9 PERKARA KENA AMBIL TAHU JIKA MAHU PINDAH “CONDO”

PEMINDAHAN PEJABAT PERLU AMBIL KIRA 6 PERKARA INI
September 25, 2018
7+1 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH PROFESSIONAL MOVERS BAGI MEMINDAHKAN RUMAH ANDA
October 31, 2018
Show all

9 PERKARA KENA AMBIL TAHU JIKA MAHU PINDAH “CONDO”

PELBAGAI MASALAH BERLAKU APABILA KITA MAHU BERPINDAH DARI CONDO KE CONDO. TERUTAMA SEKALI BAGI MERKA YANG TINGGAL DI AREA LEMBAH KLANG, JOHOR ATAU DI PENANG. RAMAI YANG TIDAK AMBIL KIRA DAN PEDULI BERKENAAN PERKARA DI BAWAH. JOM KITA AMBIL TAHU SERBA SEDIKIT

Disini kami akan kongsikan beberapa perkara penting berdasarkan pengalaman kami:

1. HARI PEMINDAHAN YANG DIBENARKAN

Bagi yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu, hari pemindahan yang dibenarkan bagi yang nak berpindah dari condo ke condo ialah hari biasa sahaja. Atau erti kata lain weekdays only. Ada juga sesetengah condo yang boleh pada hari Sabtu, itu pun separuh hari sahaja. Jadi, jika anda mahu pindah rumah pastikan anda sudah plan cuti anda siap-siap. Sebab pihak movers akan lakukan pemindahan pada hari yang anda pilih tersebut.

2. MASA PEMINDAHAN YANG DIBENARKAN

Disetiap condo, semestinya ada management nya yang sendiri. Mereka ada rule masing-masing. Sesetengah condo hanya benarkan proses pemindahan dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Ada juga yang dari 9 pagi hingga 3 petang. Jangan pula anda terkejut, sebab kami ada terima juga management minta berpindah keluar sebelum jam 1 tengahari. Anda bayangkan, kalau rumah yang condo 3-4 bilik. Macammana la nak siap barang masuk dalam lori dalam tempoh 4 jam. Kejap lagi point dibawah, anda akan terfikir kenapa 4 jam tak cukup untuk condo ni.MAKLUMKAN pada pihak movers berkenaan waktu pemindahan ini jika tidak kemungkinann anda akan berpindah dalam 2 hari.

3. LIFT YANG SIZE NYA EXCLUSIVE

Kebanyakkan condo tidak mempunyai loading lift sendiri dan pihak movers perlu melakukan proses pemindahan
melalui lift penduduk. Proses akan lebih sukar apabila lift yang disediakan 3 unit lift, tapi yang boleh guna hanya 1 lift sahaja. Dan terpaksa berkongsi dengan penduduk yang lain. Lift yang kecil akan menyebabkan proses pemindahan berlaku pada kadar yang sangat lama. Dan disini untuk memindahkan satu rumah boleh jadi sampai ke 6 jam.

4. JARAK RUMAH DAN LIFT

Jika unit rumah anda berada jauh dari lift, proses ini juga makan masa yang angak lama dalam proses pemindahan. Dan manpower yang mencukupi sangat diperlukan. Hal ini kerana barangan anda akan berada di hadapan lift sebelum dimasukkan kedalam lift untuk ke bawah. Jika anda guna manpower yang sedikit, besar kemungkinan barangan anda boleh hilang. Jarak juga main peranan dalam proses ini, pihak movers memerlukan troley yang mencukupi agar pemindahan berjalan dengan lancar.

5. JARAK LIFT HINGGA KE LOADING BAY (TEMPAT PARK LORI)

Ramai yang tidak ambil tahu berkenaan perkara ini. Ketika pindah dari condo pelbagai perkara yang kami movers lalui. Ada condo mewah di Kl, langsung tiada loading bay untuk meletak lori. Hal ini boleh menyebabkan lori terpaksa parking di luar kawasan condo, dan jarak dari lift rumah sangat jauh. Perkara ini boleh mnyusahkan dan melambatkan proses pemindahan. Ada pula condo di Lembah Klang yang mempunyai loading bay, tetapi lift untuk pemunggahan barang terletak ditingkat bawah. Jadi ini juga perkara yang perlu anda ambil kira, jika pemindahan anda lama. Bukan senang nak angkat perabot anda yang berat-berat ke lift yang jauh.

6. DEPOSIT PEMINDAHAN RUMAH

Perkara ini juga ramai yang tidak tahu. Jika anda ingin berpindah masuk atau berpindah keluar, tuan rumah perlulah menyelesaikan urusan yang sepatutnya di pihak pengurusan masing-masing. Ini memudahkan proses pindah rumah nanti. Agar pihak movers tidak terlalu lama menunggu untuk masuk ke premis anda atau memudahkan proses pihak movers masuk melakukan kerja dengan awal. Anda juga dinasihatkan untuk meletakkan cagaran bagi pemindahan anda, dan pihak movers anak berhati-hati dalam melakukan pemindahan agar deposit anda dipulangkan kembali. JANGAN TERKEJUT, di KL ada condo yang minta deposit sehingga RM5000 taw!

7. JARAK PERJALANAN DARI SATU CONDO KE SATU CONDO

Anda perlu ambil tahu berkenaan jarak perjalanan dari rumah lama nada ke rumah baru. Anda juga perlu maklumkan pada pihak movers berkenaan traffic dan laluan yang mudah. Hal ini boleh membantu mereka dalam memudahkan proses pindah rumah. Ditambah bula area Lembah Klang yang mempunyai banyak kenderaan. Lori yang besar agak perlahan pergerakkannya.

8. SIZE LORI YANG SESUAI UNTUK PREMIS ANDA

Perkara ini juga anda perlu tahu dalam proses pindah rumah. Sesetengah condo hanya beri limit pada kadar lori 1 tan sahaja untuk melakukan pemindahan. Katanya untuk jaga agar jalan tidak rosak. Ada condo yang beri lori 3 tan, tapi tinggi bonded lori tak muat pula nak masuk dekat guardhouse. Ini semua and aperlu ambil kira, jika tidak ada kos tambahan yang perlu anda bayar pada pihak movers.

9. MAKLUMKAN JIKA ANDA ADA BARANGAN YANG BERHARGA

Sebagai contoh anda mempunyai grand piano atau anda mempunyai peti besi. Perkara ini anda perlu maklumkan dan bertanya pada pihak movers jika mereka ada menyediakan servis pemindahan dua barangan ini. Selalunya ada alatan khas bagi memindahkan piano dan peti besi ini.

BAGUS TAK 9 PERKARA DIATAS?? JADI JIKA ANDA SEMEMANGNYA TINGGAL DI CONDO, JADI ANDA PERLU TAHU TENTANG MAKLUMAT INI. JIKA ANDA ADA RAKAN-RAKAN YANG TINGGAL DI CONDO JUGA, SHARE LAH LINK INI KEPADA MEREKA!

SEMOGA BERMANFAAT!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »