LEBIH 1,500 ASKAR ‘BERHIJRAH’ KE PANTAI TIMUR

ORANG KAYA YANG KEDEKUT
November 8, 2018
31 TIPS MEMUDAHKAN ANDA BERPINDAH
November 23, 2018
Show all

LEBIH 1,500 ASKAR ‘BERHIJRAH’ KE PANTAI TIMUR

Beberapa hari yang lepas, Malaysia telah digemparkan dengan satu cerita yang mengejutkan, di mana terdapat lebih daripada 1,500 askar telah berhijrah ke Pantai Timur. Auta atau Fakta?

Jawapannya, Fakta! Ha, tidak percaya? Ikuti kisah selanjutnya.

PEMINDAHAN UNIK KE PANTAI TIMUR
Kali ini entry mengenai pemindahan rumah yang unik dan ‘rare’. Bukan sahaja barangan rumah yang perlu dipindahkan, tetapi juga terdapat lebih daripada 1,500 askar Star Wars, kereta mainan, kapal terbang mainan, koleksi Barbie dan pelbagai lagi koleksi mainan perlu di pek untuk ke lokasi rumah baru.
Sebenarnya, sejak umur 4 tahun lagi, pemilik rumah ini telah mengumpulkan pelbagai jenis barangan mainan yang disimpan rapi di dalam almari berkaca khas untuk koleksinya. Cuba bayangkan barangan mainan yang dikumpul sejak kanak-kanak iaitu dari tahun 70an sampai tahun 2018 ni.
Berapa banyak mainan yang telah dikumpulkan? Banyak sangat tau. Korang refer gambar ye. Hobi ini turut diminati oleh ahli keluarga yang lain. Jadi setiap orang mempunyai koleksi mainan yang tersendiri. Ada yang kumpul Coca-Cola, ada yang kumpul Barbie dan ada yang kumpul Nerf. Jadi agak-agak boleh bayangkan tak berapa banyak koleksi mainan? Tak terbayang. (GAMBAR)
 
Koleksi mainan ini ditempatkan dalam bilik khas. Sesiapa sahaja yang memasuki bilik ini pasti terpegun melihat koleksi mainan yang dimiliki. Sebab ada juga mainan yang sudah tidak ada di pasaran. Lagi-lagi koleksi mainan Star Wars. Pemilik ini bukan sahaja mempunyai koleksi askar Star Wars, beliau juga mempunyai set kapal angkasa Star Wars yang besar. Kalau anda peminat tegar Star Wars, anda hanya mampu meratap di tepi bucu almari sambil tengok koleksi Star Wras episode pertama. Ha, susah kan nak cari sekarang ni.
Kalau koleksi kereta mainan pula, pelbagai jenis kereta ada. Kalau nak perincikan lagi koleksinya, 1 hari 1 malam belum tentu habis bercerita. Ini bukan sebab koleksi semata-mata, bagi pemilik, nilai sentimental yang ada pada setiap mainan yang dikumpul itu sangat tinggi dan mempunyai ceritanya yang tersendiri. Jadi, pemilik amat mengambil berat ketika pek koleksi mainannya sebab jika terdapat calar atau kotak kemek, nilai mainan itu akan menurun. Kalau nak tahu, ada diantara koleksinya bernilai lebih puluhan ribu, sama harga sebiji kereta!
 
Bukan itu sahaja, tuan rumah ini juga ada koleksi kapal terbang yang banyak dan katanya, jika anda menyimpan model kapal terbang yang berlaku trajedi macam MH370, MH17 atau yang lain-lain, harga akan meningkat sehingga 400%.
VALUATION VISIT
Nak kongsikan sedikit macam mana kami dapat berjumpa dengan pemilik ini. Mula-mula dapat panggilan di telefon Sales department. Dan macam biasa Sales Executive akan ambil maklumat untuk set masa valuation visit. Kalau rumah pelanggan di kawasan Lembah Klang, dan sekitarnya, selalunya kami akan buat valuation visit. Percuma sahaja. Tidak dikenakan cas. Bukan apa, daripada sesi valuation visit ni, pelanggan boleh bertanya secara langsung mengenai pakej, proses pemindahan dan berbincang mengenai harga.
Person in charge juga akan tangkap gambar barangan rumah dan buat senarai barangan terus. Jadi, dengan adanya senarai barangan ini boleh jadi rujukan krew waktu pindah nanti dan juga untuk membuat anggaran saiz lori, serta jumlah tenaga kerja yang diperlukan. Selepas sahaja selesai sesi valuation ni, Sales executive akan terima maklumat daripada Person In Charge seperti pakej yang dipilih oleh pelanggan, terus Sales Executive buat dan hantar quotation kepada pelanggan.
Untuk pemindahan yang unik ni, beliau telah memilih Pakej Full Movers & Packers. Jika pilih pakej ni, krew yang akan pek semua loose item. Contohnya pakaian, pinggan mangkuk, buku, dan sudah tentu mainan. Tapi jangan risau, perabot dan barangan yang besar krew akan uruskan juga daripada buka perabot, wrapping perabot sehinggalah pasang perabot dan susun atur perabot di rumah baru. Lengkap satu pakej. Kan senang, korang pun tak sakit badan, jimat tenaga. Hari ni pindah esok dah boleh pergi kerja. Jadi tiada alasan sakit badan sebab pindah rumah. Kalau nak lagi senang ambik terus Pakej Premium #goyangkakijer.
PROSES PEMINDAHAN
Setelah selesai briefing daripada Team Leader, tepat jam 8.30 pagi, semua krew telah bertolak daripada pejabat. Dua lori yang digunakan dan krew yang lain pergi ke rumah beliau menggunakan kereta. Sejam kemudian, krew telah tiba di rumah beliau. Team Leader akan berjumpa dahulu dengan tuan rumah. Semua krew telah dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing. Kumpulan dibahagikan kepada tiga, Kumpulan Tingkat Bawah, Kumpulan Tingkat Atas dan Team AKMOVERS PINK (rujuk penerangan dibawah)
Kumpulan Tingkat Bawah melibatkan tugas untuk membalut barangan perabot, balut dan pek hiasan Kristal, juga memindahkan piano. Kumpulan Tingkat Atas pula tugas utama adalah pek koleksi mainan yang memakan masa sehingga ke lewat malam. Bukan sebab krew pek dengan lambat, tapi, koleksi mainan ni tak boleh letak terus dalam kotak atau bekas. Perlukan cara yang betul untuk pek, tangan pula kena lembut, tak boleh kasar-kasar, supaya bila susun nanti mainan tidak calar dan rosak. (Nak tahu lebih lanjut cara pek mainan, baca subtopik seterusnya).
Yang terakhir team AKMOVERS PINK atau dikenali sebagai AK PINK. Tugas utama team ini pek barangan dapur. Macam pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga, semua barangan dapur. Tapi jangan salah anggapnya, kumpulan ini bukan terdiri daripada krew lelaki tetapi wanita. Ya, Cuma wanita sahaja yang tahu nak pek pinggan mangkuk macam mana. Bukan nak cakap kaum lelaki tak boleh pek pinggan mangkuk, tapi kalau pinggan mangkuk ni wanita yang buat lebih teliti, kemas dan tahu nak kelaskan jenis pinggan, cawan, gelas. Senang cerita hanya antara wanita sahaja yang tahu isi hati wanita. Eh?
Selesai cerita untuk satu hari operasi pemindahan. Disebabkan kali ini pemindahan ke Pantai Timur, jadi memakan masa selama dua hari. Setelah seharian pek barangan dirumah lama, esoknya pula krew sudah tiba di Pantai Timur. Dan pukul 5.30 petang, semua barangan telah siap dibawa masuk ke rumah baru.
PROSES PEK BARANGAN
