JENIS LORI YANG SESUAI UNTUK ANDA

PAKEJ PEMINDAHAN RUMAH
December 4, 2018
KUCING TERLAJAK ….. MAHAL DI DUNIA
December 14, 2018
Show all

JENIS LORI YANG SESUAI UNTUK ANDA

Setiap hari kita lihat lori di atas jalan raya, tapi tak ramai yang tahu tentang jenis-jenis lori yang selalu digunakan di Malaysia. Lori terbahagi kepada 4 jenis iaitu lori ringan, lori sederhana, lori berat dan luar jalan raya (off road).

Lori ringan adalah lori yang mempunyai berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg. Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu untuk memohon lessen kelas E. Bagi lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,500 kg sehingga 7,500 kg. bagi lori berat pula bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg. Manakala lori jenis off road ataupun sering dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai lori hantu biasanya digunakan oleh sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan.

Kebiasaannya syarikat movers & packers akan menggunakan lori jenis ringan dan lori jenis sederhana. Antara lori yang sering digunakan oleh syarikat-syarikat movers & packers adalah jenis lori berpagar ataupun dikenali lori canvas dan juga lori bonded.

 

#1 Lori jenis berpagar/canvas

Kebiasaannya lori jenis ini akan menggunakan canvas untuk menutup muatan yang dibawa daripada hujan dan habuk ketika di jalan raya. Tetapi canvas tersebut perlukan penjagaan yang rapi untuk mengelakkan daripada terkoyak. Antara kelebihan bagi mereka yang menggunakan lori jenis ini adalah kapasiti muatan boleh di ubahsuai. Tetapi kelemahan lori jenis ini adalah barang perabot anda lebih terdedah kepada hujan, panas dan habuk-habuk ketika di jalan raya.

 

#2 Lori bonded 1 tan

Lori jenis bonded ni biasanya akan digunakan oleh kebanyakkan professional movers. Sebab lori bonded ni lebih selamat berbanding lori canvas yang digunakan oleh kebanyakan syarikat lori sewa. Antara kelebihan lori ni adalah barang anda akan lebih selamat sebab barang anda confirm tak kena hujan, panas dan habuk ketika di hari pindah rumah.

 

#3 Lori bonded 3 tan

Lori sama sahaja seperti lori di atas cuma saiz bondednya sahaja yang berbeza. Sesuailah untuk mereka yang mempunyai barang yang banyak. Kebiasaannya untuk rumah kondominium/apartment sudah memadai untuk mengambil lori yang berkapasiti 3 tan ini.

 

#4 Lori bonded 5 tan

Untuk mereka yang tinggal di rumah banglo yang mahu berpindah. Sudah pasti mempunyai barang yang sangat banyak. Jadi kami sarankan untuk ambil lori jenis ini kerana mempunyai muatan yang lebih besar dan sudah pasti lebih jimat jika sewa satu lori 5 tan sahaja berbanding dua lori 3 tan.

 

Berikut merupakan jenis-jenis lori yang sering  digunakan untuk membawa barangan rumah. Kami di Akmovers memilih untuk menggunakan lori bonded demi memastikan barangan pelanggan kami dalam keadaan baik ketika penghantaran ke rumah baru.

 

Kita sebagai pengguna harus bijak memilih lori yang sesuai untuk digunakan. Jika anda keliru dan masih runsing mengenai lori yang bersesuaian, anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada perunding professional movers & packers. Bukan sahaja selesai masalah pengangkutan, malah, jika gunakan perkhidmatan movers & packers selesai sekali dengan pemindahan rumah anda. Dengan hanya hubungi 019-5181744, segala kerunsingan anda mengenai pemindahan rumah akan selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by