7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN KETIKA MEMILIH MOVERS!

7 Obvious Reasons Why Hiring Professional Movers and Packers are Better Than “Lori Sewa” and Self Moving
February 9, 2017
[AKMOVERS PILIHAN SELEBRITI TANAH AIR UNTUK BERPINDAH]
February 23, 2017
Show all

7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN KETIKA MEMILIH MOVERS!

 

1. Mendapatkan nombor telefon dari pokok & tiang elektrik

KISAH BENAR

Pelanggan ini nak pindahkan barang-barang rumah seperti almari, katil dan peti ais ke rumah baru.Setelah ‘survey’ beberapa pengusaha lori sewa, beliau membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan lori sewa dengan kos  RM140 = Lori 1 tan (RM80) + 3 pekerja (RM60) .Pada hari perpindahan, lori 5 tan yang dihantar (bukan lori 1 tan). Setelah barang dimuat penuh, ‘driver’ lori minta pelanggan bayar RM700 untuk kos lori 5 tan. (RM140 x 5 (tan lori) = RM700

“.<?>,.;'{:<.;’P)(&^%$$#%$%&^&(())$#((&^”  Pelanggan terkejut kenapa perkara sebegini tidak diberitahu awal.Akhirnya tempahan lori sewa ‘CANCEL’. Namun pengusaha tersebut minta caj RM100 untuk menanggung kos minyak.

Berbalik kepada kisah diatas, AKMOVERS amat memahami situasi yang dihadapi oleh kebanyakan pelanggan. Segala urusan dan persetujuan diantara pelanggan dibuat secara professional. Pelanggan akan mendapat sebut harga sebelum berpindah

 

2. Mengangap lori sewa & movers adalah sama

Movers adalah syarikat logistik yang menawarkan khidmat berpindah rumah dan pejabat dari satu tempat ke satu tempat. Bukan sahaja menawarkan khidmat menghantar barang ke rumah baru, ada juga servis lain seperti ‘dismantle’ perabot, pemasangan kipas, servis penghawa dingin dan sebagainya (bergantung kepada permintaan pelanggan – t&c). Movers berkepakaran dalam mengemas, membungkus dan dilengkapi dengan peralatan untuk berpindah yang bersesuian dengan aktiviti perpindahan.

Walaubagaimanapun,  lori sewa pula mereka lebih kearah bajet dan tradisional. Mereka tiada kepakaran dalam urusan pindah rumah dan kebanyakkan barang tidak dijaga dengan rapi dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan.

 

3. Pilih movers yang menawarkan harga terendah

Seperti anda sedia maklum,sekiranya anda mahukan servis yang terbaik semestinya anda perlu membayar pada harga yang lebih tinggi. “Servis baik tapi murah tidak semestinya cepat, Servis yang baik dan cepat tidak semestinya murah, servis yang cepat tetapi murah tidak semestinya bagus”.

Pernahkah anda membeli pakaian di shopping mall dan anda bandingkan dengan pakaian di pasar malam? Cuba anda nilaikan kualitinya.

 

4. Mendapatkan ‘quotation’ hanya melalui telefon tanpa mendapatkan khidmat nasihat @ lawatan ke rumah oleh movers.

Tiada hitam putih apabila persetujuan dicapai Antara movers bersama pelanggan menyebabkan pelanggan selalu ditipu dan menanggung kerugian.

Dengan AKMOVERS, setiap sebut harga yang dihantar mesti disusuli dengan lawatan doleh ‘valuation officer’ bagi membolehkan penilian harga dengan lebih tepat dan memberi khidmat nasihat yang sangat membantu urusan pelanggan untuk berpindah. Disebabkan itu pelanggan kami boleh berpindah tanpa mereka perlu menyentuh barang langsung.

 

5. Tiada kepakaran ‘pack & wrap’ barang

Tahukah anda proses ‘pack & wrap’ memakan masa sehingga 2 minggu. Bayangkan anda kerja pagi balik malam, hanya berkelapangan pada hari cuti sahaja dan pada hari cuti pula anda perlu luangkan bersama anak – anak dan keluarga. Adakah anda mempunyai masa yang secukupnya untuk proses ‘pack & wrap’?

Sebagai contoh, untuk pack pinggan mangkuk di dapur anda perlu memilih kotak yang bersesuaian dan cara wrap yang betul untuk memastikan barangan ‘fragile’ anda tidak pecah semasa berpindah. Pemilihan kotak memainkan peranan penting dalam memastikan barangan anda selamat.

AKMOVERS memiliki krew berpengalaman dan terlatih dalam urusan ‘pack & wrap’ barang. Serahkan kerja remeh anda ini kepada kami. Percayakah anda kami mampu pack & wrap keseluruhan rumah anda selama 3 jam.

 

6. Kegagalan membuat tagging

Pernahkah anda memiliki masalah mencari ‘remote tv’ ketika berpindah ke rumah baru? Habis dibongkar kesemua kotak tetapi masih tak jumpa. Kebanyakan pengusaha lori sewa diluar sana mengabaikan proses yang paling penting ini! Dengan membuat tagging yang sempurna boleh menjimatkan banyak masa dan kos.

AKMOVERS hanya perlukan kerjasama penuh dari anda selama 30 minit  untuk mengenalpasti susun atur di rumah baru, barangan yang perlu dibawa dan dan ditinggalkan di rumah lama, dan perbincangan untuk memperincikan lagi proses pemindahan anda.

Cuba bayangkan, anda boleh serahkan kunci rumah lama anda kepada team AKMOVERS dan pergi luangkan masa berfaedah bersama keluarga anda, dalam masa yang sama barang anda berjaya dipindahkan ke rumah baru tanpa anda perlu berada dirumah. Best tak??

 

7. Kotak – kotak, Aircond, Astro, cuci rumah semua kena buat sendiri!

Susahkan nak uruskan perkara diatas? Anda perlu berurusan dengan ramai orang hanya untuk berpindah. Dah macam nak buat pinjaman rumah pulak. Kalau kita call terus datang tak apa, ini janji hari Isnin , lepas tu Selasa, sampai satu minggu tunggu tak sampai- sampai. Anda pernah rasa tak macam ni?

Usah khuatir, kami dah uruskan 50 aktiviti pemindahan setiap bulan dan pakej kami merangkumi kotak-kotak, buka pasang penghawa dingin, Astro dan cuci rumah sekali. Ada ‘customer’ pernah cakap berpindah dengan AKMOVERS ni goyang kaki je, tau-tau dah siap.

 

“House Moving Without You Doing Anything”
#akmovers
#moversandpackers
#moversinkl
#moversmalaysia
.

Comments are closed.

1
×
Hello, I am sales representative for AKMOVERS. How can i assist you.
Translate »