31 TIPS MEMUDAHKAN ANDA BERPINDAH

LEBIH 1,500 ASKAR ‘BERHIJRAH’ KE PANTAI TIMUR
November 17, 2018
PAKEJ PEMINDAHAN RUMAH
December 4, 2018
Show all

31 TIPS MEMUDAHKAN ANDA BERPINDAH

JANGAN RISAU, ANDA PASTI BOLEH PINDAH DENGAN TENANG DAN SENANG JIKA ANDA BACA ENTRY KALI INI.

Kami faham perasaan anda bila setiap kali nak pindah. Banyak benda kan nak kena fikir. Jadi, kami sediakan tips-tips ni untuk anda semua baca dan gunakan masa nak pindah nanti.#1 Pilih tarikh yang sesuaiTarikh pindah tu mesti lah pada hari yang anda betul-betul ‘available’. Jangan last minit baru ingat yang anda ada hal. Ini akan membuatkan anda jadi kelam kabut. Lagi teruk kalau kena tunda tarikh pindah. Rugi tu!#2 Inform tuan rumahKalau anda tinggal di rumah sewa, dah tentu la kena inform tarikh yang anda nak pindah. Sebab ada sesetengah rumah sewa, anda ada perjanjian untuk stay kat situ untuk satu tempoh yang anda dah setuju.#3 Survey syarikat pemindahan yang sesuaiAnda kena tahu berapa bajet yang anda ada untuk pemindahan. Benda ni penting untuk anda tahu sama ada nak pilih syarikat movers & packers yang professional ataupun just nak sewa lori sahaja.#4 Dapatkan kebenaran management apartmentPerkara ini selalunya ramai orang yang tak alert. Perkara ini penting, kalau tiada kebenaran lori tidak masuk ke kawasan apartment anda. Biasanya sraikat lori ataupun movers akan cas la untuk kos perjalanan mereka pada hari tersebut. Kebiasaannya kos tu mahal la juga. Rugi kan!#5 Kemaskini alamatAnda perlu buat kemaskini alamat untuk beberapa perkara penting seperti syarikat-syarikat utiliti. Contohnya, Bank, Astro, Syarikat bekalan air, TNB, insurans dan sebagainya.#6 Selesaikan segala BILDalam keghairahan nak pindah ke rumah baru tu, jangan lupa bayar dulu semua bil-bil yang dah ada tu. Kesian pulak kepada orang baru yang akan masuk ke rumah lama anda tu.#7 Jual barang-barang lamaBarang-barang mana yang anda rasa dah tak nak guna/pakai tu lebih elok jual. Lebih memudahkan untuk anda jimatkan masa dan kos masa nak pindah nanti. Duit yang anda dapat hasil jualan tu boleh la tampung sikit kos pemindahan tu nanti. Jimatkan !#8 Buat check listPerkara ini juga selalu di pandang mudah oleh kebanyakan orang. Check list ni memudahkan kita untuk check barang kita sama ada cukup ataupun tidak bila dah tiba di rumah baru nanti. Maklumlah, kita ni ramai yang ada penyakit “lupa” tu.#9 Haiwan peliharaanTips yang kami boleh bagi adalah puasakan haiwan peliharaan anda selama satu hari sebelum berpindah. Ini untuk tujuan mengelakkan ketidakselesaan semasa hari berpindah.Jika anda tak percaya rujuk link ini https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/09/alhamdulillah-semuanya-berjalan-lancar.html#10 Asingkan barangan berhargaBenda ni penting untuk memastikan barang ini selamat dan tidak berlaku kehilangan semasa hari berpindah. Antara barangnya seperti laptop, kamera, barang antik, dan yang paling penting barang kemas.#11 Buat majlis doa selamat atau majlis keraian rumah baruBiasanya orang kita ni akan buat di dua-dua rumah la. Rumah baru pun buat, lama pun buat. Minta doa perlindungan dan permudahkan urusan pemindahan.#12 Baca doa pindah rumahLain agama, lain amalannya dan anda boleh amalkan mengikut amalan masing-masing. Mengikut pengalaman kami, bagi kaum Cina mereka ada tarikh tertentu untuk berpindah dan mengikut Feng-Shui. Bagi yang India pula, selalunya mereka akan ada majlis doa di pagi hari di rumah baru, sebelum masuk barangan dari rumah lama. Dan bagi umat islam membaca doa sebelum melakukan sesuatu perkara amat digalakkan.#13 Peti aisSila habiskan segala makanan yang anda simpan dalam peti ais tu. Tapi kalau tak mampu nak habiskan sedekah je la kat jiran-jiran anda. Buat pahala sikit. haha#14 Jaga kesihatanKesihatan ni sangat penting. Pastikan anda tidur dengan cukup sehari sebelum berpindah. Maklumlah, nak berpindah ni penat. Kalau tak cukup rehat nanti lain pulak jadi nya.#15 Minta cuti awal (peringatan kepada yang kerja)Kebiasaannnya pemindahan kondo ke kondo lebih mudah berpindah pada weekdays kerana tempoh had masa lebih panjang berbanding pindah pada hujung minggu. Rujuk management kondo berkenaan masa. Dan lengkapkan awal borang moving out supaya waktu pindah nanti tidak kelam kabut#16 Ajak jiran datang ke rumahApa salahnya sebelum nak pindah, ajak jiran tetangga dating ke rumah. Kita masak sedap-sedap bagi mereka makan. Berbual bersama. Haha, kumpulkan kenangan bersama sebelum pindah. Kan manis tu.#17 Lawat rumah baruLihat kawasan. Semak sama ada lori boleh parking atau tidak. Sesuai atau tidak. Minta kebenaran lori masuk. Nak mudah dan lebih faham proses pindah keluar/masuk, rujuk management office.#18 Ambil gambar barangan elektronikKalau anda memang mahir dengan wayar-wayar ni memang tak kisah la kan. Tapi tips ini sangat berguna untuk mereka yang tidak mahir untuk memudahkan mereka ingat kedudukan wayar TV dan komputer anda.#19 Labelkan kotakKami cadangkan anda untuk buat benda ni sebab sangat simple. Tapi akan memudahkan anda bila dah sampai di rumah baru nanti.#20 Balut benda mudah pecahKami cadangkan kepada anda untuk balut barang tersebut dengan kain. Supaya lebih selamat. Anda boleh je guna baju-baju lama yang anda dah tak nak guna. Nak lagi mudah, gunakan perkhidmatan movers dan packers professional kan senang.#21 Gunakan luggage untuk barang yang beratIni untuk memastikan anda mudah untuk bawa beg tersebut keluar dan masuk ke rumah. Sebab luggage ni ada roda, so tak perlu la nak angkat. Just tarik je. Kan jimat tenaga kat situ!#22 Manfaatkan cadar lamaTips ni untuk elakkan tilam anda daripada kotor semasa di dalam lori. Ye la kan, kita bukan tahu keadaan lori tu sama ada bersih ataupun tak. So lebih baik kita berjaga-jaga. Tapi anda tidak perlu risau jika anda gunakan movers dan packers kerana mereka membuat material wrapping yang bersesuain.#23 Rancang susunan perabotAnda perlu rancang terlebih dahulu susun atur perabot anda di rumah baru. So, anda boleh tahu apa yang perlu bawa dan apa yang perlu di buang/sedekah. Hal ini akan lebih mudah jika adanya movers dan packers professional kerana mereka akan bantu anda untuk membuat susunan di rumah baru nanti.

