KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN,9 LANGKAH ‘SAVING DUIT’ BILA PINDAH RUMAH!

PEMINDAHAN PEJABAT PERLU AMBIL KIRA 6 PERKARA INI
September 25, 2018
Show all

KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN,9 LANGKAH ‘SAVING DUIT’ BILA PINDAH RUMAH!

Langkah pertama diambil dengan berpindah ke rumah baru dan bermulalah ceritera bahagia untuk pasangan yang baru berkahwin. Namun begitu, dengan berpindah ke rumah baru juga turut memerlukan mereka menyiapkan semua peralatan dengan kadar segera.

Ikuti perkongsian 9 cara jimat duit apabila berpindah rumah untuk bakal pengantin baru.

#1 – Persiapan Awal

Apabila berpindah ke rumah baru, pastikan tiga bulan sebelum untuk memastikan keadaan rumah bersesuaian dengan kehendak. Jika ada penyewa yang terdahulunya tinggal di situ, pastikan segala keadaan dalam rumah itu baik dan jika ada kebocoran pastikan ianya telah dibaiki sebelum anda menduduki rumah tersebut.

#2 – Kumpulkan Dan Gunakan Perabot  Zaman  Bujang

Seelok – eloknya perabot rumah bujang anda dan pasangan dikumpulkan dan digunakan terlebih dahulu sebelum anda berpindah rumah kerana kos membeli sahaja agak tinggi, inikan pula mahu membeli kesemuanya sekaligus dalam satu masa. Jika boleh elakkan, tetapi jika mempunyai wang yang mencukupi tidak menjadi masalah.

#3 –Mulakan Sekarang

Jika di rumah sewa lagi anda mempunyai perancangan untuk berkahwin, jadi mulakan dengan langkah pertama iaitu dengan membeli peralatan yang utama seperti tilam, almari, peti ais, peralatan dapur dan mesin basuh. Sebaiknya pilih yang tahan lama supaya dapat digunakan pada masa akan datang.

#4 – Kehendak VS Keperluan

Asingkan kehendak dan keperluan di awal waktu berpindah. Misalnya jika keperluan memilih almari penting daripada meja solek lebih baik memilih apa yang diperlukan dahulu. Ini kerana barang kehendak hanya sekadar sampingan sahaja , jika tidak dibeli juga tidak timbul sebarang masalah.

#5 – Bajet Carta Belanjawan

Apabila berpindah pastikan anda menyediakan bajet carta belanjawan supaya dapat membantu anda alam menguruskan menguruskan permasalahan yang berlaku akibat  perbelanjaan yang melebihi pendapatan.

#6 – Jimat Cermat

Menjadi pengantin baru anda akan mendapat banyak hadiah yang berupa barangan rumah. Jadi tidak perlu membazir untuk membeli lagi barangan yang sudah ada. Jika barangan tersebut murah atau tidak tahan lama, usah risau kerana sekiranya rosak barulah anda menukar dengan yang baru dan lebih tahan lama. Sikap berjimat cermat amat penting lebih – lebih lagi dengan keperluan hidup yang semakin tinggi masa sekarang.

#7 – “Sedikit – Sedikit, Lama – Lama Jadi Bukit”

Sekiranya barang – barang di rumah tidak dapat dibeli diawal perkahwinan, tidak mengapa anda boleh juga membeli sedikit demi sedikit. Contohnya membeli peralatan dapur pada bulan pertama dan kemudiaanya membeli pula peralatan bilik tidur pada bulan kedua.

#8 – Mulakan Menabung

Sebaik berpindah ke rumah baru anda juga diingatkan agar menyimpan sedikit wang perbelanjaan. Kadangkala tinggal di rumah baru ini mempunyai situasi yang anda perlu mengeluarkan belanja yang lebih. Manalah tahu jika ada keadaan rumah yang kadangkala tidak sempurna  seperti yang anda pernah lihat. Kemungkinan kos kerosakkan boleh menyebabkan anda berhutang. Penyelesaiannya amalakan sikap menabung dari awal lagi.

#9 –  Jimat, Jimat, Jimat!

Sesetengah orang gemar meninggalkan perabot lama sekiranya berpindah ke rumah baru. Namun untuk menjimatkan perbelanjaan, anda digalakkan menggunakan perabot yang ada dan hanya membeli barangan keperluan harian yang lain. Perlu diingatkan, permulaan berumah tangga bukan mudah, anda seharusnya menguruskan kewangan dengan lebih terperinci supaya tidak ada masalah pada awal perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by
Translate »