Baiklah, ini bahagian yang paling penting dalam pemindahan kali ni PEK BARANGAN. Terutama sekali koleksi mainan, hiasan Kristal dan piano. Sebelum pek, perkara paling asas adalah material/inventory yang digunakan untuk balut. Sudah pasti sekiranya professional movers & packers, inventory ini amat penting dalam memastikan keadaan barangan pelanggan dalam keadaan yang baik. Antara inventory yang selalu digunakan seperti shrink wrap, bubble wrap dan banyak lagi.
Okay, mula-mula nak cerita pek barangan mainan dulu. Ini yang paling rumit dan perlu berhati-hati. Calar sikit potong gaji taw. Okay gurau. Gaji admin pun tak mampu cover ganti rugi nilai mainan ni. Back to our main story, koleksi mainan beliau terdiri daripada pelbagai saiz. Dari sekecil jari kelingking sehingga sebesar budak setahun setengah. Untuk barangan mainan yang kecil, krew perlu balut satu persatu. Dan ada juga perlu dilapikkan dengan bubble wrap sebelum diletakkan di dalam kotak. Perlu peka ketika pek askar star wars sebab setiap askar mempunyai pistol yang kecil.
Jadi semasa pek perlu slow and steady supaya barangan kecil sebegitu tidak tercicir. Sama juga seperti kapal terbang. Semasa nak balut perlu berhati-hati dengan antenna jangan balut sehingga patah. Setiap perincian yang ada pada mainan krew perlu peka dan berhati-hati. Macam mana pulak dengan saiz mainan setinggi budak setahun setengah tu? Okay, ini lain sikit. Kotak yang digunakan hanya untuk satu permainan ini sahaja. Kemudian letakkan gumpalan kertas supaya mainan tu tidak bergerak dan dalam keadaan yang statik.
Ada juga mainan yang belum dibuka dan masih berada di dalam kotak. Ha, ini lagi kena berhati-hati sebab krew perlu pastikan semasa pek kotak tidak kemek dan calar. Sebenarnya, banyak lagi proses, nak tahu lebih lanjut, boleh jumpa admin, kita buat sesi temu bual. Nak jumpa admin? Komen dekat bawah. Hihi. Okay, selesai bab pek barangan mainan. Seterusnya, barangan Kristal.
Kristal ni jangan salah pegang. Jangan bagi jatuh. Sekali jatuh, berderai air mata taw. Inventori juga memainkan peranan yang penting supaya bila letak dalam kotak, Kristal tidak tergesel, calar dan masih dalam keadaan yang elok ketika tiba di rumah baru. Jadi, krew yang uruskan Kristal ni perlu fokus, bertenang dan teliti.
Akhir sekali, piano.
Kalau korang nak tahu, piano ni adalah satu alatan muzik yang sangat sensitif. Kalau salah angkat ataupun tak ikot cara yang betul, piano ni perlu di “tune” semula untuk dapatkan “tune” asal tu. Jadi kepada yang ada piano dan nak pindah tu bagi lah kepada yang professional untuk uruskan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tak diingini.
TEAM PENGURUSAN DAN OPERASI
Dalam sesebuah organisasi mahupun syarikat, komunikasi serta kerjasama itu amat penting. Sekiranya komunikasi antara staff/krew tidak berjalan lancar akan menyebabkan salah faham serta tidak membuahkan hasil. Kerjasama juga merupakan elemen yang penting. Jika pentingkan diri sendiri lebih baik buat kerja sendiri jangan susahkan orang lain. Dengan kerjasama ni la kita ringankan beban kawan sekerja kita, berkongsi idea, melengkapi kekurangan setiap orang, barulah dapat membuahkan sesuatu tugasan dengan cemerlang. Ketua juga memainkan peranan yang penting dengan arahan yang jelas dan perancangan yang teratur daripada ketua operasi akan memudahkan kerja-kerja krew operasi kerana arahan yang jelas, krew memahami tugas masing-masing dan focus.
Bak kata orang tua-tua, pahit dan manis sama dirasai. Jatuh bangun bersama-sama. Tanpa adanya team pengurusan dan krew yang efisyen, pemindahan unik ini tidak dapat disempurnakan dengan lancar. Disiplin juga merupakan resipi penting. Bukan sahaja dari segi masa, patuh kepada etika kerja, peraturan syarikat agar mencapai visi dan misi syarikat.
Nantikan entry seterusnya, pemindahan yang pelik, unik dan rumit tetapi menarik. Jika anda mempunyai kisah pemindahan yang menarik, boleh kongsikan bersama kami.

Untuk penerangan lanjut mengenai servis pindah boleh hubungi:Whatsapp | Call – 013 -3336960Facebook – AkmoversInstagram – AkmoversYoutube Channel – Akmovers

IMPOSSIBLE make it POSSIBLE.

AKMOVERS – “WE DELIVER YOUR NEEDS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Open chat
1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by