Hati-hati Anda Mungkin Tersalah Pilih ‘Movers’

STRESS BECAUSE OF MOVING HOUSE? DON’T KNOW HOW TO MAKE DECISION?
February 25, 2017
TIPS PACKING FLAT TV
March 24, 2017
Show all

Hati-hati Anda Mungkin Tersalah Pilih ‘Movers’

Perkhidmatan ‘movers’ nampaknya turut mengalami sedikit evolusi dan semakin diterima pengguna. Bermula dengan perkhidmatan lori sewa yang menghantar barang ke rumah baru, seterusnya muncul perkhidmatan ‘movers’ yang menawarkan perkhidmatan yang sama namun di’upgrade’ dengan adanya perkhidmatan ‘basic cleaning’, servis penghawa dingin, pemasangan kipas dan lain-lain servis yang boleh di’add on’.


KOS

Kos ‘movers’ lebih tinggi berbanding kos lori sewa. Namun, anda harus ingat ‘you get what you pay’. Bila anda bayar mahal, semestinya anda berhak untuk mendapatkan servis yang terbaik.

 

 

SISTEM PENGURUSAN

Rata-rata syarikat movers adalah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Urus niaga dijalankan secara sistematik dengan adanya ‘management department’, ‘sales and marketing department’ dan ‘team operation department’ yang bekerjasama melancarkan urus niaga syarikat.

Berbeza dengan lori sewa. Kebiasaannya, perkhidmatan lori sewa tidak ada sistem pengurusan yang tetap dan teratur. Paling ketara dalam pengiraan kadar kos sewa lori. Kos sewa lori dikira tanpa sistem yang tetap dan ramai pemilik lori sewa beri harga mulut kepada pelanggan.

RISIKO KEROSAKAN BARANG

Bila anda guna perkhidmatan ‘movers’, risiko kerosakan barang adalah minimum kerana setiap kerja dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Berbeza dengan lori sewa yang kebanyakannya menggunakan sistem ‘main terjah’ jadi risiko kerosakan barang adalah agak tinggi! Kalau tak percaya, cuba tanya kawan-kawan yang pernah guna perkhidmatan lori sewa. 80% akan bersetuju dan meggatakan ada barang-barang mereka yang rosak semasa berpindah menggunakan lori sewa.

KEWARGANEGARAAN PEKERJA

Macam remeh point ni kan. Tapi, jangan ketawa! ‘Point’ ini juga penting bagi membezakan ‘movers’ dan lori sewa. Kebanyakan syarikat ‘movers’ akan ambil pekerja tempatan untuk buat kerja-kerja mengangkat barang di rumah atau pejabat ‘customers’. Jadi masalah bau badan dan kes kecurian dapat dikurangkan.

Berbeza dengan lori sewa yang upah pekerja bukan warganegara untuk melakukan kerja-kerja mengangkat barang. Kesan negatif dalam hal ini adalah pelanggan selalu mengadu tentang kes kehilangan barang dan selalunya timbul isu bau badan!

WRAPPING

Untuk pengetahuan anda, movers ada menyediakan perkhidmatan ‘wrapping’ mengikut pekej dan semestinya ada prosedur kerja yang perlu diikut. Bergantung kepada permintaan ‘customer’.’Click’ <  >

Lori sewa tidak beri jaminan sama ada pekerja lori sewa adalah terlatih ataupun tidak. Jadi, isu keselamatan perabot anda tidak terjamin. Ada juga yang menggunakan kertas surat khabar untuk wrap pinggan mangkuk. Memang risiko kerosakan barang dapat dikurangkan tetapi bagaimana pula dengan kesihatan anda? Adakah anda yakin kertas karbon pada surat khabar tidak melekat pada pinggan mangkuk? Rajinkah anda cuci satu persatu?

TAGGING

Tagging adalah anda bahagikan dan tanda barang-barang anda mengikut bahagian. ‘Movers’ menyediakan pakej tagging setiap barangan pelanggan supaya dapat memudahkan urusan kemas dan susun semula di rumah baru nanti.

Berbeza dengan lori sewa. Anda perlu tagging dan kemaskan barang anda sendiri. Lori sewa hanya jalankan kerja-kerja ‘load and unload’ sahaja.

JENIS LORI

Adakah pemilihan lori penting? Penting!! Perabot anda perlu dilindungi daripada risiko cuaca panas mahupun hujan. Lori dari AKMOVERS adalah lori jenis bonded dua pintu bersaiz 1 hingga 5 tan. Lori bonded melindungi perabot anda dari cuaca panas mahupun hujan.

Berbeza pula dengan lori sewa yang 90% menggunakan lori jenis kanvas. Lori dengan penutup kanvas menyebabkan perabot anda tersdedah kepada risiko cuaca panas dan hujan.

‘DISMANTLE FURNITURE’

Movers menyediakan khidmat ‘dismantle furniture’, servis penghawa dingin, pemasangan kipas dan lain-lain servis yang bersesuaian mengikut permintaan anda (‘T & C applied’). Pekerja movers yang terlatih akan buka dan pasangkan semula perabot anda dengan kemas menggunakan alatan yang bersesuaian.

Berbeza dengan lori sewa. Tak semua lori sewa sediakan khidmat dismantle furniture. Kalau ada pun, keselamatan perabot anda tidak terjamin kerana pekerja lori sewa bukanlah pekerja terlatih dan tidak menjadi masalah kalau anda tahu cara buka perabot anda sendiri.

KUALITI KOTAK

Movers ada menyediakan kotak untuk masukkan ‘loose item’ dari rumah atau pejabat anda. Kotak yang disediakan oleh AKMOVERS adalah kotak dua ‘layer’ yang tebal. Jadi, risiko kerosakan barang dan kotak ‘loose’ dapat dikurangkan.

Berbeza pula dengan perkhidmatan lori sewa. Kalau anda hanya sewa lori, pastinya kerja-kerja packing anda lakukan sendiri termasuklah pemilihan kotak. Kotak yang nipis meningkatkan risiko kerosakan barang kerana bahagian bawah kotak mudah terbuka dan koyak jadi ‘loose item’ anda akan terjatuh dan rosak.

‘HOUSE CLEANING’

Movers ada menyediakan pakej ‘house cleaning’. Rumah lama dan rumah baru anda akan dibersihkan sebelum dan selepas berpindah ke rumah baru (bergantung kepada pakej yang anda pilih).

‘House cleaning’ dari lori sewa? Tidak pernah lagi ada lori sewa yang sediakan khidmat pembersihan rumah pelanggan.

“House Moving Without You Doing Anything”
#akmovers
#moversandpackers
#moversinkl
#moversmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »