Gara-gara Malas Kemas Rumah, Wanita Hidap Penyakit Kronik

4 Main Tips to Choose the Best Moving Company
March 28, 2017
Top 5 Movers in Malaysia
April 5, 2017
Show all

Gara-gara Malas Kemas Rumah, Wanita Hidap Penyakit Kronik

Rumah berselerak? Rumah macam tongkang pecah?  Maklumlah, seharian sibuk dengan kerja di pejabat. Dengan nak melayan kerenah anak-anak yang masih kecil, nak layan suami lagi. Jika tidak ditangani masalah ini, anda mungkin terdedah kepada penyakit kronik!

Penyakit kronik bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan dan keturunan. Penyakit kronik juga berpunca daripada gaya hidup terutamanya tekanan atau stress yang dihadapi seterusnya memberi kesan kepada kesihatan kita. Sistem imun bertugas untuk mempertahankan tubuh dari serangan penyakit. Namun begitu, tekanan atau stress boleh melemahkan sistem imun lalu menyebabkan individu mudah diserang penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika seseorang sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Jadi, kenapa stress untuk masalah kecil? Masalah rumah berselerak dapat ditangani asalkan ada ‘time magement’ yang betul. Time management juga amat penting

Nak tahu tips kemas rumah mudah dan cepat? Senang sahaja. Kita minta pertolongan Doraemon!

“Alat pengemas rumah!” Hahahaha.

Bestkan kalau Doraemon ni benar-benar wujud. Senang kerja kita! Hahahaha. Hari ini kami kongsikan tips kemas rumah mudah dan yang penting, CEPAT! Buangkan tabiat nak tunggu hujung minggu baru nak kemas rumah. Kalau hujung minggu sibuk macam mana? Sebulan sekali kot baru nak kemas rumah. Dah tahap teruk tu. Jemput baca entri ni sampai habis. Tips ini memang sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengemas.

1. Basuh pakaian setiap hari

Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh pakaian satu tugas WAJIB setiap hari.

2. Pengurusan kain baju yang mudah

Bila sebut kain baju, ughh malasnya. Terbayang bertimbun-timbun baju yang baru angkat dari ampaian. Tunggu nak dilipat! Ada tiga langkah yang kita buat. Basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju! Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!

3. Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.

Tips ini mesti diamalkan jika kita nak cepat mengemas rumah. Sambil kita menyapu lantai, kita juga boleh membasuh baju. Sambil tunggu baju kita dibasuh oleh mesin baju, kita boleh buat kerja lain seperti menyapu, basuh bilik air dan sebagainya.

4. Ikut arah jam

Tips ini memang elok diamalkan. Pastikan kita mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya kita mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses kita mengemas rumah.

5. Dari atas ke bawah

Lakukan proses mengemas dari bahagian atas dulu seperti buang sawang-sawan di dinding dan siling, habuk yang melekat di kipas siling dan sebagainya. Jika rumah 2 tingkat, kita dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali.

6. Berhibur sambil mengemop lantai

Mengemop lantai tidak perlu dilakukan selalu. Elok dilakukan selang sehari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan. Admin akan menggunakan Basic H Shaklee untuk mengemop lantai. Lantai jadi bersih berkilat dan yang penting tiada bahan kimia.

Moplah lantai dengan sepenuh hati kerana ia adalah senaman semula jadi yang dapat membakar kalori badan kita. Pasanglah muzik atau lagu kegemaran ketika mengemop lantai untuk mendapatkan ‘feel’ mengemop yang best. Cubalah!

7. Gunakan bantuan mesin

Zaman moden yang canggih sekarang begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Kita boleh guna penyedut hampagas atau vakum. Kerja kita menjadi lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.

Dah, jangan malas – malas lagi, cepat cepatlah mengemas!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »