20 Idea Kreatif Cipta Ruang Tamu ‘rare’ dengan Perabot D.I.Y

13 Best Moving Tips
April 19, 2017
Percaya Tak, Sebenarnya Anda Boleh Berpindah Hanya dengan Harga Bawah RM300?
May 5, 2017
Show all

20 Idea Kreatif Cipta Ruang Tamu ‘rare’ dengan Perabot D.I.Y

Perabot untuk kegunaan di rumah :

Perabot berasaskan kayu pallet sering digunakan dalam menghias cafe’ berkonsepkan hipstur. Bukan itu sahaja, perabot berasaskan kayu pallet ini juga boleh digunakan sebagai perabot di rumah anda malah dijadikan sebagai sumber pendapatan. Paling penting, anda perlu rajin dan kreatif.

  1. Kayu pallet dijadikan sebagai set kerusi dan meja. Set ini sesuai digunakan di dalam dan luar rumah. Penggunaan bantal kecil boleh dijadikan sebagai penyeri dan membuatkan set kerusi ini kelihatan lebih eksklusif.

 

2. Pemilihan warna soft pastel dan wooden colour membuatkan ruang di dalam rumah lebih santai. Konsep ini sesuai digunakan bagi pemilik yang mahukan ruangan berkonsepkan minimalis.

 

3. Perabot kreatif ini bukan sahaja menjadikan ruang rumah anda kelihatan santai, malah dapat menjimatkan kos dekorasi rumah. Pallet yang anda pilih boleh dikombinasikan dengan bata untuk menjadikannya lebih unik dan menarik.

 

4. Kepingan pallet digubah dengan kreatif menjadikannya perabot utama ruang tamu. Kepingan ini kelihatan lebih eksklusif dengan pemilihan warna sofa yang sesuai.

 

5. Gabungan bata dan pallet menghasilkan rekaan yang unik pada rekaan rak TV. Lebih menarik lagi apabila bakul yang berwarna seakan-akan sama dengan pallet meja dipadankan bersama.

 

6. Ruang tamu kelihatan unik dengan rekaan rak kecil berwarna coklat natural. Rak kecil ini juga sesuai diletakkan di bahagian dapur atau bilik air.

 

7. Set meja dan kerusi pallet ini boleh diletakkan pada ruangan santai keluarga. Bukan itu sahaja, set seperti ini juga boleh diletak di ruang dapur. Pemilihan warna yang sesuai amat penting untuk menjadikanruang rumah anda kelihatan menarik. Yang penting, anda perlu bijak bermain dengan warna dan material. Mix and match!

 

8. Macam pernah nampak alat ini? Tapi di mana ya? Pasti ramai yang biasa dengar dan lihat jenama ‘Singer’. Macam-macam boleh jadi dengan adanya pemikiran dan idea kreatif. Mesin jahit lama yang dah nak dibuang boleh bertukar menjadi kerusi rehat eksklusif. Jadi, jangan buang perabot lama anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh anda lakukan pada perabot lama anda.

 

9. Gabungan material kaca dan pallet juga memberikan impak yang eksklusif pada rekaan perabot anda.

 

10. Sekiranya pintu bilik anda rosak dan mahu gantikannya dengan pintu baru, jangan buang pintu lama anda! Anda boleh kitar semula perabot lama anda dan jadikannya perabot baru. Bagi set kabinet ini, gabungan pintu dan kepala katil lama telah diubah suai dengan kreatif dalam penghasilannya.

 

11. Anda boleh juga gunakan idea ini untuk melengkapkan ruang tamu anda. Ruang pada bahagian belakang kerusi boleh diletakkan pasu bunga kecil, majalah, dan lain-lain hiasan yang bersesuaian.

 

12. Warna putih yang digandingkan dengan warna syelek gelap pada permukaan pallet memberi kesan kontra pada rekaan meja.

 

13. Kayu palet ini juga boleh diletakkan pada mana-mana permukaan dinding ruang rumah anda. Bergantung kepada anda sama ada mahu mewarnakannya dengan syelek atau biarkan kesan natural.

 

14. Pallet ini juga boleh dijadikan sebagai side table rumah anda. Terpulang kepada anda sama ada mahu letakkannya di bahagian dalam rumah atau luar rumah.

 

15. Kepingan pallet digabungkan dan dijadikan sebagai penyangkut baju. Anda juga boleh jadikannya sebagai penyangkut kunci atau mug.

 

16. Side table berwarna biru lembut dari kayu pallet ini juga boleh diletakkan di mana-mana ruangan yang bersesuaian.

 

17. Hasil perabot anda akan nampak lebih menarik dengan pemilihan warna yang bersesuaian. Gandingkan warna soft dan warna panas untuk mendapatkan kesan ceria pada ruangan anda.

 

18. Untuk dapatkan kesan rustik pada side table anda, gosok permukaan meja dengan kertas pasir.

 

19. Kerusi lama yang sudah tidak digunakan jangan dibuang. Anda boleh gunakan semula dan jadikannya kerusi baru dengan meletakkan papan atau kepingan pallet pada permukaan kerusi.

 

20. Papan atau kepingan pallet boleh dijadikan sebagai tempat penyimpanan majalah atau surat khabar. Terpulang kepada anda sama ada mahu mewarnakannya atau tidak mengikut kesukaan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Powered by
Translate »