing ini agak pemalu dengan orang yang dia tidak kenal. Pada asalnya, kucing ini mempunyai mata yang bewarna hijau gelap.Kucing ini mempunyai bulu yang agak tebal yang menyebabkan ia kelihatan agak mewah.  Untuk kucing jenis ini, harganya bermula daripada RM1700 hingga RM12,600. Pendiam dan pemalu. Nilainya sudah sama seperti harga beg tangan berjenama.#5 PeterbaldKucing ini pun berasal daripada Rusia. Kalau sekali imbas nampak seakan-akan kucing Sphynx. Kucing jenis ini agak sensitif dengan suhu. Kucing ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kucing ini sangat mudah sejuk, mereka perlu disimpan didalam rumah supaya mereka sentiasa merasa selesa.Dia juga perlukan mandian setiap minggu untuk membersihkan minyak yang berlebihan dari kulitnya. Kucing ini juga sangat mudah untuk bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain. Harga untuk kucing ini bermula dari RM5000 hingga RM20,000. Perlukan penjagaan yang rapi dan perhatian penuh. Seakan-akan menjaga seorang bayi.#6 ParsiKami pasti sudah ramai yang kenal dengan kucing parsi ni lebih-lebih lagi kaum hawa. Kucing ini juga dikenali sebagai “Persian Longhair”. Kucing ini mempunyai sifat manja sangat suka bermain. Tetapi kucing ini perlukan perhatian yang lebih. Tak banyak yang perlu diperkatakan tentang kucing ni sebab dah ramai yang tahu tentang kucing ini.Harga untuk kucing baka ini RM2100 hingga RM24,000. Comel, gebu, manja, persis putera/puteri. Cadangan, anda boleh berikan kucing ini kepada pasangan anda sebagai hadiah hari jadi. Apa salahnya kan? #rare#7 Allerca HypoallergenicKucing jenis ini kelihatan seperti kucing kampung biasa. Tapi kami pasti ramai yang tak tahu, sebenarnya kucing ini mempunyai sedikit keistimewaan kerana ia terhasil daripada beberapa ujikaji genetik. Harga untuk kucing ini pula ada sekitar RM25,000 seekor. Bukan kucing biasa-biasa ya.#8 BengalKami pasti ramai yang akan cakap sekali pandang macam harimau. Kucing jenis ini terhasil daripada campuran baka antara baka domestik dengan baka kucing Asian Leopard. Bagi yang bercita-cita nak memelihara kucing ini, anda perlu bersedia untuk menanggung kerosakan barang-barang kesayangan anda.Kucing jenis ini sangat aktif dan suka memanjat. Jadi anda perlu simpan barang berharga anda di tempat yang selamat. Harga untuk kucing jenis ini bermula daripada RM5000 hingga RM110,000. Harga seekor kucing boleh sama dengan harga sebuah kereta Honda Jazz.#9 SavannahKami pasti ramai yang pernah tengok video Dato’ Aliff Syukri dengan kucingnya. Ini lah kucing yang beliau pelihara tu. Kucing ini terhasil daripada campuran baka antara baka domestik dengan baka serval. Kucing ini mempunyai tenaga yang jauh lebih kuat berbanding kucing-kucing lain.Kucing jenis ini tak takut dengan anjing dan kadang-kadang ia boleh bermain bersama dengan anjing. Oleh kerana keunikannya, maka tidak hairanlah harganya mahal. Harga untuk seekor kucing tersebut adalah sekitar RM7000 hingga RM220,000.#10 AsheraIni lah kucing yang paling mahal di dunia pada ketika ini. Kucing ini merupakan kucing yang dikacuk antara kucing serval afrika, kucing Asian leopard dan kucing domestik biasa. Namun ada kajian yang menyatakan DNA kucing ini sama dengan DNA kucing Savannah.Kucing jenis ini sangat manja dengan tuannya dan mudah untuk diajak berkomunikasi. Harga untuk seekor kucing ini adalah sekitar RM64,000 hingga RM426,000. Jadi anda boleh pilih sama ada nak beli kucing ini atau pun ‘beli’ …pasangan hidup. Hihi.Kini, anda sudah ketahui spesies kucing yang termahal di dunia. Terkejut? Tidak percaya? Jika sudah minat, tidak salah untuk memilikinya. Yang penting, jangan mendera atau abaikan. Umum mengetahui, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Tidak kisah sama ada kucing mahal, murah atau yang terbiar, yang penting kita sebagai manusia perlu mengasihi makhluk Tuhan ini.Tapi tahukah anda, sekiranya berpindah ke rumah baru, kucing juga akan stress? Betul, bukan sahaja manusia, kucing juga boleh stress jika dapat tahu pemiliknya nak berpindah. Tapi, jangan panik. Jangan risau. Anda boleh baca entry kami sebelum ini iaitu “31 Tips Memudahkan Anda Berpindah” https://www.myakmovers.com/2018/11/23/31-tips-mudah-untuk-pindah/ . Dalam tips ini ada tips khas khususnya untuk kucing.Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Kasih sayang tidak terhad. Kasih terhadap alam hidupan, tumbuhan dan yang penting sayangi diri sendiri #loveyourself. Setuju?Untuk penerangan lanjut mengenai servis pindah boleh hubungi:Whatsapp | Call – 013 -3336960Facebook – AkmoversInstagram – AkmoversYoutube Channel – Akmovers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by