PEMINDAHAN PEJABAT PERLU AMBIL KIRA 6 PERKARA INI

KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN,9 LANGKAH ‘SAVING DUIT’ BILA PINDAH RUMAH!
October 24, 2017
9 PERKARA KENA AMBIL TAHU JIKA MAHU PINDAH “CONDO”
October 15, 2018
Show all

PEMINDAHAN PEJABAT PERLU AMBIL KIRA 6 PERKARA INI

Kebanyakkan pejabat atau office mengalami kesukaran dalam pemindahan pejabat. Ini kerana kebanyakkan staff tidak berpengalaman dalam mengendalikan pemindahan pejabat. Ada sesetengah pejabat memerlukan pemindahan pejabat pada waktu malam, hal ini disebabkan oleh operasi pejabat yang tidak boleh dihentikan pada waktu siang.

Jadi, jika pejabat anda ingin berpindah, berikut adalah tips yang berguna bagi memudahkan proses pemindahan pejabat anda.

1. PASTIKAN SEMUA DOKUMEN TELAH DITAGGING DENGAN BAIK

Ia bagi memudahkan proses pemindahan yang mana team pemindahan pejabat tidak akan tahu barangan apa yang perlu dibawa dan perlu diletakkan dibahagian mana. Justeru barang yang di tagging dengan baik memudahkan proses pemindahan pejabat dari tempat lama ke tempat baru.

2. PASTIKAN DOKUMEN YANG TELAH DIKOTAKKAN TIDAK TERLALU PENUH

Ini bagi memudahkan proses pemindahan pejabat. Kotak yang penuh boleh menyebabkan proses mengangkat akan menjadi slow. Ditambah pula jika kotak yang digunakan tidak berkualiti, dokumen akan jatuh berselerak jika kotak yang diangkat terlalu penuh. Dan masalah akan berlaku apabila kotak disusun didalam lori, kotak tersebut tidak dapat disusun dengan baik kerana ia tidak berkualiti.

3. KENALI BARANGAN YANG ADA KAITAN DENGAN ELEKTRIK

Contohnya seperti gambar partition dibawah ini. Jika pemindahan pejabat, perkara ini paling perlu dikenalpasti. Partition dipejabat perlu dilihat sama ada ia partition biasa atau partition elektrik. Ini kerana partition elektrik perlu buka dan pasang dengan cara yang betul, supaya ia boleh digunakan semula selepas pemindahan pejabat. Antara yang lain ialah barangan komputer, mesin photostat dan juga server.

4. KENALI BARANG YANG MILIKAN VENDOR

Contoh barangan milikan vendor ialah seperti mesin photostat dan juga mesin coway. Ini perlu diambil kira dalam pemindahan pejabat. Selalunya barangan ini diuruskan oleh vendor sendiri. Sebab warranty barangan tersebut terletak kepada vendor itu sendiri. Jika pemindahan pejabat yang melibatkan vendor dilakukan sendiri, sebarang kerosakan tidak akan ditanggung oleh vendor.

5. AMBIL BERAT JUGA JIKA ADA SAFE BOX

Kebanyakkan pemindahan pejabat memerlukan safebox moving. Ini kerana pemindahan safebox bukan perkara biasa. Ia memerlukan detail penuh safebox tersebut. Sesetengahnya berat sehingga 1 tan dan tidak boleh turun melalui lif.

6. TIME RESTRICTION BAGI PEMINDAHAN PEJABAT

Ini juga perkara yang perlu diambil berat semasa pemindahan pejabat. Selalunya pemindahan pejabat ini mempunyai limit masa tertentu. Ada yang boleh berpindah siang sahaja, ada pula yang boleh pemindahan pejabat hanya malam sahaja.

Berikut ialah 6 perkara yang penting bagi pemindahan pejabat. Jadi jika anda tidak mahu pening kepala dalam pemindahan pejabat team AKMOVERS boleh menyelesaikan dengan baik.

Jika pejabat anda ingin berpindah hubungi sahaja team kami di 019-5181744, kami akan arrange team untuk melakukan site visit dahulu dan akan bagi anda sebut harga pemindahan pejabat secara percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »