7+1 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH PROFESSIONAL MOVERS BAGI MEMINDAHKAN RUMAH ANDA

9 PERKARA KENA AMBIL TAHU JIKA MAHU PINDAH “CONDO”
October 15, 2018
8 REASON WHY YOU SHOULD APPOINT PROFESSIONAL MOVERS FOR MOVING HOUSE
November 2, 2018
Show all

7+1 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH PROFESSIONAL MOVERS BAGI MEMINDAHKAN RUMAH ANDA

Di MALAYSIA ramai yang tidak “aware” berkenaan proffessional movers. Dan kebanyakkan yang tahu berkenaan movers ini ialah mereka yang pernah berpindah dari Luar Negara, kerana di negara seperti Jepun, US, Australia dan India telah lama ada perkhidmatan movers ini.

 

 

Sebelum itu anda tahu apa itu Movers?

 

Movers ialah team yang membantu ramai orang untuk berpindah rumah serta pejabat. Mereka melakukan pemindahan secara mudah dan tersusun tanpa anda perlu sakit kepala. Movers juga dikenali sebagai Movers and Packers sebab team ini juga melakukan kerja-kerja seperti packing yang mana anda tak perlu bersusah payah untuk berpindah.

 

KENAPA ANDA PERLU PILIH MOVERS?

 

MOVERS #1: VALUATION

 

 

Team movers ini kebiasaannya akan melakukan sesi valuation dahulu ke rumah anda. Ini adalah penting untuk melihat barangan anda. Sesi ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar barangan yang nak dipindahkan dan melihat kerja-kerja yang akan dilakukan semasa pemindahan. Bukan itu sahaja team juga akan melakukan estimation berkenaan cost seperti penggunaan lori, penggunaan barangan wrapping dan juga berapa tenaga kerja diperlukan semasa pemindahan nanti.

 

MOVERS #2: BAHAN-BAHAN WRAPPING

 

 

Berbeza dengan team lori atau pindah yang lain. Movers memiliki kelebihan dengan mempunyai wrapping material yang sangat bagus. Hal ini penting bagi mengelakkan kerosakan pada perabot anda dan juga barangan kesayangan anda. Selalunya professional movers ini menggunakan shrink wrap, corrugated box dan wrapping paper. Jika wrapping material tiada, ia masih belum dikira sebagai professional movers.

 

Boleh click link ini untuk packing material https://www.facebook.com/pg/Akmovers/shop/

 

MOVERS #3: PERKHIDMATAN PACKING

 

 

Jika anda mahu berpindah, perkara paling penting perkhidmatan packing. Ada yang mahu packing sendiri dan ada juga yang tiada masa untuk packing sendiri. Ye lah kan, bayangkan anda dah duduk di rumah lebih 10 tahun. Tiba-tiba anda hendak berpindah ke rumah baru. Fuhh.. masa nak packing tu yang mencabar. Dengan habuk, barang yang lama dan tak pakai nak dibuang. Masa ni la anda akan jumpa barang yang lama tak jumpa. hehe. Jadi, bagi mereka yang tiada masa atau sibuk bekerja. Mengambil perkhidmatan packing loose items ni penting. Ada juga yang sampai tak larat nak lakukan kerja-kerja packing ni. Sebagai professional movers, mereka sudah semestinya memiliki team packers mereka sendiri. Hal ini dapat menjimatkan masa anda. Bukan itu sahaja, team movers and packers ini selalunya boleh menyiapkan pemindahan dalam tempoh 12 jam sahaja.

 

Contoh perkhidmatan packing > Klik  https://www.youtube.com/watch?v=XPE0OC_ssBk

 

MOVERS #4: JENIS LORI

 

 

Professional movers juga kebanyakkannya menggunakan jenis lori bonded seperti dalam gambar. Kegunaan lori seperti ini sangat bagus kerana ia sangat selamat dan boleh mengurangkan kerosakan barang atau mengelak dari barangan anda terkena hujan. Kebanyakkan professional movers telah memilih lori seperti ini sebagai kegunaan tetap bagi pemindahan. Ada juga yang menggunakan canvas, tetapi kurang keselamatannya. Cuma penggunaan lori bonded ini kapasitinya cukup-cukup sahaja. Tidak seperti lori canvas yang masih boleh adjust kapasitinya.

 

MOVERS #5: PAKAIAN

 

 

Selalunya team professional movers ini mempunyai pakaian yang seragam. Mereka mempunyai warna yang sekata dengan melambangkan syarikat masing-masing. Hal ini dapat membezakan antara team professional dan team lori yang biasa. Dari sini dapat melihat disiplin mereka bekerja bermula dari pakaian.

 

MOVERS #6 : CARA DAN SKIL

 

 

Skil serta cara bagaimana team professional movers mengendalikan barangan juga berbeza. Mereka lebih berhati-hati dan juga menjaga setiap pergerakan mereka. Kebanyakkan pelanggan seperti anda yang mengambil professional movers ini sudah semestinya memilih mereka yang boleh menjaga barangan kesayangan anda semaksimum yang boleh. Risiko kerosakan barangan semasa pemindahan sudah semestinya ada. Tetapi jika kena pada cara dan skil pemindahan yang sudah semestinya mengurangkan risiko kerosakan barangan semasa pemindahan. Bukan itu sahaja, tidak ramai orang yang nak berpindah mahu melakukan kerja pemindahan secara kasar dan tidak teratur.

 

MOVERS #7 : TEMPOH MASA PEMINDAHAN

 

 

Anda pasti berpuas hati jika professional movers melakukan kerja dengan sangat cekap dan mengikut tempoh masa yang telah diberikan. Anda kena faham.. jika anda tinggal di condo atau kawasan yang elite, tempoh masa sangat penting. Masa team movers tiba atau masa team movers selesai kerja. Selalunya professional movers melakukan pemindahan dalam Lembah Klang dalam tempoh kurang dari 12 jam. termasuk kerja-kerja packing. Ini tempoh masa untuk rumah yang berkeluasan 2500sqft kebawah. Ia bergantung juga kepada kapasiti team yang anda pilih. Ada juga team movers yang melaksanakan pemindahan dari A-Z yang mana anda tidak menyentuh barangan anda langsung dalam tempoh 48 jam sahaja.

 

MOVERS #8 : KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT (tambahan)

 

 

Anda pasti seronok jika team professional movers yang datang sangat berkomunikasi dengan baik dan membantu anda sebanyak mungkin kan? Pasti anda berasa tenang dan senang hati semasa proses pemindahan dilakukan. Bukan itu sahaja, professional movers memberi khidmat nasihat dan juga penerangan yang jelas sebelum, semasa dan selepas anda berpindah. Mereka bermula dari pihak sales yang anda hubungi, hinggalah ke sesi valuation dan sampailah ke selesai pemindahan anda. Tanya lah pada mereka sebanyak soalan yang anda perlu jika anda mahu pemindahan yang tidak memeningkan kepala anda.

 

PROFESSIONAL MOVERS PASTI DAPAT MEMBANTU ANDA BERPINDAH DENGAN BAIK DAN ANDA PASTI GEMBIRA!

 

JOM lihat salah satu professional movers di Malaysia ini. Apa cerita mereka https://www.myakmovers.com/about-us/

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
0133336960
Translate »