#24 Asingkan kotak untuk barang peribadiAnda perlu asingkan barang peribadi anda dalam saru kotak. Contohnya tuala, alatan mandi dan sebagainya. Barang-barang ini untuk kegunaan anda di hari pertama tiba di rumah baru.#25 Mulakan kemas barangan yang jarang digunakanAnda kena mulakan mengemas barang yang anda paling jarang gunakan dalam kehidupan harian anda. Kemas barang yang senang dahulu. Kebiasaan nya mulakan dengan kemas stor.#26 Usah dikenangBiasanya, masa nak kemas nil ah anda akan terjumpa barang-barang yang lama dan penuh dengan kenangan. Jadi nasihat kami, jangan dikenang kenangan lalu. Ini akan melambatkan masa anda untuk mengemas.#27 “SANDWISH BAG”Gunakan sandwish bag untuk pastikan skru dan paku untuk perabut anda dibawa bersama. Benda ni kalau hilang susah lah nak pasang balik semua perabot anda kan.#28 Cara susun barangKalau anda nak susun barang dalam kotak. Pastikan anda letakkan barang berat di bawah supaya dapat mengelakkan barang anda tu daripada pecah. Tapi, kalau ada movers dan packers professional, kan mudah sebab mereka akan bantu anda untuk susun. Jadi, jimat tenaga anda.#29 Susun barang dapur di dalam periukUntuk jimatkan ruang, anda boleh susun segala barang dapur yang kecil-kecil di dalam periuk. Antaranya, botol rempah, garam, gula dan segala jenis perasa makanan.#30 Pastikan sudah ada air, elektrik dan gasPastikan perkara-perkara asas ini sudah sedia ada di rumah baru sebelum anda masuk ke rumah baru anda. Kalau tak ada semua perkara ni, mungkin boleh tambah kos anda. Nak kena sewa hotel pulak. Haha#31 Bersihkan rumahSebelum berpindah masuk ke rumah baru, bersihkan terlebih dahulu rumah tu. Supaya bila dah masukkan segala perabot anda nanti tak perlu kemas dah kan. Rumah lama pun kena bersihkan juga, jangan la keluar macam tu je.Istimewa untuk entry kali, kami nak bagi HADIAH kepada anda secara PERCUMA. Klik gambar di bawah, dan anda akan dapat contoh Packing List secara PERCUMA.Menariknya sebab anda boleh gunakan Packing List ini untuk membuat senarai barangan anda dan boleh lah hantar kepada Sales executive kami untuk membuat quotation.Mudahkan pindah!Untuk penerangan lanjut mengenai servis pindah boleh hubungi:Whatsapp | Call – 013 -3336960Facebook – AkmoversInstagram – AkmoversYoutube Channel – Akmovers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by