3 BULAN MERANA KEBAS, GELAK PUN SAKIT, BILA DIPERIKSA RUPA RUPANYA…

KHAS UNTUK ‘ORANG BISNES’! RAHSIA BELI RUMAH SEMUDAH 4 LANGKAH!
October 31, 2017
Show all

3 BULAN MERANA KEBAS, GELAK PUN SAKIT, BILA DIPERIKSA RUPA RUPANYA…

3 bulan merana akibat kebas, gelak pun sakit, bila diperiksa doktor rupanya rupanya mempunyai masalah slip disc.

 

Slip Disc bermaksud disc pada tulang belakang berbonjol atau tergolongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Mula – mula pesakit akan rasa kebas kaki dan diikuti dengan sakit belakang. Kebanyakkan slip disc berlaku pada tulang belakang terutama dibawah punggung.

Tulang belakang kita terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain.

Di antara setiap tulang belakang itu pula ada perlindungan atau tisu perantara (rawan) yang juga dipanggil cakera (disk). Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan.

Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel pada bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Ada banyak sebab yang boleh menjadi punca ia berlaku termasuklah buah pinggang yang lemah dan kecederaan fizikal tetapi kes yang biasa ialah apabila umur kita semakin meningkat.

Usia tua – Rawan haus – Cakera menyusut. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.

Faktor-faktor ini adalah antara punca yang boleh meningkatkan tekanan dan buat rasa tegang yang menyakitkan pada tulang belakang :

  1. Mengangkat bebanan berat melebihi kemampuan, atau tidak menggunakan teknik yang betul.
  2. Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi, lori dan lain-lain)
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Pernah menyertai sukan angkat berat.
  5. Mempunyai kecederaan berkaitan tulang belakang : jatuh/kemalangan/kecederaan sumsum tulang belakang.
  6. Tabiat suka membongkok dan tidak menjaga postur tubuh

Psstt..tengok semula point nombor 1, anda yang berhasrat untuk berpindah rumah, pastikan anda menggunaka teknik yang betul untuk mengankat barangan berat anda nanti ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *