ORANG KAYA YANG KEDEKUT

8 REASON WHY YOU SHOULD APPOINT PROFESSIONAL MOVERS FOR MOVING HOUSE
November 2, 2018
LEBIH 1,500 ASKAR ‘BERHIJRAH’ KE PANTAI TIMUR
November 17, 2018
Show all

ORANG KAYA YANG KEDEKUT

 

Anda tahu kebanyakkan orang kaya ni kedekut? Bukan itu sahaja, sesetengah mereka kedekut tu sampai mengalahkan Haji Bakhil. Mereka ini bukan apa, lagi kaya mereka lagilah mereka berkira-kira untuk membeli. Sebab mereka ni ada yang pernah susah dahulu sebelum kaya. Jadi sebenarnya mereka ni kedekut bersebab, mereka bukan kedekut tetapi berhati-hati dalam berbelanja. Sebab tu mereka KAYA!

Golongan ini sangat cerewet dalam pemilihan barangan. Mereka nak yang cantik dan berkualiti sahaja. Kebanyakan daripada mereka  kedekut untuk keluarkan bajet bagi membeli barangan perabot rumah yang baru. Lebih lagi ketika mereka mahu berpindah. Kalau boleh, semua barangan yang mereka ada mereka nak bawa. Hal ini disebabkan barangan parabot yang mereka miliki pada ketika ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Contohnya, meja makan, almari kaca, kabinet dapur atau tv, pasu bunga dan macam-macam lagi.

Jadi tidak pelik sekiranya golongan ini kedekut.  Mereka ini hanya ingin memastikan barangan perabot mereka ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutama sekali ketika proses pemindahan rumah. Untuk menawan hati golongan ini, berikut merupakan antara ciri-ciri yang perlu ada kepada syarikat professional movers & packers:

 

 

Perkara ini sangat dititik beratkan oleh “orang-orang kaya”. Hal ini kerana mereka mahu memastikan semua barang perabot yang mereka pindahkan itu berada dalam keadaan baik. Sebuah syarikat yang menggelarkan diri mereka sebagai professional sudah pasti tahu cara yang terbaik untuk menjaga barangan pelanggan mereka. Sebagai professional movers sudah tentu mereka mempunyai kelengkapan yang cukup untuk “packing” barangan yang akan dipindahkan. Antara perkara yang diperlukan semasa proses “packaging” adalah shrink wrap, corrugated box, bubble wrap, double layer box dan cellotape. Perkara-perkara ini akan memastikan barangan dapat dipindahkan sampai dengan selamat di tempat yang baru.

 

 

Ini juga menjadi antara faktor yang penting ketika “orang-orang kaya” memilih syarikat movers and packers. Pihak syarikat perlulah memastikan pekerja mereka yang menjalankan operasi syarikat adalah terdiri daripada pekerja yang mahir, cekap dan professional. Selain itu, ketika melakukan proses pemindahan tenaga kerja yang professional sentiasa mematuhi Standard Operation Procure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Hal ini  termasuklah sampai awal ke rumah/pejabat pelanggan dan memakai pakaian seragam syarikat.

 

 

Faktor ini juga tidak kurang pentingnya. Syarikat yang mendapat ‘feedback’ yang baik daripada pelanggan sebelum-sebelum ini juga menjadi antara perkara yang dititik beratkan oleh golongan ini. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa sekiranya syarikat mendapat maklumbalas yang baik ini membuktikan mereka benar-benar mahir dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Malah dengan melihat latar belakang syarikat dan juga maklum balas pelanggan menjadi penanda aras sesebuah syarikat movers dan packers professional atau tidak. Latar belakang syarikat selalunya golongan ini akan dapati daripada sumber internet, website mahupun melalui media sosial.

 

 

Lori bonded menjadi perkara yang di pandang oleh ‘golongan kaya’. Hal ini kerana, lori jenis bonded ini akan memberikan lebih keselamatan kepada barangan mereka. Kelebihan lori bonded juga adalah melindungi perabot daripada hujan, habuk, asap kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat baru. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat yang menawarkan service movers & packers professional akan memilih untuk menggunakan lori jenis ini walaupun kapasitinya adalah tetap berbanding lori canvas yang masih kapasitinya boleh diubah suai.

 

 

Kewujudan website untuk sesebuah syarikat juga perlu bagi menunjukkan imej professional sebagai syarikat movers & packers. Mereka akan menjadikan website sebagai rujukan dalam menentukan syarikat mana yang memenuhi kriteria-kriteria yang mereka cari. Untuk pengetahuan, orang kaya kedekut ini sangatlah cerewet dalam memastikan keselamatan barangan mereka terjamin. Jadi website tersebut mestilah lengkap dengan segala maklumat yang boleh meyakinkan ‘orang kaya kedekut ini’. Antara perkara yang perlu ada dalam website adalah carta organisasi, pengalaman syarikat, maklumbalas pelanggan dan sebagainya.

 

 

Sebagai sebuah syarikat yang professional, mereka mesti mempunyai sebuah pasukan yang terbaik bagi memastikan segala perancangan dan gerak kerja mereka sentiasa teratur dan terurus. Bukan sahaja bahagian operasi memainkan peranan yang penting malah bahagian pengurusan juga perlu cekap dan efisyen untuk memastikan pemindahan rumah atau pejabat berjalan lancar. Pengurusan kerja yang sitematik, teratur dan efisyen serta mesra pelanggan menjadi piliihan orang kaya yang kedekut.

 

 

Selain itu, ada juga beberapa faktor yang menjadi punca mengapa ‘orang-orang kaya kedekut’ ini menolak untuk mengambil servis movers and packers. Antaranya adalah syarikat yang tidak mempunyai planning yang baik semasa melakukan kerja-kerja pemindahan. Hal ini juga akan mencerminkan pengurusan syarikat pemindahan rumah atau pejabat itu tidak professional. Selain itu, syarikat pemindahan yang tidak mempunyai material untuk wrapping dan packing juga menjadi faktor utama kerana golongan sebegini amat mengambil prihatian terhadap barangan perabot mereka dijaga dengan rapi.

 

Begitulah ceritanya tentang orang kaya yang kedekut. Jika setuju sila SHARE dan Comment ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »